NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, February 26, 2010

MES, GST, WISMAPUTERA DAN MAULIDIL RASUL




Salam

Hari Isnin 22 Februari 2010 saya menemani suami membuat pemeriksaan Doktor di SMC/KPJ Shah Alam, bimbang terkena semula wabak denggi, alhamdulillah beliau sihat, hanya demam biasa.

Sejak Selasa 23 Februari diari saya di penuhi agenda taklimat dan hadir program kemasyarakatan.

Program Semarak MES 2010 jam 8.00 malam 23 Februari membawa tema 'rakyat di perkasa, negeri sejahtera'. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi tetamu jemputan menyaksikan penyempurnaan pemberian sijil pelbagai program MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) oleh YAB Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim Dato' Menteri Besar Selangor. Program anjuran pengerusi JK tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, sains Teknologi dan Innovasi YB Puan Rodziah Ismail ringkas dan mudah, dihadiri ramai tetamu dan penerima anugerah pelbagai golongan, anak kecil, pelajar IPT dan Warga emas. Alhamdulillah semoga program dapat berterusan membantu rakyat di Selangor kerana kemajuan dan kekayaan negeri harus di kongsi bersama.

Forum GST (General services tax) pada 24 Februari di MBSA menampilkan YAB Lim Guan Eng sebagai seorang ahli penal dengan semangat menolak pelaksanaan GST kerana akan menambah kesulitan rakyat yang kini tidak membayar cukai kepada terpaksa membayarnya nanti pada kadar RM550 setahun. Bila saya bertanya seorang teman yang menjadi urusetia GST di Jabatan Kastam tentang kebenaran fakta tersebut, ini jawapannya:

' GST is a good taxation system tapi pelaksanaan kena tepat pada masanya bila high income bracket rakyat telah improve. GST akan di sokong oleh businessmen sebab ada konsep refund. Maka cycle business akan berputar dengan syarat fraud (penipuan) dan ketirisan (rasuah) di bendung. The question is mampukan enforcement yang ada menangani all these especially dengan startup cost yang tinggi dan position kewangan kerajaan masakini sangat goyah. Malaysian problem is pengurusan kewangan yang corrupt menyebabkan sistem GST yang baik di lihat sebagai kesempatan untuk buat duit dan menindas rakyat.'

Jawapan saya semoga jangan ada pemimpin yang bernawaitu menindas rakyat kerana itu kezaliman yang amat nyata perlu di tentang.

Awal pagi berikutnya seorang ahli majlis merungut 'apalah nak bantah-bantah GST, biarlah kerajaan jalankan dulu, kemudian baiki lah kekurangan...ini semua nak tentang..' tiada siapa nak jawab kebetulan kami sedang nak bermesyuarat.

Petang Khamis 25 Februari kami berada di Wismaputera membuat kunjungan persahabatan dengan Cik Nazirah Hussain bekas Ambassador Sri Lanka. Tujuan berkongsi perihatin ingin membantu rakyat Muslim yang amat kecil dan kerdil di negara tersebut dalam bidang kemahiran. Alhamdulillah beliau seorang yang amat mudah di dekati (tidak snobbish/ menyombong mengikut istilah kawan saya) dan kami berpisah dengan penuh ramah mesra. Semoga ramai lagi tokoh-tokoh Duta yang ada semangat setiakawan sepertinya. Isunya terlalu banyak pengalaman pahit yang kami lalui bila bercerita tentang kumpulan Duta-duta besar keluar negara ini, seolah-olah mereka kumpulan yang sukar di dekati (over elite). Mungkin kini ramai yang melihat diri mereka INSAN dahulu baru duta agaknya kerana kami amat rasa selesa di Wismaputera petang itu.

Kebetulan Pertubuhan Mawaddah perlu menyelesaikan kes peruntukan kewangan Palestin untuk di salurkan dengan cara lain ke NGO di Gaza, kami turut mengesan pegawai bahagian OIC yang menjalankannya, namun semuanya tidak dapat di hubungi. Seorang kerani bahagian tersebut dengan baik hati menawarkan jika kami ingin bertemu seorang pegawai lain bernama Encik Abu Bakar. Kami hanya ada 15 minit sebelum temujanji lantas bersetuju.

MasyaAllah...memang Allah nak mudahkan urusan kami petang itu, syukurlah sangat-sangat. Ini adalah kerana En Abu Bakar Bin Muhammad adalah anak kepada teman PTD kami satu waktu dahulu. En Mumammad pula adalah anak sepupu arwah bapa saya dan saya dengan en Muhammad bapa pegawai Wismaputera itu pangkat dua pupu lah. Alhamdulillah..setelah menyampaikan surat dan berbincang sedikit sebanyak kami berlalu dengan penuh lega kerana amanah menjaga sumbangan tabung Rakyat Palestin yang Wismaputera serahkan kepada NGO kami amatlah berat rasanya. Doa kami syur dalam surat kami dapat di terima untuk kami merancang pergi ke Syria menyerahkan duit tersebut segera.

Malam yang sama saya hadir mesyuarat persatuan RSSB (Rumah sebuah-sebuah dan berkembar) sebagai tindakbalas positif musibah mangsa denggi berdarah di kawasan mereka. Setiausahanya terus memaklumkan saya nama RSSB adalah atas nasihat ROS (Registrar of society) untuk memastikan skop RSSB tidak menjangkau kawasan di luar bukit yang ahli mendiami. Apa pun mutakhir ini saya lihat terlalu banyak persatuan yang ingin 'privacy' hanya untuk mengurus kawasan mereka sahaja. Jemaah kariah surau dan masjid yang meliputi kawasan lebih luas terbiar tidak ada pakar nak mengurus.

Ada baik dan buruknya isu ini kerana skop kecil mudah berjumpa dan membuat keputusan sedangkan dalam kariah yang besar macam-macam jenis kumpulan sukar di satukan matlamat masing-masing. Di akhir perbincangan di persetujui di adakan gotong royong Combi (pembersihan rumah ke rumah) dalam tempoh terdekat. Persekitaran yang kini banyak pembinaan rumah baru membimbangkan penduduk kerana pemaju kurang peka menjaga kebersihan kawasan yang boleh mengundang punca pembiakan aedes.

Diari hari cuti Maulidilrasul 26 Februari di mulai dengan hujan turun mencurah-curah di Shah Alam pagi dan petang. Saya tidak berkesempatan menghadiri majlis peringkat negeri yang di katakan meriah dan ramai menerima pelbagai anugerah yang semuanya memakai nama-nama besar Islam, antaranya nama isteri Rasulullah saw dan sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah satu budaya amat positif kerana tidak akan ada tokoh semulia mereka berbekalkan iman dan taqwa yang di rakam dan diiktifar Allah Maha Pencipta dalam AlQuran dan seerah nabawiyyah.

Jam 4.00 petang kami berkesempatan menyertai penerangan projek Hidroterapi SG2000 Mawaddah di seksyen 4 Shah Alam. Satu kelainan dalam pakej Homestay yang pernah saya sentuh dalam blog sebelum ini ialah tawaran 'hidroterapi bubble bath'

Satu taklimat dan demonstrasi yang jelas dan insyaAllah meyakinkan bahawa rawatan 'air' merupakan rawatan yang efektif jika kita kaji asal usul penciptaan manusia yang 70% daripada unsur air.

Saya juga ingin mesasarkan jika ada kes denggi mungkin rawatan ini boleh digunapakai. Hidroterapi boleh menjana cell-cell baru jika badan kita kehilangan cell serta menambah 'internal warming' sebagai rawatan segala penyakit. Rupanya kuman penyakit akan mudah merebak jika suhu badan kita rendah daripada paras normal.

Tahniah kepada Zam dan suami yang memberi taklimat dengan penuh ilmu, satu kelainan kerana kedua mereka mengkaji dulu sebelum memberi taklimat dengan mendalam tentang sistem hidroterapi. Satu lagi kelainan ialah penegasan bahawa semua proses penyembuhan bukan kuasa kita, ia urusan Allah. Penemuan mesin SG2000 hanya merupakan nikmat Allah untuk kita memanfaatkannya.

Petang yang sama kami bergegas pula menyediakan banyak hamper untuk program Maulidilrasul di surau AlHijrah pangsapuri Nilam Sari Seksyen 7. Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan MPP Zon 3 sama-sama memberi sumbangan untuk menjayakan majlis yang bermula sejak pagi dan meriah sekali termasuk persembahan selawat, kompang, nasyid, ber'endui' dan potong jambul anak kecil.

Jumaah yang hadir dalam surau malam itu pun lebih ramai daripada biasa kerana sokongan anak-anak dan ibu-ibu mereka. Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya sudah mula merasai nikmat memberi khidmat kepada golongan yang memerlukan kerana di fahamkan kelas mengaji alquran anak-anak sudah mula ramai berikutan kesedaran ibu bapa mereka. Semoga Allah terus membuka pintu hidayah dan rahmat kepada umat Islam di kawasan ini, amiin.

Dalam ceramah Maulidilrasul malam itu Ustaz Muhyi yang di jemput telah bercerita dengan panjang lebar tentang seerah Rasulullah saw. Saya sempat merakamkan 3 fakta penting yang di sarankannya iaitu berzikir sebagai usaha menolak musibah, menyanyi bukan kerana membesarkan Allah, agama dan Rasul itu HARAM (dengan kajian) dan perlu di susun program yang mantapdan sistematik (termasuk konsep finishing school yang kami sedang rancang) jika ingin umat Islam berubah secara berkesan.

Di akhir program saya mengambil kesempatan menyampaikan mesej tentang denggi yang meragut banyak nyawa mutakir ini terutama di kalangan anak-anak dan warga muda, yang terakhir daripada SMK sek 2 berumur 15 tahun. Di fahamkan persekitaran sekolah merupakan sumber pembiakan denggi kerana peralatan usang di sekolah terbiar. Saya menyarankan ibu bapa memberi perhatian dan peka dengan perkembangan tentang deggi di kawasan wabak seksyen 7 kerana hanya dengan kesedaran mungkin wabak dapat di kawal di semua peringkat.

Saya juga terkesan dengan kajian Ustaz Muhyi tentang 'Haram'nya nyanyian dan ingin beliau berkongsi dengan warga Shah Alam penemuan kajian dalam satu forum yang akan di atur oleh MPP Zon 3 supaya lebih ramai faham kenapa isu 'karaoke' mesti di benteras dan di salurkan kepada usaha yang lebih membina. Terlalu banyak hiburan yang melakakan adalah pintu maksiat jika tidak di asaskan dengan rasa TAKUT bertemu Allah nanti. Ini adalah kerana semua sumber yang ada pada insan adalah hak Allah. Allah berhak tanya ke arah mana kita gunakan sumber pemberian percumaNya...jika untuk memperbetul akidah umat, alhamdulillah, sebaliknya jika untuk menyesatkan..alangkah bahayanya hidup kita di alam akhirat yang kekal!! Nauzubillah

WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment