NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, February 18, 2010

DARI MULUT ISTERI SEORANG DUTA


Salam

Keperihatinan terhadap program membantu NGO Islam di Sri Lanka memungkinkan saya dan suami bertemu Duta Sri Lanka, Datuk Rosli Ismail dan isteri Datin Mariana pada petang Rabu 17 Februari 2010.

Sebagai bekas pegawai kerajaan pertemuan begini tidak menjadi masalah. Dalam perkenalan di fahamkan Datuk Rosli akan bersara setahun lagi. Antara negara yang pernah di khidmatinya termasuklah USA, Rom, China, Russia, India dan Sri Lanka.

Saya memang berminat untuk mengetahui isi hati seorang duta mewakili Malaysia di negara asing. Tentang bahasa memang sukar mereka menguasai pelbagai bahasa bila berkhidmat antara 2-4 tahun di negara asing. Yang dapat di kuasai hanyalah sedikit mandarin sewaktu bertugas di China.

Awal perkhidmatan suami saya ada peluang menyertai khidmat Kementerian Luar, alhamdulillah dia kekal di perkhidmatan dalam negeri, kalau tidak tidak berjodohlah kami. Soal kalau ini memang tak boleh pakai, namun saya amat ingin tahu penampilan isteri seorang duta. Daripada pendedahan saya di Australia dan UK gaya hidup keluarga seorang ambassador memang glamour, nampak mewah dan penuh penampilan. Kekerapan menjamu tetamu memungkinka isteri duta pandai memasak dan menghidang. Memang hikmah tidak jadi isteri seorang duta kerana saya kurang arif menghidang dan melayan tamu.

Namun cerita Datin Marianna membuka mata saya besar-besar bahawa kehidupan seorang duta dan keluarga tidaklah begitu glamour. Banyak kesulitan meninggalkan anak belajar dalam negeri dan kos pun tinggi. Terkini kementerian luar sedang dalam proses penjimatan belanja, satu petanda kurang baik untuk berkhidmat di luar negara yang kosnya tinggi.

Di India khabarnya air yang mereka gunakan sering air yang tercemar dan kotor. Untuk masak dan minum terpaksa beli air mineral dan kosnya tinggi. Kini di Sri Lanka bahan mentah, petrol dan air semuanya mahal...berganda daripada Malaysia. Dari mulut isteri seorang Duta beliau berkata kita patut bersyukur kerana negara kita masih banyak bahan mentah yang murah dan mudah di dapatkan.

Malaysia masih ramai rakyat yang berusaha menjadi usahawan, rajin meneroka dan berkreatif. Dalam banyak negara yang beliau tinggal rakyatnya kurang berusaha=malas dan natijahnya kawasan sekitar tidak terjaga dan hasil negara belum banyak di teroka. Datin meluahkan rasa 'orang tak tahu bagaimana kita menahan kesulitan dan bertahun-tahun tinggal di negara yang kurang hygenic seperti India.'

Bagi yang datang melancung sekali sekala memang tidak merasainya malah akan mudah mencemuh...tapi kami yang tinggal di dalam suasana kotor, lemas katanya. Sentiasa menunggu-nunggu saat bercuti untuk bersama keluarga di Malaysia. Pendeknya banyaklah tempat pelancungan di Sri Lanka yang belum di lawatinya apatah lagi perjalanan jauh dan cuaca agak mengancam panasnya.

Dari mulut isteri seorang duta juga menyatakan beliau menunggu-nunggu saat persaraan suami agar dapat lama bersama ahli keluarga yang sering di tinggalkan di Malaysia.

Mmmm..alangkah banyaknya nikmat Allah bersama kita yang tinggal dengan keluarga di negara ini. Ambillah iktibar agar tidak di sia-siakan segala peluang untuk berbuat sesuatu kebaikan demi maslahat agama, negara dan bangsa. Bagi yang sering melancung memang ada kelebihan sesebuah negara, tapi tak sama dengan hujan batu di negeri sendiri.

Akhir kalam insyaAllah jika di izin Allah saya berhajat menziarahi isteri Duta di Sri Lanka ini untuk memperkenalkan kepada komuniti rakyat Malaysia dan bangsa Malayu yang ada di sana kraf membuat accessory gelang tangan dan brooch daripada batu kristal. Mana tahu semangat keusahawanan rakyat Malaysia dapat di kongsi dengan komuniti di sana.

No comments:

Post a Comment