

Salam
Alhamdulillah lima hari saya bercuti bermusafir melalui 5 negeri. Selangor, Perak, Pahang, Kelantan dan Terengganu. Bermusafir memang kerja biasa bagi kami suami isteri, terutama selepas menjadi pesara, namun kali ini khusus untuk melapangkan fikiran dan memikirkan strategi membantu Maahad AlQuran dan Bahasa Arab AlManar Selinsing Pasir Putih Kelantan.
Selama 4 malam kami menginap di tiga lokasi, Cool Point Cameron Highland, Royal Guest House di Kota Bharu dan Villa Inn di Dungun. Pemilihan tempat tinggal ada kaitan dengan adanya masjid untuk mudah suami solat berjemaah, alhamdulillah semoga mendapat keberakatan.
Tempat terakhir lawatan kami ialah di Kemaman rumah ibu bapa anak angkat kami. Uniknya di rumah keluarga ini di penuhi ukiran kayu kerana bapanya dulu pesara pengukir kayu Muzium Negara. Di depan pintu besar ternampak ukiran SENI DI UKIR.
Kebetulan fikiran saya masih berserabut memikirkan pelajar AlManar yang remaja protes untuk meninggalkan Maahad kerana pelbagai masalah, antaranya ketiadaan guru bahasa Arab dan makanan kurang berkhasiat. Saya terkesan dengan kaedah tarbiyyah anak-anak sewaktu kecil 'laksana mengukir di atas batu', kini anak-anak remaja yang berkeras ingin meninggalkan Maahad sedang mengukir sejarah samada meneruskan pengajian hafazan dan menguasai bahasa arab atau keluar sekolah biasa mengambil peperiksaan PMR.
Seni di ukir dalm hubungan didikan anak-anak remaja ialah mengukir cara berfikir mereka samada positif atau negatif. Salah seorang bapa anak remaja menghantar sms anaknya akan lari jika tidak tahan dengan suasana Maahad. Saya berjenaka kalau nak lari ajak kawan-kawan. Jawapan balik ialah seisi Maahad akan lari. Terus saya menjelaskan supaya mengukir fikiran positif kepada anak-anak. Jangan sokong persepsi nak lari tapi bayangkan bagaimana anak mengukir sejarah keluarga dapat menjadi pemimpin satu masa nanti. Terus tiada sms.
Inilah isunya iaitu yang mengukir seni berfikir anak-anak adalah ibu bapa sendiri. Jika ibu bapa berpandangan cetek dan pendek akan mudahlah cara penyelesaian. Tak suka sekolah tukar...sedangkan untuk membina keselesaan dengan sekolah baru, guru baru, kawan baru merupakan satu cabaran dan mungkin akan menimbulkan tekanan kepada seorang remaja.
Memikirkan remaja di Maahad saya harap sangat ibu bapa dapat merasai betapa nikmatnya jika anak-anak terdidik dengan nilai akhlak Islam dan Alquran. Di sebut dalam sebuah hadis riwayat At Tabrani bermaksud 'Mereka di panggil " Di mana orang-orang yang mau membaca KitabKu dan tidak terlena oleh menggembala kambing? Maka berdirilah mereka dan di pakaikan kepada salah seorang mereka mahkota kemuliaan. Jika kedua orang tuanya seorang Muslim, maka keluarganya akan diberi pakaian yang lebih bagus dari dunia dan seisinya. Kedua orang tuanya akan mengatakan. "bagaimana kami boleh mendapatkan ini? Maka akan di jawab , 'ini kerana anak-anakmu membaca AlQuran.'
Saya berdoa sesungguh hati agar remaja yang terlibat dengan protes ingin meninggalkan Maahad di beri kelembutan hati, bersabar, tetap pendirian dengan AlQuran. Beradanya mereka di Maahad hampir 2 1/2 tahun bukan masa yang pendek. Ia telah mengukir di jiwa mereka kemanisan bersama Alquran dan berbahasa Arab, bahasa Syurga...kini ada remaja Maahad yang menyatakan'saya tak suka bahasa arab...' tergenang air mata saya memikirkan saya yang berusia lanjut ini pulun ingin menguasai bahasa arab, kini remaja yang berusia 15 tahun menolak bahasa syurga...sedih dan terasa kecewa di hati ini kerana gagal MENGUKIR semangat cintakan Islam di jiwa mereka.
Saya bertekad akan mengukir semula kesedaran di jiwa remaja Maahad AlManar bahawa mereka adalah remaja pilihan yang perlu melalui 'finishing school' iaitu satu modul tambahan bahawa mereka perlu ada izzah (rasa mulia), yakin diri, menguasai pelbagai kemahiran sosial dan ada survival spirit...untuk berjihad menegakkan kebenaran AlQuran walau apa pun berlaku.
Doa saya setiap saat, Ya Allah kau beri aku ilham mengukir semangat baru di jiwa remaja yang kini dalam ujian nafsu amarah...lembutkan hati mereka, beri mereka kesabaran berada di jalanMU, bukakan pintu hidayahMU kepada mereka dan ibu bapa mereka.
Salam. My youngest son attended no less than 7 primary and secondary schools and 2 universities. The intention was to please him so he would be happy studying what we ask him to do, combining academic and Quranic studies. It was no easy effort to make him finish schools. The schools are lop sided in terms of academic pursuit and Islamic life commitment. I can't say the schools are totally to blame because they lack the financial and human resources. To cut the long story short, he finally graduated in Shariah from Al Mu'tah University, Jordan, but only halfway through his Hafazan program.He "protested" when we sent him to Sudan to learn Arabic at the International Islamic University, Khartoum and came back 'half-baked' after nearly 2 years. He graduated age 26. But he is no where near "my dream" scholar, a concept which I hope one day we can produce from the school in Garut. May Allah grant us his blessings, the wisdom and the strength to follow his path and may one day soon the people of the world will happily accept Islam and Islam will rule the world again.Amin.
ReplyDeleteAlaikum salam sobah. tq for the comment. yes l forgot about your experience. ada 2 approach, give way or stay on improving, convincing pelajar they can make a difference. it's not easy though. l choose the 2nd approach. but the final analysis l leave it to parents. their doa, moral support and trust matters a lot. tidak ada cara lain remaja selamat kecuali bekalan alquran di dalam dada, dalam pemikiran, kefahaman dan tindakan. WaAllahu'lam
ReplyDelete