NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, March 6, 2010

NAHI MUNGKAR (CEGAH MUNGKAR)


Salam

Teruja atau tercabar saya sepanjang minggu ini di hujani aduan demi aduan masyarakat kesan wabak denggi dan ketidaksejahteraan yang berlaku di seksyen 7.

Ramai yang mengadu tanah terbiar kosong, rumput tidak di potong dan ada anggota masyarakat yang meletakkan sampah dalam kawasan tanah terbiar, pembinaan yang mengundang takungan air semuanya boleh menjadi penyabab pembiakan nyamuk aedes.

Ada juga aduan karaoke membuat bising, pusat snooker Anjung 7 menggalakkan pelajar sekolah ponteng dan mempamirkan gambar lucah di premis serta pembuangan sampah merata-rata mencetuskan idea kepada saya agar mereka membuat aduan bertulis beramai-ramai dengan memberi alamat dan tandatangan sebagai bukti mereka perihatin dengan kesejahteraan di kawasan seksyen 7.

Satu mesyuarat MPP telah di adakan pada khamis 4 Mac 2010 jam 9.00 malam untuk membincangkan pelbagai perkara yang memerlukan penyelarasan. (lihat skuadaman.blohspot.com) Yang istimewanya mesyuarat memulakan tindakan 'just do it' kearah MENCEGAH MUNGKAR. Hasilnya dua malam berturut-turut Skuad Aman mengadakan rondaan di sekitar Taman Tasik Seksyen 7 untuk memantau MUNGKAR. Kebetulan ada sedikit masalah teknikal di Urban Kiosk ia turut di selesaikan dengan pantas oleh MBSA.

Pemerhatian sepanjang rondaan mendedahkan remaja ber'couple' memang berminat ke Taman Tasik selepas jam 1.00 pagi kerana itulah masanya lampu besar di tasik akan di padamkan dan dalam gelap menghitam ramai yang pakai baju hitam memadu asmara. Saya teringat hadis menceritakan tentang 'syirik tersembunyi' yang menyebutkan 'macam semut hitam dalam malam yang gelap hitam atas batu hitam...tak nampak apa kecuali HITAM.

Begitulah perkembangan yang 'mengHITAMkan senario di seksyen 7 sekalipun ada usaha ke arah mlakukan AMAR MAKRUF di sana sini oleh pelbagai kumpulan termasuk MPP Zon, namun amar makruf jika tidak serentak MENCEGAH MUNGKAR ia usaha yang sia-sia. Kalau ingin yang wajib berjalan, yang haram kena berhenti.Full stop.

Satu peristiwa lucu berlaku di sekitar rondaan Skuad aman bilamana wakil surau Al Mawaddah yang baru memiliki van jenazah melakukan 'test drive' di sekitar jalan Taman Tasik...mereka menggunakan lampu siren dan melaungkan 'hailer' 'siapa yang berdua-duan dengan bukan muhrim sila keluar daripada kawasan tasik...masyaAllah bertempiaran lari ramai pasangan dan saya confirm inilah satu cara innovatif MENCEGAH MUNGKAR.

Sering juga saya memikirkan kesan negatif pembangunan pesat yang meledak di kawasan bandaraya di mana pun dan tidak terkejar dengan usaha menyekatnya, almaklum musuh kebenaran akan mudah meyakinkan nafsu manusia, KECUALILAH jika manusia itu kukuh akidah dengan Tuhannya seperti yang berlaku kepada Nabi Allah Yusuf as. Dalam lonjakan nafsu muda baginda Nabi Yusuf terus menolak mungkar dengan kalimah alQuran 'Aku berlindung kepada Allah...sesungguhnya orang yang zalim itu tidak akan beruntung' (ayat 23 surah Yusuf).

Satu usaha mencegah mungkar ialah menyediakan pilihan atau alternatif kepada budaya asing yang tersebar dalam masyarakat. Keperluan mengujudkan TADIKA ALQURAN SEPADU di rasakan amat kritikal sekarang memandangkan ramai yang tidak tau berperaturan dengan baik. Ramai lagi yang tidak tahu membaca Alquran dan serentak itu tidak dapat bersolat kerana bacaan dalam solat ialah ayat AlQuran.

Sepanjang minggu ini saya bertawakkal untuk menyiapkan cadangan Akademi AlManar tentang Tadika dan akademik Alquran Shah Alam dan alhamdulillah kertas dapat di hantar ke pejabat Datuk Bandar Shah Alam petang Jumaat 5 Mac 2010. Saya mohon doa agar usaha kecil ini ini menjadi satu amal kuat saya dalam usaha MENCEGAH MUNGKAR dari akar umbi, insyaAllah.

Siap sahaja kertas cadangan badan rasa lemah..terfikir saya adakah aku dijangkiti Denggi?? Dengan izin Allah jua segala usaha saya dapatkan untuk mencari jalan keluar jika di jangkiti. Pengalaman merawat suami saya yang pernah di jangkiti denggi tahun lepas memberi sedikit pelajaran, iaitu perkuat immuniti badan dengan makanan berzat dan jaga air minuman agar tidak dyhyderated...dan rawatan SPA bubblebath air lebih panas daripada suhu badan serta rehat banyak-banyak.

Ini usaha sahaja belum pun pergi check doktor kerana di fahamkan kesan wabak ini terlalu ramai pesakit yang hanya menerima rawatan luar. Rupanya kes denggi masih dalam kajian untuk merawatnya dan kaedah yang paling penting ialah 'jangan biar badan menerima kejutan hilang air yang keluar dek pembuluh darah 'bocor'' Beberapa kes denggi berdarah adalah kesan organ badan di serang air yang keluar daripada pembuluh darah dan bila pembuluh darah bocor darah akan keluar daripada semua saluran, bulu roma, hidung, mulut, mata, telinga ...nauzubillah.

Alhamdulillah sepanjang hari Sabtu saya 'uzlah' (tinggal bersendirian) bersama seorang anak angkat yang bergegas datang dengan antibiotik HPAnya. Banyak juga yang dapat di kongsi bersama dalam suasana bersendirian ini, semoga Allah beri keberkatan kepada semua yang membantu insyaAllah. Kepada Allah saya ajukan harapan agar saya di beri kesempatan melancarkan TADIKA ALQURAN di Shah Alam sebagai tinggalan saya menjadi ahli Majlis di MBSA.

Untuk keberkatan Taman Tasik saya juga merancang untuk mengadakan siri kesedaran Bicara Pagi kepada masyarakat Seksyen 7 mulai Sabtu 20 Mac dengan konsep santai di Taman Tasik. Pakej mencontohi Rasulullah saw saya halakan untuk remaja kerana di perhatikan ramai remaja yang mengunjungi Taman Tasik bila hari cuti.

Akhir kata mari kita renungi sebuah Hadis tinggalan Rasulullah saw tentang Cegah Mungkar.

'Demi jiwaku yang berada dalam tanganNya, hendaklah kamu menyuruh berbuat baik dan mencegah dari membuat mungkar , jika tidak Allah akan mengirimkan siksa ke atas kamu, kemudian jika kamu memohon kepada Allah tidak akan Ia kabulkan.

waAllahu'alam

No comments:

Post a Comment