NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, March 7, 2010

MATI KAH KAMU KALAU TIDAK ADA BOLA??





Salam

Karnival Bola Sepak Remaja anjuran Pusat Tuisyen Mawar dengan kerjasama MPP Zon 3 dan PeBT (Penggerak Belia Tempatan) telah berjaya di adakan pada hari Ahad 7 Mac 2010 jam 8.00 pagi hingga 6.30 petang. Upacara perasmian di sempurnakan YB Yaakub Sapari ADUN kota Anggerik.

Remaja memang kumpulan sasaran kami di MPP. Saat saya di beri peluang berucap sebelum perasmian saya mengambil kesempatan menasihatkan remaja agar berakhlak di padang bola kerana manusia mulia kerana akhlak, bukan kerana juara bola. Salah satu akhlak ialah BERTANGGUNGJAWAB dengan tidak meninggalkan padang bola selepas permainan penuh dengan sampah bersepah-sepah dan menghormati kehendak penganjur. Kebetulan MPP selaku penganjur telah memaklumkan permainan bola hendaklah di berhentikan waktu solat (zohor dan Asar) Kegagalan mematuhi peraturan mungkin menyebabkan penganjur tidak akan membenarkan penggunaan padang lain kali.

Fenomena wabak denggi memang banyak kaitan dengan sikap tidak bertanggungjawab anggota masyarakat membuang sampah merata-rata. Selain menjadi takungan air dan pembiakan aedes, kesan sampah yang terbiar merosakkan pemandangan dan boleh membahayakan jika sampah berunsur pecahan kaca atau gelas. Malah satu bantahan keras masyarakat sekitar padang bola di seksyen 7 ialah sampah termasuk tin/botol arak bersepah terutama jika kumpulan yang bermain bola adalah pemain bukan Islam.

Satu kejutan pagi itu ialah tawaran hadiah 'hamper' di berikan kepada mana-mana kumpulan yang berjaya mengutip sampah terbanyak di akhir permainan.

Sebelah petangnya selaku ahli majlis MPP Zon saya di panggil semula untuk upacara penyampaian hadiah kepada pemenang. Saya berkesempatan menonton dua perlawanan akhir untuk empat tempat yang di sediakan hadiah. Kumpulan yang sama kuat menyebabkan kedua-dua perlawanan di akhiri dengan tendangan penalty.

Saya di beri maklum sepanjang perlawanan telah berlaku pergaduhan, maki memaki refree dan sikap tidak berdisiplin pemain. Semua menyatakan 'biasalah kerana semangat tengah nak menang lupa semua...' Saya membantah mana mungkin pasukan bola yang ada coach, yang sedar erti kalah menang permainan dan bola sepak sebagai aktiviti sampingan membentuk sifat kepimpinan dan kerjasama...boleh berakhir dengan pergaduhan dan kata-kata kesat sehingga melibatkan polis berkejar ke padang?

Mungkin saya 'naive' (mentah) tidak faham sepak terajang bola sepak atau saya 'moralist' (orang dakwah) yang hanya menggambarkan yang baik-baik sahaja atau memang dunia telah berubah, yang betul jadi salah?

Akhirmya saya dapat jawapan kerana di saat akhir untuk menerima hadiah pihak penganjur gagal di hormati, pasukan tidak hirau langsung arahan berkumpul untuk menerima hadiah dan menamatkan permainan. Pasukan Skuad Aman terpaksa berkejar memanggil kumpulan yang masih tinggal untuk menerima hadiah. Teruja juga saya dengan sikap pemain bola yang kurang berdisiplin ini.

Soalan pertama yang saya lontarkan memulakan ucapan penutup pertandingan bola sepak itu ialah 'ADAKAH KAMU AKAN MATI KALAU TIDAK ADA BOLA? semua menjawab TIDAK. Habis tiada apa yang menyebabkan kamu boleh mati? lontaran kedua saya dapat jawapan spontan remaja yang bijak. 'Nyawa'.

Siapa beri kamu nyawa? serentak jawapan Allah. Tapi kamu tidak berperaturan kerana kamu tidak takut Allah yang beri kamu nyawa, saya meneruskan ucapan ala leteran. Kamu anggap kamu boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan Allah suka ke tidak perbuatan kamu, waktu azan kamu masih terus bermain, meninggalkan solat...saya terus berleter. Saya menegur coach agar menjaga akhlak anak buah mereka kerana kesan salah didik merugikan kita semua.

Sebelum berucap suami saya dah pesan jangan lama-lama bercakap orang bosan...ya saya faham. Tapi nak sampaikan mesej bahawa bola bukan segala-segala dalam hidup ini memerlukan saya kena kreatif memulakan bicara. Pihak penganjur pun memang pesan saya tegur akhlak pemain yang amat memualkan..mungkin pemain berkaitan tidak ada pun di padang petang itu. Harap-harap 'words of mouth' akan tersebar betapa perlunya mereka melihat bola bukan TUHAN atau ILLAH dalam maksud sembahan atau pujaan.

Apa pun sewaktu menyampaikan medal seorang demi seorang pemenang empat kumpulan saya sempat menasihatkan agar jaga solat, hormat ibu bapa dan orang tua serta jaga akhlak. Ternyata memang dunia telah berubah kerana begitu lama saya terpisah dengan kumpulan remaja sehingga saya terpaku mendengar dan melihat mereka berkelakuan 'pelik' sekali. Itu belum lagi menyentuh cara berpakaian dan tindakan mereka bila menang? Tak tumpah seperti peserta bola sepak 'world cup' buka baju, berjoget, mengejek...memang saya pelik. Penyokong gadis pun meransang mereka bertindak demikian, terlalu ramai yang tak jaga aurat antara pusat dan lutut, pusat terdedah begitu sahaja. Apa peliknya jika wanita pun lebih teruk cara berpakain hingga nak telanjang.

Seoran penulis Amru Khalid sewaktu mentafsirkan nikmat 'syurga' Surah Thaha 118 ' sungguh ada jaminan untukmu di sana, engkau tida akan kelaparan dan tida akan telanjang' menyatakan bahawa kita justru akan telanjang ketika melanggar perintah Allah. Semaju apa pun peradaban yang kita miliki jika ia membuat kita semakin jauh dari Allah maka semakin telanjang pulalah kita ( petikan buku membaca kisah mengungkap hikmah nteladan para Nabi jilid 1, ms152)

Sekembali saya ke rumah cuba-cuba menonton TV, terus terlihat program 'Soccer kids' baru saya insaf bahawa memang senario remaja berbeza di sebabkan unsur media yang menjadikan bola sebagai segala-galanya. Satu 'reality show', kini program 'soccer kids' memproses dan menapis pemilihan anak-anak remaja menjadi pemain 'soccer kids' melalui latih tubi fokus bola siang malam. Coach yang mendidik mereka mencabar hingga menggunakan kata-kata 'bodoh'...saya amat insaf tektik yahudi dalam pembentukan akhlak remaja telah menular dalam negara kita nauzubillah. Saya lihat anak-anak yang tak berjaya di lepaskan pulang dengan penuh kekecewaan dan linangan air mata...KERANAMU BOLA

Memang amat sakit saya melihat senario yang memualkan melalui TV dan tidak hairan mengapa di padang bola anak-anak remaja bertindak gila KERANA BOLA. Senghaja saya menulis blog ini supaya ada para pembaca yang dapat menyaring program remaja agar mereka tidak ketandusan nilai insan dan memperbutkan kemenangan dan keduniaan semata. Benci dengan mungkar syirik yang tersirat disebalik program TV menyebabkan saya kurang berminat menonton lama.

Ya Allah kau selamatkanlah anak-anak remaja kami yang di perlakukan begitu zalim, dijadikan hamba kegemilangan dunia oleh segelintir kapitalis yang menguasai dunia media hari ini.

Sebagai sentuhan dakwah saya bertanya suami saya seorang bekas pemain bola sepak waktu muda..why don't you become coach and turn around some of the good soccer boys to be good Muslims? jawapan ringkas...'tak larat, penat..dah berumur.' cadangan tinggal begitu saja.

Mari kita renung ayat Alquran Surah Al Mu'minun 99-100

'sehingga apabila datang maut, setiap kamu akan mengatakan 'Wahai Tuhan kembalikan aku ke dunia moga-moga aku akan mengerjakan amalan soleh terhadap apa yang pernah aku tinggalkan dahulu. Tidak, sesungguhnya ia hanya suatu bicara yang di ucapkan.'

WaAllahu'lam

1 comment:

  1. Media yang membuat orang berkata: "Football is religion". Alangkah malangnya. Kemudian iklan rokok atau liquor. Sekarang tak tahu. I used to say " We make them healthy, and then we kill them.(with ROKOK AND LIQUOR). Dulu semasa muda tidak ada orang nak kata sukan boleh "menyesatkan". Therefore I like what you said now. "Good Leteran".

    ReplyDelete