NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 8, 2010

PESTA KOMPANG






Salam


10.00 malam 5 Februari 2009 Jumaat latihan kompang kumpulan LuqmanulHakim terus di adakan dalam suasana bergelap di hadapan dewan ' serba tak jadi' ( dewan serbaguna asalnya). Tiga lampu suluh panjang di pasang memberi warna samar-samar. Itu pun di bawa oleh jurulatih kompang yang perihatin.

Amat terasa kegagalan saya selaku ahli majlis kawasan ini melihat suasana daif di tengah bandaraya Shah Alam. Berkali juga saya suarakan dan menulis surat mengenainya ke pihak berkenaan di MBSA dan PKNS, namun usaha memberi khidmat sebaiknya masih belum ketara. Bayangkan penduduk dalam 58 blok, setiap blok 800 rumah pasti memerlukan banyak kemudahan. Tapi sebuah dewan pun terbiar menjadi 'eye sore', beberapa kerosakan pintu dan pagar menjadi perkara biasalah kepada penghuni pangsapuri ini demi memanfaatkan sedikit kawasan untuk bermain dan berlatih kompang. Kalau nak menuding salah menyatakan warga pangsapuri tidak bertamaddun merosakkan kemudahan awam atau melanggar pelbagai undang-undang kita kena periksa dahulu sejauh mana penduduk berpuashati dengan perkhidmatan yang di berikan.

Kumpulan kompang Luqmanul Hakim di bimbing sekumpulan jurulatih daripada Cahaya Murni Klang dan ia merupakan kumpulan yang ke tujuh yang mendapat latihan di negeri Selangor. Hujung minggu, 7 Februari ketua Jurulatih en Afendi yang telah mendirikan rumahtangga akan mengadakan satu majlis persandingan di rumahnya di Taman Maznah. Kumpulan Luqmanul Hakim di jemput hadir membuat persembahan. Saya melihat keseronokan di mata anak-anak yang sedang berlatih, bayangkan mereka akan menjadi perhatian penonton bila membuat persembahan. Ini jugalah saikoloji remaja yang perlu kita penuhi sebelum mereka mencari publisiti cara lain. Pejabat Mpp Zon 3 menyusun sebuah bas MBSA untuk membawa kumpulan Luqmanul Hakim menghadiri majlis persandingan Jurulatih Afendi.

Alhamdulillah...7 Februari sejak jam 12 tengahari anak-anak Kumpulan Luqmanul Hakim telah berada di rumah pengantin di iringi seorang AJK MPP En Mohd Shah Ridduan dan isteri Nor Hashimah. Pengorbanan kuat sepasang suami isteri yang gigih ini ketara kerana ingin melihat anak-anak tampil. Semoga sikap ini dapat di contohi oleh ramai lagi AJK MPP di mana-mana pun.

Sebaik anak-anak ingin mengiringi pengantin yang baru tiba, hujan turun dengan lebatnya...merka bertempiaran lari membawa kompang kesayangan ke dalam khemah berteduh. Namun pengantin masih bersanding dalam suasana hujan ribut dan pesta kompang pun bermula.

Alangkah indahnya pukulan kompang yang sederap...dan saya mula meminati setiap pukulan daripada kumpulan-kumpulan yang membuat persembahan. Tiba giliran kumpulan LuqmanulHakim hati saya terasa nak pecah seronok dan bangga anak-anak dapat melepaskan 'gian' bermain kompang di khalayak ramai. Rupanya inilah nikmat membuat khidmat kepada hati-hati yang sedang menanti di bimbing dalam apa aktiviti sekalipun. Saya berbisik kepada beberapa mereka 'lepas ni ummi nak buat fail peribadi kamu dan memantau seorang-seorang pelajaran kamu, solat kamu...siapa yang bagus dapat hadiah...dan terus berlatih kompang.' bersorak mereka dengar hadiah...begitulah kerenah anak-anak.

Apa pun sedikit terhibur hati ini menyaksikan kejayaan kecil Kumpulan LuqmanulHakim. saya sebut terhibur kerana di seksyen 7 Shah Alam pelbagai karenah yang menyedih dan membimbangkan sedang melanda remaja termasuk mereka yang di IPT. Saya melihat budaya hiburan yang melampau dengan muzik hingar bingar telah mencelah di Anjung 7. Penduduk sekitar dah mula membuat aduan. Aduan juga terdapat kepada sebuah akademi muzik yang menurunkan daripada premis mereka anak-anak menampil diri bak artis, berpeluk dan bercanda tanpa segan silu...Ya Allah mengapa begini. Pakaian lelaki dan wanita semborono berseluar pendek, tak kenal siapa lelaki dan siapa perempuan. Di tinjau di Kawasan perdagangan (di sebut komersial) di sekitar Pasaraya Bintang lagi memualkan. Khabarnya pelajar IPT yang menyewa di situ bebas keluar masuk rumah masing-masing melakukan sesuka hati termasuk bersekedudukan. 'Di mana JAIS?' ramai yang bertanya.

Suami saya melarang ke tempat 'berpenyakit' begitu dan saya faham kerana selaku Ahli Majlis jika kita menonjol diri akan mudah menjadi sasaran sebarang serbuan...biarlah Skuad Aman yang masih mengumpul kekuatan berhadapan dengan gejala sosial yang menjadi-jadi. Apa pun saya mula cuak dengan amanah menjadi Ahli Majlis yang sering tidak di hiraukan pandangan dalam setiap kali MBSA meluluskan lesen judi ke, karaoke ke atau menjual arak. Sejauh mana kuasa saya ingin membenteras gejala ini memang tidak kesampaian.

Strategi saya kini cuba melentur buluh dari kecil..saya nak fokus mengujudkan sebuah 'Tadika Alquran' mudah-mudahan generasi yang kenal alquran mendapat hidayah memperbetulkan segala bentuk pencemaran akhlak abad 21 ini..ia akan mengambil masa lagi 20 tahun anak-anak membesar...insyaAllah doa saya projek ini mudah mendapat sokongan. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment