



Salam
Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari Muslim, Rasulullah saw bersabda, " Allah SWT telah menciptakan para makhluk hingga ketika proses penciptaan itu selsai bangkitlah sebuah makhluk yang bernama 'rahim' (silaturrahim bermakna menyambungkan tali rahim) Dia bertanya kepada Allah, "inikah kedudukan orang yang berlindung kepadaMu dari terputusnya silaturrahim? Allah menjawab 'Ya. Puaskah engkau jika Aku menyambung hubungan dengan orang yang menyambung hubungan denganmu dan Aku putuskan hubungan dengan orang yang memutus hubungan denganmu (memutuskan tali silaturrahim)' Rahim menjawab 'Ya' maka Allah SWT berfirman 'Engkau telah emmperolehinya.'
Begitu rahmatnya Allah menyediakan 'silaturrahim' sebagai medan amal yang barakah.
Alhamdulillah bermula Khamis malam saya berkesempatan menyertai beberapa program bercirikan 'silaturrahim'. Jam 9.00 malam Khamis 18 Februari satu majlis membaca alquran surah AlBaqarah telah di adakan di kawasan 'Urban Kiosk' sebagai merestui beroperasinya tiga kiosk pada 1 Februari 2010. Juga sebagai memperingati arwah Shanaz dan menghadiahkan doa untuknya semoga bersama orang-orang yang soleh di alam barzah. Ramai jemaah surau Mawaddah hadir termasuk jemaah wanita dan surah di baca dengan mengagihkan dua muka surat seorang sehingga 49 muka surat surah tersebut dapat di baca serentak. Alhamdulillah 10 minit selepas itu jamuan ringan menjalin silaturrahim bermula. MPP Zon 3 turut mangadakan perbincangan ringkas untuk menerbitkan 'buletin' sebelum pertengahan bulan Mac 2010.
Pagi Jumaat 19 Februari 2010 anak saudara saya Muhd Mustaqim yang bertugas di Osaka Jepun datang mengadakan kunjungan silaturrahim bersama isteri Diana dan ankanya Is?? berumur 2 tahun. MasyaAllah tak ramai anak saudara punya masa kecuali bercuti dan datang bersama ibu ayahnya. Saya pun teringat arwah bapa saya yang sering membawa kami anak-anaknya menziarahi ibu dan bapa saudara sewaktu mereka masih hidup. Tepat sekali tali silaturrahim memang satu rahmat kerana kalau tidak kerananya maka kita akan hidup nafsi-nafsi...satu suasana sepi yang tak tertanggung.
Jam 6.00 petang hari yang sama pertemuan adik beradik dan anak saudara yang dapat di hubungi bersama KMT, satu figur penting dalam banyak program KOHATSA. Alhamdulillah pelbagai perkara dapat di bincang termasuk rombongan ke Jakarta sempena Pameran Buku Islam Antarabangsa pada 11 Mac. Kesempatan lawatan itu juga nanti saya bercadang melawat Darul Huffaz Garut yang di naungi Yayasan Situwangi (nama baru kepada Yayasan rahmatal lil alamin).

Turut sama dalam pertemuan petang itu ialah keluarga Nur Izzat dan Siti Hilmiyah. Alhamdulillah saya tidak pernah kikir tentang silaturrahim dan syukurlah kami dapat solat bersama, sedikit tazkirah mengenai 'pintu kerendahan' (akan di kupas lain masa) serta melihat petugas PMM (Mawaddah) membuat persiapan program motivasi pelajar esoknya.
Pertemuan dengan anak-anak pangsapuri seksyen 7 dalam program motivasi 'anak cerdik dan soleh' anjuran MPP Zon 3 dan PMM pagi Sabtu 20 Februari merupakan sambungan silaturrahim yang sedia di jalankan dalam empat program sebelumnya. Alhamdulillah team Karsani yang mengendalikan program amat berpengalaman dan membuatkan anak-anak selesa sepanjang program. Wawasan saya hanya ingin anak-anak ini tampil berbeza daripada budaya pangsapuri biasa antaranya nakal, kurang terdidik dengan akhlak dan di pengaruhi suasana sekitar yang membingungkan mereka.
Jemputan 'house warming' rumah Asyraf dan Nadia di seksyen 13 tengahari itu juga merupakan sambungan silaturrahim anak saudara yang lama tidak berjumpa. Asyraf yang baru menjadi suami kepada Nadia merupakan pasangan yang bertemu sewaktu belajar di USA. Alhamdulillah kini punyai rumah sendiri yang 'cosy' di kawasan 'elit' semoga mereka dapat menjadi contoh pasangan yang mantap contoh kepada pasangan muda yang banyak cabaran hari ini.
Akhirnya 4.00 petang Sabtu saya turut di jemput dalam satu program pelancaran tilawah alquran ibu-ibu tunggal dan dhuafa di kg Padang Jawa, di rasmikan YB Rodziah Ismail. Ini hubungan silaturrahim dengan golongan penting yang di restui jika dijadikan amalan. Akademi Insan di bawah Moreclass Hidayah di beri peluang menabur jasa melalui Ustaz Saiful Khan Johardin. Kami bertiga, Dato' Muhammad safaruddin selaku pengerusi Moreclass Hidayah, Puan Hjh Arbaiyyah pengurus dan saya ahli lembaga rasa tercabar jika program ini tidak kesampaian. Didoakan semuanya di rahmati Allah untuk malahirkan ibu-ibu yang dapat menghayati Alquran dalam kehidupan mereka.
Saya terkesan dengan sambutan pemimpin baru di Negeri Selangor yang ingin menjadikan budaya alquran mesra dengan masyarakat. YB Khalid Samad turut menceritakan satu analogi masyarakat yang tak kenal Alquran serupa orang sakit yang sekadar mambaca prescription doktor tapi tak meminumnya..bilalah mau sembuh...satu kisah benar yang perlu ramai umat Islam fikirkan. Bab membaca satu hal, faham satu hal, yang paling penting dan akan di tanya di akhirat ialah kenapa tak amalkan perintah Alquran yang merupakan perintah Allah Tuhan yang menjadikan seluruh isi langit dan bumi serta manusia insan kerdil macam kita semua???
No comments:
Post a Comment