


Salam
Saya pernah menulis tentang konsep 'Urban Kitchen' sekembali daripada Sri Lanka. Tak sangka idea yang meluap-luap ketika itu di terimapakai oleh tiga usahawan yang berjaya terpilih mengusahakan kiosk di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam termasuk Allahyarham Shanaz yang menjadi pereka bentuk banner yang kini berkibar di sebelah kiosk di Taman Tasik.
Saya berkesempatan melawat kiosk petang Rabu 10 Februari. Ramai pengunjung yang datang dengan pelbagai aktiviti dan bersama keluarga. Senang hati saya melihat perubahan positif yang berlaku di Taman Tasik projek kesayangan MPP Zon 3 sekarang. Doa-doa janganlah ada perkara negatif yang memburukkan imej yang sedia ada.
Urban kiosk membawa 3 konsep besar, BERSIH, BERKUALITI DAN MESRA ALAM/PELANGGAN. Ke tahap masuknya pelanggan ke kawasan urban kiosk penguasaha sedang berkerja kerasa menjadikannya 'ZON TANPA SAMPAH' maksudnya samapah di urus dengan baik. Saya memerhati dari jauh dulu gelagat pengusaha dan pelanggan Urban Kiosk. Nampak menceriakan dan saya terus duduk di sebuah meja. Suami saya ternampak tawaran makanan yang menyebut 'kari bende'..terus terpikat dan membuat tempahan nasi kukus. Alhamdulillah serasi dengan 'urban taste'-lah kata orang. Saya tidak terkejut jika Urban kiosk akan ramai di kunjungi peminat.
Waktu asar telah lepas dan saya bertanya pengusaha samada telah menunaikan solat. Jawapan ringkas 'tak ada surau'. Memang surau Mawaddah nun jauh menyeberangi taman tasik dan melintasi jalanraya dan kedai. Saya terlihat bangunan wakaf yang sedia di penuhi pengunjung, nampak seperti pelajar IPT. Mereka sedang mengadakan satu game yang menggunakan tepong, lempar melempar. Penuh tebaran tepung di rumput dan di atas jalan, sementelah pula di muka dan rambut masing-masing yang di lempari tepung tadi. Saya tahu game ini iaitu ala 'perang' namun gelagat remaja IPT dalam suasana orang lalu lalang kurang menyenangkan saya. Lantas menalipon ranger MBSA mohon di adakan rondaan dan menasihati agar aktiviti dapat di kawal. Saya sedar jika saya yang menegur tak siapa yang hirau, mana kad kuasa? mana uniform yang menjadi imej pihak penguatkuasa. Dalam hati hanya berdoa 'Ya Allah jangan kau matikan hati mereka yang berseronok riang ria ini daripada sifat malu dan hormat kerana ia akhirnya akan mematikan sifat istiqamah memegang amanahMu.'
Menyebut tentang akhlak anak muda saya amat tercabar mengapa mereka berubah begitu drastik sekali sebaik melepasi zaman sekolah menengah. Mereka menyertai IPT dalam keadaan kurang persiapan tentang banyak perkara. Yang tidak menyertai IPT juga turut terjerat dengan budaya hiburan yang melampau dan kerja sia-sia berpeleseran, tak kira lelaki wanita. Tiada siapa yang boleh menegur mereka termasuk ibu bapa yang telah melepaskan mereka bebas menerokai dunia berdikari.
Kini terfikir saya perlu ada jalan keluar yang berteraskan akhlak mulia. Saya tidak nampak kecuali jalan mengenal diri, pencipta, amanah dan wawasan kehidupan. Kalau arwah Shanaz di panggil pulang dalam usia mudanya...perlu remaja yang berpeleseran juga memikirkan di mana akhirnya mereka nanti...kepada Allah yang meredhai atau di sisihkan dalam azab yang pedih, nauzubillah. Selaku pemimpin masyarakat, ibu, nenek, kakak, jiran, rakan dan isteri tugas saya rasa terbeban...saya hajat akan wujud sebuah institusi 'finishing school'...sekolah anggun Mawaddah ke..institusi penampilan diri Mawaddah ke..atau KOLEJ INSPIRASI MAWADDAH. Saya yakin kolej serupa ini perlu lebih baik daripada kolej swasta yang tumbuh bak cendawan dan anak-anak buah mereka menjadi racun dalam masyarakat yang mendakwa diri maju hari ini ...WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment