


Salam
6 Februari Sabtu program bersantasi di Taman Tasik di seksyen 7 Shah Alam.
Dari jauh nampak 'Urban Kiosk' yang baru di buka 1 Februari 2009 masih belum beroperasi. Terkesan juga di hati kecil mengingatkan arwah Shanaz yang mempelopori nama 'Urban Kiosk' kini beliau telah pergi buat selamanya. Hanya doa mengiringi nostalgia sedikit masa bersama beliau merekabentuk masa depan 'Urban Kiosk'.
Dari jauh nampak 'Urban Kiosk' yang baru di buka 1 Februari 2009 masih belum beroperasi. Terkesan juga di hati kecil mengingatkan arwah Shanaz yang mempelopori nama 'Urban Kiosk' kini beliau telah pergi buat selamanya. Hanya doa mengiringi nostalgia sedikit masa bersama beliau merekabentuk masa depan 'Urban Kiosk'.
Indahnya peringatan seorang ustazah Kolej Islam Klang ini ialah mesej yang berciri nasihat antaranya: 'Salam tahajjud ummi, sekadar berkongsi: Orang yang beriman seluruh cintanya adalah cinta kepada Allah yang merasuk ke dalam ruh dan tubuhnya, mohon rahmat, ampunan dan redhaNya. Saat ini adalah saat-saat indah bersamaNya. Ku bersyukur kepadaMu ya Allah kerana pertemuan dengan Ummi." Satu pukulan KO juga kalau tak bangun tahajjud ketika sms ini masuk jam 4.30 pagi setiap hari. Alhamdulillah inilah salah satu rahmat Allah mengiringi nostalgia bersama Siti dan Izzat sewaktu mereka masih bujang.
Siti Hilmiyah sedang menyiapkan tesisnya untuk pengajian Masters di UM, tajuk tesis menarik tentang 'Sisters In Islam'. Bila saya di minta memberi pandangan dan pendapat satu perkataan sahaja yang keluar 'confusing', bila di minta saya memperjelas saya kurang arif tentang pensejarahan SIS namun hati saya tidak terbuka mengenalnya. Apa pun saya hanya menyatakan titik tolak setiap isu mestilah berteraskan 'kerendahan kepada kebesaran Allah dan hukumNya, Dia tahu setiap penciptaanNya...jadi kalau nak menyombong diri mempersoalkan hukum Allah dan menuding salah kepada umat Islam yang tak berperanan carilah jawapan pada diri sendiri.' Siti lagi confused..dan kami tergelak...doa saya siti dapat menyiapkan tesisnya dan dapat membuat sedikit penjelasan tentang kepentingan menjaga akidah yang kukuh hingga maut menjemput kita semua manusia yang lemah.
Al Amin, Husna dan Sobir begitulah nama-nama anak-anak Siti dan Nor Izzat. Masing-masing punya sejarah kelahiran kerana memakai nama-nama tersebut, namun pada saya nostalgia tinggal bersama Siti dalam sebuah keluarga di Bunglow Jalan Kelantan Bukit Persekutuan tidak mudah di padam, Kadang-kadang tersasul menyebut pak cik dan mak cik kepada generasi cucu-cucu ini. Terasa masa begitu cepat meninggalkan kami tak sedar kami kini generasi menunggu saat pergi...wadduh apa persiapan selain mengakui banyak kesilapan dan keingkaran kepada Yang Maha Esa. Ya Allah amponkan dosa kami dan terima semua amal kami dulu dan sekarang.
Kini nostalgia terubat dan insyaAllah banyak lagi pertemuan bolih di atur kebetulan Siti dan Nor Izzat penggerak kuat dalam Haluan, sebuah NGO yang sedang mengukir sejarah di negara ini dengan pelbagai program tarbawi serta kemasyarakatan. WaAllahu'alam
Salam. ummiku sayang, jangan puji banyak2 ye. Semoga detik2 manis kita bersama, bersembang, berbincang, mendengar dan memandang, memahami dan mensyukurinya, Allah kira sebagai ibadah.
ReplyDeleteGambar ummi saya letak dalam facebook saya. Saya tunggu ummi add saya jadi friend. Blog ini setiap hari saya akan buka, insyaAllah.
ReplyDelete