NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, February 22, 2010

HOMESTAY DAN SPA DI SHAH ALAM


Salam

Satu fenomena homestay di kawasan kampong tidak menjadi perhatian kerana ia merupakan satu tarikan pelancung untuk menghayati cara hidup kampung termasuk makanannya. Namun keujudan homestay di Shah Alam merupakan satu prkhidmatan canggih yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini.

Alhamdulillah RMZ Homestay di Jalan Limau Manis seksyen 4 Shah Alam menarik perhatian saya kerana ia telah mendapat kelulusan MBSA dan boleh menjalankan aktiviti kemahiran yang amat dekat di hati wanita, antaranya rawatan ruqyah (perubatan Islam), urutan, bekam dan spa.

Kebetulan Pertubuhan Mawaddah Malaysia sedang menyusun program "Finishing School' untuk anak remaja perempuan saya terus tertarik untuk menjadikan homestay sebagai bengkel latihan keusahawanan dan tuan punya homestay menyokong sepenuhnya, Saya bersyukur kerana ini rezeki namanya. Lama juga tuan punya Homestay membayangkan wawasannya ingin memberi khidmat kepada golongan wanita dalam bidang rawatan alternatif, akhirnya nawaitu itu membuahkan hasil kerana homestay sudahpun bermula dan pakej untuk rawatan akan bermula 1 Mac 2010 ini, tahniah di ucapkan.

Satu taklimat mengenai perkhidmatan Hidroterapi SPA bubblebath akan di adakan pada hari Jumaat 25 Februari 2010, 3.00 petang di homestay bagi memberi maklumat tentang kebaikan rawatan hidroterapi tersebut. Saya amat berharap usahasama dengan homestay menyediakan pekej kesihatan ini akan di terimapakai dalam banyak lagi homestay kerana ia akan memberikan dua peluang kepada pelancung, dapat bersama masyarakat dan rawatan kesihatan.

Brocur, iklan dan maklumat lanjut akan di sediakan untuk awam dan saya menadah tangan sepuluh kepada Allah agar semua yang terlibat mendapat keberkatan di atas usaha yang di cadangkan. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment