NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, February 28, 2010

WANNUR PAPER CRAFT ENTERPRISE





Salam

Ahad 28 Februari 2010 seorang teman dari Kuala Terengganu yang pernah belajar kraf kitarsemula di Mawaddah Kraf Shah Alam menghantar sms yang beliau berada di pameran Kraf Jalan Conlay. Sedikit masa yang ada saya mohon suami menemankan menuju ke Jalan Conlay.

Saya kurang arif bahawa terlalu banyak pameran berlangsung di KL kerana lama juga saya tidak menjenguk Bandaraya itu. Di perkarangan Masjid Negara ada pameran Halal Food dan lebih besar dan tersusun lagi ialah Pameran Kebangsaan Kraf yang di sertai pelbagai kraf, batik, kayu, rotan dan bahan dari hutan. Ada juga jualan kuih tradisional dan persembahan zikir barat moden, nasyid dan live band. Di fahamkan hanya hari minggu persembahan begitu rancak dan pameran akan berakhir pada 8 Mac.

Saya memang tidak akan terhabis melawat semua gerai kerana kehadiran saya hanya ingin bertemu tokoh di sebalik WANNUR PAPER CRAFT ENTERPRISE. MasyaAllah...satu troley beg pakaian di serahkan kepada saya untuk melihat pelbagai jenis keychain hasil kitarsemula majalah yang di jalankan oleh 12 pekerja di bawah keusahawanannya. Yang menarik ialah beliau telah mencipta beg tangan dan bekas pensil yang berjahit tetapi dekornya bahan kitarsemula majalah.

Saya mendapat maklum Perbadanan Kraftangan tidak mengiktiraf kraf kitarsemula kerana bahannya kurang berharga, mungkin juga ia ada kaitan dengan kitarsemula yang di kendali oleh Jabatan lain contonya Jabatan Alam Sekitar dan Kementerian Perumahan, WaAllahu'lam. Namun cerita yang saya nak bawa ini ada kaitan dengan 'melahirkan tokoh gergasi' maksud saya usaha saya memperkenalkan kraf kitarsemula yang kecil asalnya kini telah di terimabaik penguasahnya termasuk Wannur Paper Craft sebagai kemahiran khas, unik dan sedang berkembang maju.

Memang asal penubuhan Mawaddah Kraf ialah untuk mempromosi sikap 'mawaddah' (kasih sayang) kepada si pembuat kraf bahan kitarsemula menjadikannya kraf pilihan ramai. Masa berlalu melupakan saya bahawa ada teman yang benar-benar ikhlas meluaskna pengaruhnya hingga ke penghasilan yang amat manarik.

Mengimbau kesan pertemuan pertama saya dengan pengusaha Wannur..saya teringat kisah dakwah Rasulullah saw kepada AT-THUFAIL IBNU AMR AD-DAUSI dari Yaman yang terkesan dengan kebenaran dan terus masuk Islam. Beliau meminta Rasululah saw memerintahkan sesuatu kepadanya..'Kembali ke kaummu dan ajaklah mereka untuk masuk ke jalan Allah' demikian perintah Rasulullah saw. Setelah berpisah selama 12 tahun dan sewaktu Rasulullah saw kembali dari Perang Khaibar baginda melihat debu yang tebal menyelimuti cakarawala. Baginda bertanya, 'ada apa ini' Para sahabat menjawab 'ini adalah debu kuda yang di sebabkan kedatangan at-Thufail Ibnu Amr ad-Dausi bersama dengan anggota kabilahnya.' Inilah hasil sebuah ketaatan dan keikhlasan untuk 'sampaikan apa pun yang anda ketahui' walaupun beliau tidak lama belajar daripada Rasulullah saw.

Saya tidaklah menyamakan ajaran kecil kraf kitarsemula kepada Wannur sebagai bahan dakwah besar yang di lakukan Rasulullah saw, namun hati kecil saya bertasbih menggambarkan terpegunnya saya dengan komitmen Wannur. Apa pun dalam pameran ini saya dapat bertemu dengan ramai kenalan lama, antaranya 5 Rose Kraf daripada Pasir Salak Perak (saya pernah menulis blog mengenainya). Kemunculannya dalam Pameran adalah atas usaha Kraftangan Perak yang menggunakan Jabatan tersebut untuk menyertai.

Alhamdulillah di akhir pertemuan kami bersetuju apa sahaja hasil kraf kitarsemula akan di selaras dengan baik dan perlu 'hakmilik tercipta' di lakukan. Terlalu ramai yang mendakwa kraf kitarsemula hak mereka, sedangkan Mawaddah kraf' mempeloporinya dengan penuh wawasan untuk menjadi 'household name' dalam dan luar negara.

Sekadar memperbetulkan sejarah kraf ini yang kini banyak saingannya dalam internet dan juga di lakukan organisasi seperti Lembaga Zakat Selangor (D'Asnaf Kraf), Kemas, Risda,Felda, Felcra, Rukuntetangga, Era Consumer dan persatuan gergasi seperti 'Salam' di Bangsar, semua mereka pernah di didik oleh Mawaddah Kraf. Nawaitu Mawaddah Kraf untuk berkongsi ilmu dan kemahiran mengatasi kaedah perusahaan dan perniagaan. Lantas ramai yang mendakwa itu hakcipta mereka.

Saya secara peribadai amat jelas ilmu bukan hak saya, ia hak Allah nak di beri kepada siapa yang di kehendakiNya. Cuma idea asal untuk di pelopori datang daripada Mawaddah Kraf kerana ia hasil pemerhatian saya sewaktu di Manila.

Di pasaran untuk pelancung di Manila dalam tahun 2000 saya tertarik membeli sebuah beg buatan kertas majalah yang tercatit di situ 'God's Craft' anjuran sebuah kumpulan missionary kristian dari perkampungan di pergunungan negara Filipina. Dalam hati saya yang memang berkobar dengan dakwah Islam ketika itu berbisik..kalau mereka boleh mencipta 'God's Craft' demi agama mereka mengapa saya tidak boleh demi agama dan umat Islam?? tercetuslah nama kalimah "mawaddah' daripada Surah ArRum...dan terujudlah 'Mawaddah Kraf'.

Malu sedikit saya masa kini saya terlepas pandangan untuk menjaga imej 'Mawaddah kraf' agar selalu harum kerana jatuh bangun 'Mawaddah Kraf' banyak kaitan dengan prinsip saya yang bercorak 'kebajikan' bukan perniagaan. Namun hasilnya yang ada hanya kenalan yang ramai dan anak buah yang bukan sedikit baik hatinya...dalam kunjungan saya di Conlay sahaja dapat cenderahati kuih kapit dan gelang tangan mutiara. Semoga barakah kepada pemberinya. Amiin.

Secara tidak kebetulan juga saya sedang merancang agar Mawaddah Kraf mendapat tempat di Shah Alam Walk sedikit masa lagi. InsyaAllah saya hajat sangat wawasan Mawaddah Kraf akan menjadi kenyataan...HOUSEHOLD NAME...MAWADDAH..NAMA YANG TERTINTA MULIA DALAM ALQURAN. WaAllahu'alam

WaAllau'alam

1 comment:

  1. Salam. Tidak mengapa siapa yang mengaku miliknya. Allah maha mengetahui dan maha melihat. InsyaAllah akan tercipta kejayaan membantu mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete