


Salam
Sewaktu bermusafir ke Mersing saya banyak TERUJA dengan pelbagai insiden yang berlaku. Saya dah janji nak menulis tentang tajuk ini. Maaflah kalau ada ahli Kohatsa yang terasa hati jika apa yang saya TERUJA melibatkan mereka.
Pertama kali saya teruja dengan penampilan adik saya. Teruja maksudnya 'challenge' atau 'tercabar, bersaing dan sebagainya'. Pakainnya telah 'trendy' almaklum dia pun baru berumur 40an. Hati-hati ya..nanti teruja si honey tu, dia baru lewat 20an....saya hanya berdoa kebahagiaan keluarga baru yang berteraskan iman dan taqwa. Tidak ketinggalan juga pasangan adik saya yang lebih segak dan sasa dengan penampilan baru berkacamata hitam...wadduh makin muda terantang-tang. Sebayanya adik lelaki saya nampak jauh lebih berumur..tak teruja ke pak...? baca blog ni tau!!
Memang teruja jika kita sering menikmati bacaan alquran. Teruja saya setiap kali pasangan adik saya menjadi imam dengan suara merdu dan syahadunya...masyaAllah. Tidaklah menghairankan jika di dunia lagi dia mendapat 'syurga' rumahtangga! Paling teruja ialah ayat Alquran yang di bacanya sewaktu mengimami kami solat subuh pagi ahad, surah AliImran kesayangan saya...ayat 190 hingga akhir...amat menyentuh qalbu. Tahniah dan dia pun pernah menyebut bila di beri tahniah "Allah Hua Ghaniun" (Allah dia Maha Kaya)
Teruja juga saya dengan sikap anak tunggal pasangan adik saya ini, anak saudara saya sendiri... seronok menceritakan dua adik barunya dan ceria menyebut 'ummi' kepada ibu barunya...masyaAllah ini didikan keluarga redho namanya...sepakat mencari Syurga dunia. Yang saya teruja mengapa ramai pasangan tidak redho jika ada tambahan dalam keluarga selain anak-anak kelahiran sendiri? Mungkin tamak namanya kut...Saya??? ada 10 cucu, seorang mutshahidah...kena tinggalkan dunia sementara ini baru dapat jumpa cucu ke sepuluh ini.
Teruja kali kedua bila Hj Rosli adik saya ke enam memperkenalkan "Muhammad Fatah Wilson' yang baru memeluk agama Islam. MasyaAllah...ini ganjarannya seluas langit dan bumi...lepas ni mungkin ibu Fatah pula, doakan. Saya teruja kerana sebagai seorang yang ada hajat menjadi pendakwah belum seorang pun yang dapat saya serukan memeluk Islam. Ada beberapa saudara baru yang hubungi saya pun saya tidak dapat tawarkan pertolongan...biasanya mereka memerlukan tempat tinggal sementara setelah memeluk agama Islam kerana keluarga mereka menyisihkan mereka. Saya hanya dapat berikan nombor talipon Perkim atau Jais. Kerdil rasnya menjadi umat agama mulia tapi kurang kemampuan.
Teruja kali ketiga bila di maklumkan tiada bilik yang di tempah untuk penginapan kecuali dua dorm. Saya dah sasarkan bilik untuk rehatkan otot-otot kejang dan sedikit 'privacy' macam holiday biasa...almaklum saya dan suami ni kaki melancung sana sini, alhamdulillah semuanya dapat penerbangan percuma, rezekilah tu.
Kuatkan semangat masuk dorm pilih katil paling dekat dengan bilik air...teruja rupanya bilamana setiap yang nak guna toilet akan lalu depan saya...jadi jaga sekejap maklumkan siapa sedang guna bilik air, redholah.. kita keluarga bahagia kan? tak luak pun suara beritahu, mungkin dapat pahala besar. Waktu malam ahli kohatsa paling muda umur dua bulan tidur bersebelahan saya...alangkah terujanya, saya kena tak berdengkur nak jaga anak kecil agar tak jaga...agaknya jam 2-3 pagi (selepas puas toss and turn) baru dapat lelap...teruja dengan kepanasan bilik lagi. Syukur Allah Kau masih beri kami tempat berlindung berbanding rakyat Gaza.

Teruja kali keempat bila saya melihat kawasan pantai yang cantik tidak di jaga dengan baik. Selaku ahli majlis sebuah pbt saya amat sensitif dengan sampah sarap dan budaya membuag sampah merata...Mungkin ini tempat awam yang tidak ada siapa bertanggungjawab menjaga. Namun saya perhatikan ramai penggerai yang sepatutnya berkerjasama menjaga kawasan agar bersih tempat tarikan pelancung...saya sedar tidak semudah itu bilamana mereka akan kata kami bayar cukai...tak kan kami kena kutip sampah...satu tugas tak mulia ya? Pada saya lagi tak mulia duduk dalam sampah menghidang pelbagai juadah kepada pengunjung...for me its the first and last...sorry, kita banyak pilihan tempat bersih dan menarik...di negeri lain...kasihan Johor.
Akhirnya dalam perjalanan pulan ke Shah Alam kami arif jalan traffic jam, lantas kami menyusur jalan pantai menghala ke Port Dickson. Kami teruja juga nak cari masakan asam pedas tak jumpa-jumpa. Rupanya rezeki sebuah restoran di Masjid Tanah. Kami seronok dengan orang Melaka ni, suka bercerita walau tidak di tanya. Daripada cerita tuan punya kedai ini (seorang wanita pesara awal perkidmatan kerajaan di KL) kami dapat banyak maklumat tentang Masjid Tanah. Seronoknya dia masakkan kami masakan asam pedas ikan kembong fresh..semata-mata ingin memenuhi hajat kami kerana masakan asam pedasnya dah kehabisan ikan. Teruja saya bila dia menyatakan...'nak apa lagi sekarang,,semua dah ada, melancunglah..dah 16 kali saya melancung keluar negeri. Ke Mekah buat Umrah dua tahun sekali...Saya tertanya-tanya sudahkah dia mendengar berita rakyat Gaza? tidak mahukah dia berdakwah? bersedekah...saya pasti dia bersedekah juga macam biasa, namun dengan kekuatan yang ada padanya saya teruja bagaimana nak maklumkan saya tak menang tangan dengan pelbagai program, katanya dia tak nak apa lagi? Insya Allah saya akan datang semula ke kedainya membawa satu kotak sumbangan rakyat palestin supaya ini akan memecahkan rasa puasnya untuk terus berjihad mengagongkan kalimah Allah di muka bumi ini. WaAllahu'alam.
No comments:
Post a Comment