NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, March 17, 2010

SEMINGGU BERSAMA AHLI KELUARGA





Gambar-gambar kekeluargaan di Jakarta

Salam

Khamis 11 Mac- Rabu 17 Mac saya kira masa berkualiti bersama ahli keluarga, anak, adik beradik dan keluarga seislam yang terlibat dalam penubuhan 'Situwangi Boarding School' (SBS) di Garut Bandung.

Terlalu banyak insiden yang ingin di kongsi kerana masa amat padat dengan aktiviti dan penyelarasan yang perlu di buat termasuk memotivasi ahli keluarga.

Dua kumpulan menyertai rombongan Islamic Book Fair Jakarta. Setibanya sahaja kami kumpulan pertama pada petang Khamis kami menghabiskan masa di pameran buku untuk mengelakkan kesesakan di hari akhir nanti. Tepat sekali kerana pilihan lebih mudah di buat ketika pengunjung masih berkurangan berbanding kunjungan kedua hari Sabtu bersama rombongan kakak dan adik saya.

Satu kelebihan Islamic Book Fair di Jakarta ialah penampilan buku-buku baru termasuk terjemahan penulisan Ulama Muktabar. Di sekitar pameran terdapat juga peluang berinfaq untuk pesentren dan institusi anak-anak yatim di seluruh Indonesia.

Kehadiran muka rakyat Malaysia memang menarik minat pengutip derma dan selaku orang Malaysia yang pemurah ramai yang memberi sumbangan. Awal-awal lagi saya dan suami pasrah apa bujet yang ada sedekahkan ikut kemampuan. Setiap kali menyumbang saya akan nawaitu agar di ganda rezeki dan di hapus dosa saya yang banyak.

Allah Maha Besar. Ketika semua rupiah saya kehabisan tiba-tiba pesanan saya kepada adik yang masih berada di Kuala Lumpur kerana bercuti (anaknya lulus SPM 10A) terjawab. Hampir 100 kali ganda rupiah telah sampai ke tangan saya berbanding infaq saya yang tak seberapa. Rupiah di berikan melalui pemandu yang membawa kami. Saya amat terpegun kerana biasanya adik saya yang pemurah ini memberi separuh kiriman daripada jumlah hari itu , rupanya kami lima beradik adalah sasarannya. Lantas kami berborong sakanlah, buku dan telekong cenderahati. Saya dan adik beradik lain hanya berdoa sikap pemurah ini berterusan hingga ke akhir hayat.

Pengalaman pahit makan di restoran luar dalam lawatan sebelum ini membuatkan kami awal-awal bersedia membawa bekalan daripada Malaysia yang amat barakah kerana rendang dan sambal sotong menjadi lauk pauk kami sampai ke akhir. Amiin. Seronoknya makan di rumah ialah pengalaman makan semeja yang amat jarang di perolehi di rumah sendiri almaklum masing-masing ahli keluarga ada agenda hujung minggu dan jarang bertemu di meja makan kecuali di rancang awal. Nostalgia arwah bapa saya yang mementingkan makan semeja terus menerpa di jiwa adik beradik dan inilah masa berkualiti yang akan saya kenang.

Bukan itu sahaja kami akan teruskan budaya sunnah berzikir ma'thurat selepas solat subuh dan maghrib. Tazkirah ringkas di lakukan bila hadir Ustaz Muhibuddin. Alhamdulillah ust Muhib sudah dapat segala keperluannya dan sedang menyusun jadual untuk melantik guru pengajar dan pelajar-pelajar ( santri) untuk SBS. Pak Bambang arkitek dan 50 pekerjanya pun sudah memulakan pembangunan fizikal dan hanya doa yang mengiringi semua agar SBS dapat beroperasi awal Jun sebelum 25 kumpulan pelajar pertama dapat memulakan pengajian awal Julai 2010.

No comments:

Post a Comment