
Salam
Terdengar sebuah perbualan dalam lingo Indonesia..'ibu ngak mau berpredikat pemaaf?' Seorang wanita termangu..predikat tu apa pak? Predikat tu pelengkap ayat...sempurna satu-satu ayat itu dengan predikat. Ibu akan sempurna akhlaknya bila jadi orang pemaaf...satu penjelasan yang melibatkan nahu dan saraf bahasa.
Kisah bermula ibu warga emas ini termenung panjang memikirkan betapa presepsi masa mudanya terus di bawa ahli keluarga sampai ke saat ini. Malah rakan ahli keluarga pun melihatnya dari jauh dengan gambaran yang menggerunkan. Persepsi atau anggapan bahawa dia seorang yang 'tegas, keras hati, sombong, suka mengutuk dan menghukum orang, bahasa kasar dan menyinggung perasaan dan sebagainya memilukan hatinya.
Hanya Allah yang tahu dia mahu mengubah semua sikap masa mudanya yang buruk itu kepada sifat yang di redhai Allah. Ibu ini tidak sedikit pun menyedari sikapnya yang kukuh memegang prinsip di katakan tegas dan kasar, sikapnya tidak mahu berkompromi dengan kebatilan di anggap sombong... nauzubillah kerana sekecil debu sikap sombong tidak mencium syurga...sedangkan syurga adalah target hidup matinya.
Beberapa peribadi yang ibu itu mengadu hal ada melaporkan maklumat yang di terima tentang sikapnya itu datang daripada ahli keluarga yang di didiknya sendiri. Mereka masing-masing tidak suka cara ibu ini mengeluarkan kata-kata, mudah marah dan kurang memberi maaf satu waktu dulu. Suka tegur anak buah atau cucu tak solat dan berpakaian menjolok mata. Ramai yang ingin lari daripada konkongannya, bebas melakukan apa saja, namun ibu ini pemurah orangnya, mudah memberi apa sahaja yang ada padanya, sukar mereka nak melepaskan peluang yang banyak bersamanya.
Memang sayu memikirkan presepsi dan nilai yang berbeza menyebabkan seseorang di label macam-macam. Namun siapa yang bisa lulus daripada karenah label melabel ini...sedangkan Nabi Muhammad di tuduh gila dan sasar...ibu ini belum pernah di katakan gila dan sasar...masyaAllah besarnya anugerah Allah...
Apa pun kata-kata ustaz bernada suara Indonesia itu menerpa di sudut paling dalam dihatinya...sempurna dengan penambahkata PEMAAF. Mestilah dia sudah memaafkan semua orang dalam semua hal kerana dia tau bila-bila sahaja umurnya akan sampai ke penghujung. Kalau ada yang belum tahu bahawa dia memaafkan semua orang mungkin ustaz ini akan sebarkan.
Detik-detik beliau mengimbau masa mudanya memang penuh pancaroba, karenah anak muda, permusuhan dan ada sekali dia rasa pernah menderhaka kepada ibu bapanya. Tapi itu dulu sebelum Islam singgah dan bertapak di hatinya. Sejak dia mengenal apa itu Islam terlalu jauh beza perangainya, alhamdulillah. Ini juga anugerah Allah padanya.
Di akhir menungan ibu itu bingkas bangun penuh bertenaga..."Ya ibu mahu predikat itu selamanya dalam baki-baki hidup ibu ini. Biar orang memberi predikat sebaliknya ibu akan tetap berpredikat PEMAAF." Hajatnya Allah akan memaafkan semua kelemahan dan sikapnya yang lampau yang menjadi sejarah perubahan jiwa seorang insan kerdil, faqir illallah.
Kini setiap saat hidupnya akan terdetik nada di jiwanya yang menyanyikan lagu...'aku maafkan semua orang asalkan mereka tidak ingkar peraturan Allah' kerana ingkar dan kufur perintah Allah di luar bidang kuasanya untuk menghukum dan memberi maaf.
No comments:
Post a Comment