NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, April 18, 2010

PEMILIHAN AJK SURAU TAQWA YANG PALING DEMOKRATIK



Salam

Bergegas juga kami pulang daripada bercuti dan bermusafir pada hari Sabtu 17 April dan alhamdulillah sampai rumah jam 5.30 petang. Jam 6.30 petang kami perlu berada di Surau AtTaqwa Sekyen 7 Shah Alam untuk menyemak pendaftaran bagi pengundian ahli jawatankuasa surau sesi 2010-2013.

Pemilihan AJK Surau Taqwa banyak kerenahnya kerana perlu menyediakan senarai pemilih yang berjumlah 400 lebih orang, kemudian menyediakan borang pemilihan dan yang hadir untuk mengundi pada hari tersebut hanyalah 172 orang.

Pertama kali urusan pengundian di jalankan dan saya yakin keikhlasan petugas yang inginkan ketelusan berlaku menyebabkan proses berjalan dengan kaedah PALING DEMOKRATIK. Inilah pertama kali pengundian di jalankan di Surau Taqwa kerana sebelum ini sistem di lakukan di 'balik tabir'. Saya sendiri terlibat kerana senarai nama tiba-tiba ada, kemudian beberapa tahun kemudian tiada...mudah di ganti oleh tangan-tangan 'ghaib'

Kali pertama nama saya di sebut menjadi KETUA MUSLIMAT Surau Taqwa dalam tahun 2005 saya hanya di calonkan kerana suami saya menjadi PENGERUSI. Tiada pemilihan berlaku. Ia hanya di jalankan sebagai persetujuan ramai dan tiada bantahan. Tahun 2007 tiba-tiba nama suami saya di tiadakan sebagai pengerusi dan nama saya turut di gantikan oleh orang yang ada kaitan dengan kepimpinan parti yang memerintah ketika itu. Berlaku protes. Rungutan hanya tinggal rungutan dan beberapa fitnah tersebar kononnya saya merendahkan kemampuan pengganti saya yang kebetulan seorang surirumah dan saya seorang pesara pegawai kerajaan.

Dalam merenangi lautan kebenaran ini kita kena berani berhadapan dengan fitnah. Apa yang saya lakukan ialah menziarahi pengganti saya dan menyatakan tugas yang saya ada pun tak menang tangan, silalah bantu surau..saya amat berbesar hati. Beri dia hadiah dan beberapa sentuhan lain, almaklum saya ni seorang motivator. Beres...

Tiba tahun 2008 selepas pilihanraya Tsunami nama saya naik lagi, kali ini sebagai AHLI MAJLIS MBSA. Satu penyelesaian yang amat indah kalau nak di ikutkan bagaimana semua fitnah tentang saya dan suami seolah-olah hilang di makan zaman. Alhamdulillah. Saya juga di didik oleh arwah ibu bapa saya agar selalu merendah diri kerana ada apalah dalam jawatan kalau amanah tidak tertunai.

Terkini kami mendapat maklum semua kariah Surau Taqwa mahukan suami saya menjadi Pengerusi semula tetapi mesti melalui pilihanraya kecil surau jam 8.00 malam Sabtu. Saya senghaja melengahkan pulang dari musafir untuk mengelak fitnah bahawa suami saya 'berkempen' untuk jawatannya. Namun 'penyokong' mula resah bila tak nampak muka suami saya di surau empat malam berturut-turut. Kemunculan suami saya di surau jam 6.30 petang itu meredakan hati semua 'penyokong'nya, alhamdulillah.

Negara kita ni memang anih, nak kata demokratik ya, tak demokratik pun ya. Tapi iktibar pemilihan malam itu saya sujud syukur kerana amat ketara ada dua kem yang di dokong oleh masing-masing 'penyokong'. Bila nama dalam kertas undi di baca satu-satu sejumlah 172 keping, pertandingan 3 penjuru getir sekali. Namun di akhir-akhir sebutan nama masih terngiang-ngiang di telinga saya nama suami saya mendominasi pemilihan. Allahuakbar!! begitulah kekuatan 'penyokong' kalau betul sebuah pilihanraya di jalankan dengan telus dan bersih.

Sewaktu di minta memberi ucapan sebagai pengerusi baru jelas saya melihat kesayuan di muka suami saya kerana beliau banyak menyerahkan kepada Allah apa yang akan berlaku. Bila saya suruh istikharah katanya tugas memakmurkan surau mana ada pilihan? Dalam pasrah memang saya lihat dia banyak berdoa dan berdoa yang terbaik..semoga Allah memberkati pengalaman PILIHARAYA SURAU TAQWA YANG PALING DEMOKRATIK dalam abad ini.

Apa pun tarikh kuatkuasa perlantikan baru AJK Surau hanya akan berlaku 1 Jun 2010, anything can happen dengan izin Allah between now and then, doa saya hidupkan saya dengan kemuliaan alQuran dan matikan kami sebahai syahid/syahidah. Matlamat kami no other than syurga JannatulFirdaus. Kena persiap diri/pulun kata orang kalau betul nawaitu. WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment