

Salam
Mangsa pertama denggi berdarah di kawasan seksyen 7 Shah Alam ialah cik siti fatimah bt annuar yang diberitakan meninggal jam 10.20 pagi ahad 21 Februari 2010. Mesej yang saya terima terus saya panjangkan ke pegawai perubatan MBSA kerana ia satu musibah yang perlu tindakan susulan di kawasan wabak denggi. Siti Fatimah berumur 15 tahun pelajar tingkatan 3 sekolah menengah sultan ab aziz shah sek 2 shah alam. Khabarnya beliau di masukkan ke hospital hari khamis dan semakin kritikal sehingga terpaksa di bawa ke hospital KL.
Suasana sayu yang melanda kawasan seksyen 7 sepanjang pagi membuatkan kami yang sedang bermesyuarat mengenai 'Mawaddah finishing school' menamatkan mesyuarat awal. Sepatutnya setiausaha Mawaddah menyertai kami selepas jam 10.00 pagi namun ia berjiran dengan mangsa dan terpaksa membatalkan hasrat bersama kami. Dari nada suara sebaknya saya dapat rasakan berita kematian mengejut anak seorang juruterbang ini merupakan sesuatu yang amat menyedihkan keluarganya. Kami diberitau siti fatimah merupakan anak kelima daripada tujuh adik beradik dan dia anak yang paling tidak berkerenah dalam keluarga, tau bawa diri, rajin dan menyenangkan hati.
Atas nasihat pegawai perubatan MBSA saya mengesahkan pelaporan pihak kariah surau attaqwa tentang keperluan khidmat MBSA dan semuanya di katakan beres. Urusan jenazah di lakukan sendiri team surau attaqwa yang cekap dan selepas zohor jenazah di solatkan untuk di bawa ke tanah perkuburan jam 3.15 petang. Kebetulan saya ingin menyertai rawatan ruqyah perubatan Islam di seksyen 4, saya terus di hantarkan seorang teman selepas jenazah berlepas ke tanah perkuburan di seksyen 21.
Sejam kemudian saya menerima panggilan daripada pegawai perubatan bertanyakan siapa wakil kariah yang membuat laporan kematian kerana di fahamkan si penggali kubur dan petugas yang membawa mesin penggali tidak hadir dalam urusan pengkebumian jenazah siti fatimah. Terkejut besar saya mendengar maklumat itu, namun yang dapat saya hubungi hanyalah suami saya kerana beliau berada di tanah perkuburan. Di pendekkan cerita jam 5.00 petang baru jenazah dapat di kebumikan dan menurut suami saya jenazah basah dek darah kesan denggi berdarah yang mengalirkan darah berterusan. Suami saya menambah...darah terus mengalir...ini tanda seorang syahid..masyaAllah...dalam teruja terpaksa menunggu hampir dua jam di tanah perkuburan jenazah anak remaja di doakan meninggal sebagai seorang syahidah!! Ya Allah rahmatilah ruh beliau, perkenankanlah doa kami dan berilah kesabaran kepada keluarga beliau.
Begitulah trajisnya kematian seorang anak remaja kesayangan keluarga hanya dalam tempuh yang singkat di serang wabak denggi. Kawasan seksyen 7 yang terkenal dengan wabak denggi tertinggi tahun 2009 kini mencatat sejarah hitam semula dan ia amat membimbangkan. Saya ada menerima maklumat yang mengistiharkan 3 kawasandi seksyen 7 sebagai wabak denggi tidak terkawal tetapi bukan di kawasan kediaman siti fatimah. Setiausaha kehormat MPP Zon 3 telah pergi menyiasat kawasan tak terkawal dan maklumat yang diterima hanyalah sampah kurang terurus.
Menyebut perkhidmatan MBSA mutakhir ini sepanjang minggu ini memang kerap saya menerima aduan. Terasa letih melayan kerenah ketidakcekapan khidmat MBSA sehingga ada yang mencabar saya apa yang telah saya lakukan selaku ahli majlis kawasan? Jawapan diplomatik saya ialah 'noted' maksudnya saya faham dan lebih faham yang masalah memang ujud. Daripada aduan 'negara komunis ke Malaysia ni? kerana sesetengah kawasan di palang untuk menjaga keselamatan... hingga kepada isu karaoke, rumah di masuki ular sawa, semak lalang tidak di bersihkan dan sampah terbiar tidak di kutip saya tetap menyebut 'noted'. PTO turut mencatit aduan dalam e-aduan untuk tindakan, namun bukan semua perkara dapat di ambil tindakan serentak.
Ada juga aduan yang menyatakan pegawai MBSA tidak melayan pengadu dengan hikmah, memberi alasan tak munasabah dan menafikan aduan penduduk. Akhir kenyataan ada juga yang terus menyatakan 'pemerintahan BN dulu lagi baik'..saya selaku wakil NGO dalam MBSA hanya menjawab 'no comment'
Dalam kesayun seorang warga kematian dek wabak denggi berdarah masih ramai yang hanya suka menuding jari...siapa salah. Apakah sikap kita selaku penduduk telah kemas untuk kita langsung tidak bertanggungjawab kerana wabak ini?
Saya memang risau dengan pelbagai masalah dan gejala yang boleh menjadi penyebab wabak denggi kekal di seksyen 7. Bukankah seksyen 7 juga merekodkan banyak aduan masalah sosial pelajar IPT dan ramai anak muda yang masih lagi berpeleseran bercoupling di Taman tasik seksyen 7? padahal kematian terpampang di depan mata, antaranya kematian Shanaz anak muda 23 tahun, kini siti fatimah 15 tahun...tidakkah ini satu iktibar kepada anak-anak muda yang terus terjebak dalam maksiat berterusan? Pernah di sebutkan bahawa ' dan tidaklah tersebar perbuatan keji di suatu kaum kecuali Allah pasti meratakan azabnya kepada seluruh penduduknya.' Nauzubillah
Perlukah mereka di matikan beramai-ramai baru nak insaf? tiada siapa dapat menjawab soalan ini, cuma kami di Mawaddah ingin memberi sumbangan dalam merangka pakej 'finishing school' untuk remaja perempuan agar berjatidiri mantap, berani membela kebenaran, menjaga kesucian peribadi dan tampil anggun di tengah-tengah kancah cabaran yang menguji iman mereka. Antara tarikan pakej yang kami sedang rangka ialah program lawatan keluar negara dan aktiviti yang di sarankan Rasulullah saw, iaitu berenang, memanah dan berkuda. Difahamkan sekolah 'sri cempaka' KL ada pakej berkuda..modul ala barat.
Tercabarlah umat Islam jika tidak melaksanakan saranan yang di anjurkan oleh Nabi kita. Mungkin ini juga mesej sempena sambutan maulidilRasul...patuhi pesanan Rasulullah saw dan mencontohi baginda dalam semua aspek kehidupan, kebersihan jiwa dan fizikal, akidah di murnikan daripada unsur syirik dan bebaskan manusia daripada pelbagai kegelapan dan kezaliman yang melanda umat manusia setiap zaman. WaAllahu'alam.
Jentera party pemeritah kenalah bertindak segera. Jangan tunggu MBSA yang teridi dari civil servant. Munkin komitmen kurang. Mereka tidak kisah implikasi kalau mereka "drag their feet". Sikap kepedulian mungkin kurang. Tapi jentera party has a lot to loose kalau tidak segera berbuat sesuatu. Party leadership must do something to keep MBSA on their feet.
ReplyDeletetq. amat setuju. rasa macam kena ada orang berpengalaman nak jadi pemimpin. hanya nilai islamic yang dapat menyelesaikan masalah kerana memegang amanah semata kerana Allah.
ReplyDelete