NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, February 10, 2010

LANDSKAP TAMPILKAN IMEJ





Salam

Rabu 10 Februari 2010 pagi-pagi lagi team hakim pertandingan landskap MBSA telah berkumpul mendengar taklimat pemarkahan bagi pelbagai kategori. Saya mencalonkan diri menyertai team Dr Daroyah yang akan melawat ke lokasi pemaju yang sedang membangunkan pelbagai projek di Shah Alam.

Satu pengalaman yang amat menyenangkan bila kami di dedahkan dalam kawasan penuh kehijauan, kemudahan bertaraf antarabangsa dan dasar pemaju yang mesra alam sekitar. Silap haribulan bila melihat arca,deco dan segala kemudahan tak ubah berada di luar negara.

Saya tabiklah kepada pemaju yang membelanjakan jutaan ringgit untuk menampilkan imej koporat masing-masing. Yang seronoknya masing-masing berhajatkan sijil pengiktirafan tempat pertama supaya menjadi testimoni kepada pembeli, pengunjung dan pelanggan masing-masing.

Saya nak ucap tahniah kepada pihak MBSA yang menganjurkan pertandingan ini dan memang kaedah pertandingan akan menelurkan banyak idea yang MBSA sendiri boleh contohi. Saya harap sangat pertandingan yang sama akan di perluaskan kepada gerai-gerai jualan yang boleh menampilkan kebersihan, kualiti produk dan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan kecil dan besar yang berhenti singgah di gerai masing-masing.

Satu perkara yang menarik dalam lawatan sebuah syarikat yang kami kunjungi ialah keujudan spa dan kedai roti bercirikan kesihatan (health bread). Saya tertinjau-tinjau di mana petugas beragama Islam bersolat, mungkin tersorok di bawah kolong mana-mana kut...sedih. Maksudnya dari lanndskap terserlah imej sesebuah institusi.

Saya berharap dan berdoa ramai yang peka dalam semua keadaan untuk menampil disisi Allah yang menganugerahkan kita segala kemewahan dan idea bernas termasuk menghiasi landskap yang cantik bak syurga (andaian..katanya syurga tak terfikir dek otak manusia). Ini memerlukan penampilan orang-orang yang teman saya selalu sebut 'Berjiwa Ulul-Albab (orang yang berakal) iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata' Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Enkau lindungilah kami dari azab neraka.'

Namun sebaliknya team kami yang turut menghakimkan penampilan pencinta orkid/anggerik agak terpukul bilamana waktu azan Zohor di laungkan masih lagi ada mereka yang bergelumang dengan okid dan penyelenggaraannya. Ada orang kata menanam orkid ini satu 'kegilaan' (obsession) lupa makan dan minum.


Betul juga jika kita meletakkannya dalam relung jiwa yang dalam hanya okid yang di cintainya. Sanggup berbelanja beribu ringgit mencari specie yang unik..tapi berbaloi juga kerana dapat banyak hadiah dan pengiktirafan. Kalau tidak ada pencinta orkid susah juga Shah Alam nak tampil dengan imej orkid ungunnya. WaAllau'alam

No comments:

Post a Comment