


Salam
Taklimat tentang wabak denggi telah di adakan di kompleks Perumahan Kerajaan Negeri Selangor seksyen 7. Isu rumah exco yang pernah berbangkit sejak tahun 2007 kerana di anggap terlalu 'exclusive' dan membazir wang rakyat menyebabkan beberapa rumah terbiar tidak berpenghuni. Sebuah dewan yang luas di sediakan dalam kompleks untuk kegiatan kemasyarakatan.
Pertama kali saya di panggil menyertai komuniti 'atas bukit' dan berada dalam kompleks mewah membuatkan saya terharu juga. Pertama kerana program di adakan setelah ada satu kes kematian denggi berdarah di kawasan 'elit lagi bersih'. Soalan yang diajukan sewaktu taklimat pun menggambarkan seolah patut ada 'kekebalan' dalam kawasan bersih lagi elit ini,tapi mengapa kes denggi masih berleluasa dan hampir setiap rumah dalam komuniti telah di serang denggi.
Kedua kerana komuniti yang tinggal di atas bukit ini jarang bergaul dengan kariah surau, mereka lebih menyertai kegiatan di Masjid Negeri. Jika ada sebarang keramaian di atas bukit tidak ramai yang di jemput hadir kecuali seorang dua yang berurusan dengan mereka. Kelas pengajian kawasan disini berbeza daripada kelas biasa di surau, ia lebih 'exclusive home gathering' (perjumpaan dirumah yang khusus) atas jemputan tidak terbuka kepada awam, maksudnya tidak 'open' macam di surau atau masjid, begitulah kaedahnya.
Ketiga sewaktu kematian berlaku barulah kariah surau AtTaqwa di kerah dan berlakulah banyak kerenah dan trajedi, antaranya tempahan khidmat MBSA tidak sempurna sampai ke akhir.
Sayu juga saya kerana berlaku salahtafsiran tentang aliran politik menyebabkan penyokong pemerintahan sebelum ini yang ramai menghuni 'atas bukit' merasakan semua yang tidak bersama mereka adalah 'pembangkang' dan mesti di tentang termasuk saya yang memegang jawatan Ahli Majlis kawasan ini. Apa pun saya tidak pernah berkerja untuk sebarang kepentingan kecuali 'Lillahitaala' kerana saya hamba Allah dulu, barulah jadi wakil NGO dalam kerajaan sekarang. Kalau kerajaan yang di pilih pengundi mengulangi kesyirikan, kezaliman atau ketidakcekapan pemerintahan dulu saya tidak ragu menegur dan tidak sudi bantu kerana itu perintah tuan (Tuhan) saya agar cegah mungkar walau siapa pun yang melakukannya. Ini saya amat jelas, sejelas terangnya matahari.
Apa pun pembinaan banyak rumah-rumah bunglow di kawasan tersebut menyebabkan ada Dato'/Tan Sri yang menyarankan 'stop work order' sebulan kepada mana-mana projek pembinaan yang didapati menyimpan tempat pembiakan aedes supaya mereka serik dan penguatkuasaan MBSA di minta lebih ketat menjalankan tugas. Ternyata ini bukan penyelesaian kerana tempat yang tidak di jalankan sebarang aktiviti begitu lama lagi mudah aedes membiak.
Dr Venugopalan Pakar kesihatan Awam selaku Ketua Unit Vektor Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah menyampaikan maklumat tentang kritikal dan bahayanya denggi. Penyampaian beliau yang ringkas dan padat amat berkesan sekali. Tayangan kawasan di serang wabak denggi turut di paparkan yang menjurus kepada satu hakikat bahawa selagi sikap 'pengotor' rakyat Malaysia tidak berubah selagi itu akan terus ada virus denggi di sekitar kita. Dr Venu menyebut 'sayang sekali kita ada bangunan yang bertaraf 1st class tapi maintenance mentality kelas 3.' Maintenance mentaliti ialah pemikiran untuk menjaga dan memelihara bangunan 1st class tadi telah tidak di budayakan dalam masyarakat. Yang masyarakat tahu ialah pakai buang atau guna biar orang lain susah nak kemas, susah nak cari punca masalah atau susah nak kerja. WaAllahu'alam
Di Seksyen 7 pula selagi SELURUH kawasan kotor tidak di bersihkan, selagi itu penduduk di kawasan ini akan di ancam bahaya. Isunya bagaimana nak membersihkan SEMUA kawasan jika yang datang mendengar taklimat di mana pun ia di adakan hanya segelintir sahaja?
Kebetulan MBSA turun padang di kawasan Zon bersih seksyen 25 Sri Muda hari yang sama, ia merupakan 'gotong royong' perdana dan semua sumber manusia dan peralatan MBSA di halakan ke program tersebut. Pernah YB Menteri Kesihatan datang melancarkan 'fogging' di pangsapuri seksyen 7 tahun lepas, namun usaha bercorak 'perdana' tidak kekal lama, ia mudah sahaja berlalu dan di lupakan.
Satu penemuan sewaktu kami mengadakan lawatan ke tempat wabak denggi ialah longkang tidak mengalir kerana 'struktur' peparitan tidak sealiran. Dr Venu menyebut 'jurutera bangunan'patut lihat ini kerana dalam banyak kes air bertakung kerana sistem peparitan yang menyambungnya lebih tinggi. Hukum graviti kata air mesti turun kebawah bukan keatas.
Inilah mentaliti pemaju yang tidak mementingkan keselamatan pembeli. Salah siapa ya? bila di siasat perlukan pembaikan, semua menuding kepada MBSA yang menjaga PBT. Saya rasa PBT mana pun memang jadi mangsa kerakusan pemaju yang meletakkan 'keuntungan' dalam projek mereka. Bila projek perlu siap cepat akan berlakulah pelbagai 'non conformance'. Di sinilah saya rasa MBSA kena ketatkan undang-undang meluluskan CF (Certificate of Fitness). Yang salah tetap salah tidak ada kompromi. Expertise dan professionalism amat penting di kekalkan. Soalnya siapa yang sanggup ikut peraturan? Laws are made to be broken anyway!! Dalam kawasan maju seperti Shah Alam kerja pembinaan tidak berhenti pada satu nokhtah bila CF tidak di patuhi. Bangunan akan sentiasa perlu di baiki dan inilah tempat yang mengundang pembiakan aedes.
Dr Venu berkali-kali menekankan 'fogging' bukan penyelesaian. Ia merupakan 'false sense of hope' (harapan palsu) kerana cara aedes membiak dan virusnya hidup amat merumitkan. Sekali nyamuk aedes mengigit pesakit denggi ia (nyamuk) akan di warisi turun temurun sampai 5 generasi dalam telurnya akan mengandungi virus denggi. Kajian mendalam masih sedang di jalankan bagaimana membenteras wabak denggi yang gerafnya meningkat naik dua tahun sekali. Tidak ditemui lagi sebarang rawatan denggi selain berhati-hati tidak di gigit nyamuk dan menjaga immuniti diri, kebersihan rumah dan kawasan sekitar.
Terkini serangan denggi amat mengganas. Ia melibatkan warga muda dan terlalu cepat berlaku. Dr Venu mengisahkan seorang pesakit amat ceria jam 12.00 tengahari, jam 2.00 petang terus coma dan meninggal. Apa yang berlaku ialah serangan virus denggi kepada pembuluh darah yang seolah 'berlobang' disetiap tempat dengan cepat dan serentak itu semua air dalam badan akan keluar dan menyerang organ-organ badan, perut, paru-paru, kidney. Perut akan kembung sakit, muntah berterusan, susah bernafas, sakit sendi, pening dan coma. Tindakan segera ialah memasukkan sebanyak air menggantikan air yang keluar dan mengikut pengalaman jika ini di buat dalam masa yang segra seolah pembuluh darah puleh sertamerta.
Bagi yang pernah di serang denggi ia tidak 'kebal' macam sesetengah penyakit, ia boleh berlaku sampi 4 fasa denggi dan setiap kali di serang 'anti-body' akan bertindak bertahan. Jika anti body melemah ketika inilah bahayannya. Dalam lain perkataan cepat-cepat cari anti biotik denggi yang memang tidak ada di pasaran, namun antibiotik HPA ada kesan dalam banyak kes. Begitu juga air zam-zam dan ECPI di sertai doa kerana yang memberi penyakit dan menyembuhkan ialah Allah yang Maha Menentukan.
Berbalik kepada kisah Kompleks Perumahan Kerajaan Negeri Selangor yang canggih, urban dan kontemporari arkiteknya saya mengurut dada mengkaguminya...sekaligus terbayang wawasan 'Mawaddah finishing school' yang masih di peringkat menyiapkan kertas cadangan. Teringat kisah Dr Mareena yang mempunyai 5 bunglow di Colombo untuk 'finishing school'nya. Ya Allah boleh ke bunglow mewah ini dapat kepada Mawaddah Finishing School? Saya nekat akan kemukakan konsep itu kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya kita telah berusaha mendapatkannya.
Kawan-kawan saya yang membaca blog ini tolonglah doa. Jika berlaku 'miracle' dan teguh keikhlasan team nak buat 'Mawaddah Finishing School' mari kita tampilkan ukhwwah, kasih sayang dan kerja amal qawi (kuat) yang bertaraf 1st class kepada masyarakat. InsyaAllah kita boleh buat perubahan yang positif di alam sementara ini sebagai saham di alam yang lebih kekal, insyaAllah. Fokus, fokus, fokus...
Selepas program tamat tengahari itu Dr Ismail Pengarah JKS ada memberi maklumat bahawa pemeriksaan di kawasan kotor Seksyen 7 Shah Alam telah meyebabkan 8 kedai di arah tutup dan pemeriksaan masih di teruskan. Saya mengucap syukur sekiranya tindakan sita atau menutup premis kotor di seksyen 7 ini akan memberi kesan masyarakat lebih bebas daripada wabak denggi.
Sesungguhnya perancangan Allah keatas diri saya suatu rahmat dan nikmat kerana dalam susana genting dan pelbagai isu saya di izinkan dapat banyak idea untuk melakukan sesuatu yang saya berdoa agar sentiasa di redhai Allah. Dalam keadaan selesa kita sering lupa tanggungjawab, namun setiap di uji dengan perkara yang memerlukan tindakan dan keputusan segera (crisis management) disitu berlaku interaksi kuat dengan Pencipta, kerana dari Dia kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment