
Salam
Rakaman ucapan penangguhan dalam mesyuarat Ahli Majlis MBSA Jumaat 25 Februari 2010
Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera
Terima kasih Dato' Pengerusi
Pertamanya tahniah kepada saudara Nurhalim kerana mencadangkan dua program dalam usaha membuat perubahan budaya kerja di MBSA. Dapatan dalam Jawatankuasa Odit agak ketara unsur-unsur ketidakjujuran kakitangan dalam membuat tuntutan lebihmasa.
Apa yang saya ingin kongsikan bukan perkara baru. Ia hanya luahan bisikan isi hati saya yang saya terima daripada bisikan hati ramai penduduk di Shah Alam. Saya mohon maaf jika ucapan saya menyinggung mana-mana pihak.
Saya ingin membangkitkan isu jatidiri MBSA, dalam bahasa inggerisnya MBSA's Corporate Image.
Telah tiba masanya saya bertanya diri saya adakah kehadiran saya sebagai ahli majlis ada memberi kebaikan kepada MBSA atau saya terpaksa memikul beban kepada identiti MBSA yang kabur. Jawapannya da dalam mesej saya berikut:
1. ADUAN DAN RUNGUTAN
Seperti semua sedia malum Shah Alam di diami ramai orang kenamaan, tokoh Melayu Islam, pesara dan senior citizen. Pengalaman luas dan kedudukan mereka sebagai elit berpendidikan menyebabkan mereka ingin menuntut hak dan ramai yang menjadi pemerhati kepada prestasi MBSA selain membuat pelbagai aduan dan rungutan kepada perkara yang mereka tidak senangi.
Selain kumpulan elit, penduduk awam juga merungut bahawa aduan mereka kurang mendapat layanan kecuali jika ahli majlis masuk campur. Ketidak konsisten memberi khidmat dan khidmat yang tidak berterusan menyebabkan ramai yang meletakkan imej kurang baik kepada MBSA.
Selain perkara biasa sampah dan longkang, antara yang mereka buat aduan ialah iklan haram dan kain rentang atau banner yang lama tidak di turunkan menyebabkan 'eye sore' dan mengelirukan. Ia juga menunjukkan ketidakpekaan pegawai dan kakitangan MBSA untuk memantau suasana bandaraya agar sentiasa kemas, cantik dan bersih. 'Sense of belonging' kepada MBSA belum mantap.
2. PENILAIAN TAHAP PRESTASI MBSA
Sebagai sebuah bandaraya saya mensasarkan perkhidmatan MBSA ke tahap 5-6 star/bintang. Mungkin MBSA telah di beri anugerah 4 star dalam penilaian semua PBT di Malaysia tahun lepas. Khidmat 5-6 star serupa sebuah hotel, harus cekap, berkesan, bersih, memudahkan, menyenangkan dan berperaturan. Ada ISO. ISO pula perlu di perkemas mengikut peredaran masa dan perubahan persekitaran, namun semua mesti menghala kepada yang lebih baik. Prinsip 'kaizen' atau 'itqan' harus menjadi tahap prestasi MBSA yang saya takrifkan sebagai ' always striving for the best'. Konsep jatidiri juga menuntut petugas MBSA tidak berkerja kerana kepentingan lain selain mencapai objektif organisasi di samping menampilkan professionalism mereka secara telus dan adil.
3. LAWLESSNESS
Melakukan sesuatu menyimpang daripada peraturan (ISO), membiarkan masyarakat membuat sesuka hati tanpa penguatkuasaan atau melanggar peraturan yang di tetapkan kerana sesuatu kepentingan atau kumpulan, atau tidak bertegas dengan prinsip mencegah kemungkaran (contohnya menghapuskan judi dengan cara memulangkan semula mesin judi yang memungkinkan kegiatan mudah berulang) menyebabkan MBSA menjadi bahan lawak, tidak di hormati dan ramai masyarakat berada dalam keadaan 'lawlessness'.
Peraturan atau perubahan peraturan yang tidak di maklumkan kepada ahli majlis juga menjadikan ahli majlis tidak berperanan. Begitu juga dengan keputusan atau kelulusan yang di buat di peringkat MBSA yang ada kaitan dengan MPP contohnya penggunaan padang atau dewan di MPP, jika tidak di maklumkan kepada MPP zon ia boleh menimbulkan kekeliruan dan miscommunication.
4. KHIDMAT MENURUN KERANA KURANG BUJET
Adalah malang kalau khidmatbakti MBSA menurun hari demi hari atas alasan kurang overtime atau bujet mengecil. Inilah rungutan masyarakat, sekurang-kurangnya dalam zon saya yang kerap bertanya mengapa khidmat MBSA menurun mutakhir ini. Sampah sarap, kebersihan, longkang, perancangan berserabut (hotel murah di tengah-tengah rumah kedai), kurang tempat letak kereta, jualan arak berleluasa di speedmart 99, rumput tinggi, denggi, pasang palang jalan menghalang ke kawasan perumahan macam negara kominis (ini yang di katakan kepada saya), karaoke bercambah macam cendawan lepas hujan, jenayah dan masalah sosial meningkat memang menjejaskan jatidiri MBSA.
5. BERTAHAN DENGAN KEBAIKAN
Isunya siapa yang memegang kuasa menentukan jatidiri MBSA. Saya tidak perlu mencari tempat lain selain ahli majlis yang di ketuai Datuk Bandar. Kaedah yang saya bawa dalam diri saya yang ingin saya terapkan di MBSA seawal saya menjadi ahli majlis ialah setiap kebaikan akan saya perkukuhkan, tetapi jika ada unsur kejahatan/kerosakan/kemungkaran/kelembapan/atau penyelewengan saya tidak akan bersama, maksudnya saya akan terus bertahan dengan prinsip kebaikan. Ini kaedah sunnah atau mengikut Rasulullah saw, kebetulan esok kita akan menyambut Maulidilrasul. Jadi saya menyeru diri saya dan semua ahli majlis serta pegawai MBSA terutama yang beragama Islam pakailah kaedah ini, benteras segala kegiatan yang tidak menjana kebaikan dari akar umbi. Ia satu keberkatan.
Saya mengajak semua 'let us be real partners in our mission to reach for the stars /bintang.' Kita rakan kongsi yang seharusnya berjiwa juang, komited untuk membangun masyarakat dan membenters semua bentuk kepincangan, kita bermula dari peringkat atas. Adalah lebih mudah untuk orang di atas turun daripada orang yang di bawah hendak naik. Semangat dan budaya teamwork harus kita perkuatkan.
8. ISU KARAOKE /BAND IDOLA
Se awal saya menjadi ahli majlis saya telah katakan MBSA jangan pelopori karaoke/band idol. Ia akan menambah peminat. Hari ini di mana-mana corner resturan telah ada alat karaoke. Baru saya tahu betapa larisnya karaoke kerana orang yang nak menyanyi perlu membayar kosnya. Makin ramai yang minat karaoke makin majulah business sebuah corner. Isu di sini ialah mengikut peraturan MBSA lesen karaoke hanya di benarkan kepada rumah kelab, shopping kompleks..sekarnag 'izin' bukan 'lesen' diberi secara understanding, asalkan tidak ada bantahan penduduk.
Saya pernah menolak permohonan sebuah sekolah latihan karaoke atas dasar peraturan MBSA di anjung 7. Kemudian bila ada karaoke di restoran anjung 7 atas dasar 'persefahaman' saya di tanya mana satu peraturan MBSA? Dulu tak benar sekarang boleh? Saya terpinga-pinga tak dapat jawapan kerana perubahan peraturan atau discretion ini tidak di maklumkan kepada saya.
7. KEHENDAK DYMM SULTAN SELANGOR
Penduduk sekitar seksyen 7 membangkitkan hak bahawa mereka memilih tinggal di Shah Alam kerana sedar ada perintah DYMM Sultan Selangor tidak mahu sebarang kegiatan hiburan yang menganggu penduduk di Shah Alam. Bila bercambah karaoke di sana sini saya jadi kelu nak jawab dasar ini. Ini belum lagi pusat-pusat judi dan apa yang akan di luluskan di i City nanti kerana i City terlalu dekat dengan kawasan penempatan penduduk.
8. TIDAK ADA OVERTIME TIADA PENGKEBUMIAN
Se perkara lagi amalan membantu masyarakat dalam senang dan susah harus menjadi tunjang kepada sikap pegawai dan kakitangan MBSA yang berjatidiri. Bagi umat lslam ini di kira bonus kerana ingin meraih pahala Allah SWT yang maha melihat setiap perbuatan kita. Realiti yang terjadi ialah apabila berlaku kematian saya tidak nampak sikap ini terserlah, malah kakitangan menyatakan selepas jam 5 petang tidak ada pengkemumian, full stop, kerana tidak ada overtime.
Memang ini dasarnya saya faham, namun tidakkah kita ada sedikit budibicara menimbangkan keberkatan maksud sebuah Hadis Rasulullah saw yang minta kita menyegerakan 3 perkara: solat bila azan, kahwinkan anak bila ada pasangan dan segerakan pengkebumian jenazah? Ini penghormatan terakhir kepada seorang insan yang akan menghadap Allah. Kita pun akan melalui jalan yang sama nanti. Sanggupkah kita kalau jenazah kita atau ahli keluarga kita terbiar tanpa layanan berjam-jam di tanah perkuburan?
Sikap empati iaitu merasai susah orang lain perlu di letakkan dalam benak yang paling dalam hati kita supaya kita ada sifat kasihan belas. Tambahan bukannya setiap hari perkhidmatan mengkebumikan mayat lebih-lebih lagi pada waktu malam, atau selepas jam 5 petang. Budibicara dan kebijaksanaan membuat keputusan amat di harapkan dalam hal kritikal seperti ini. Datuk Bandar sebutkan 'crisis management'
Baru-baru ini mayat seorang anak perempuan terpaksa menunggu 2 jam kerana penggali kubur keluar kawasan. Masa kematian bukan kita yang tentukan, mengapa tidak ada back up? Saya cadangkan kerjasama antara kawasan perkuburan, jika di seksyen 21 kekurangan tenaga, kita minta kerjasama kawasan lain, atau apa cara sahaja asalkan keluarga si mati tidak di timpa 2 malang, satu musibah kehilangan ahli keluarga, kedua menanggung kesulitan dek kerenah birokrasi MBSA kerana makluman kematian tidak datang dalam satu pakej, maksud saya kena talipon pembawa van, talipon tukan penggali (back hoe) dan orang yang melaksanakan pengkebumian (3 tahap). Outsourcekan tugas ini jika banyak kesulitan di pihak MBSA.
9. WALK THE TALK
Akhirnya saya nak bawakan sebuah cerita seorang anak yang di tanya:' apakah yang kamu mahu ayah kamu lakukan kepada kamu?' anak itu menjawab 'jangan banyak beri arahan, buat saja apa yang dia suruh saya buat seperti dia pun kena mengemas bilik sebelum keluar rumah, membaca buku, solat awal dan sebagainya..' maksudnya WALK THE TALK..say mohon sangat-sangat ahli majlis di bawah pimpinan Datuk Bandar dan pegawai serta kakitangan MBSA muhasabah diri adakah kita benar-benar telah menyempurnakan amanah yang di beri kepada kita? Kepada diri saya sendiri 'adakah saya telah 'walk my talk' hari ini?
Sekian Wabillahitaufiq wali hidayah wassalamualaikum wr wb.
No comments:
Post a Comment