NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, January 25, 2010

WHITE HORSE





Salam

Lawatan kedua dan terakhir ke Bandung dan Garut 21-25 Januari 2010 menyentuh banyak hati-hati yang ikhlas mendirikan Pasentren Terpadu Darul Huffaz Situwangi Garut Bandung.

Awal-awal lagi rombongan 14 orang termasuk anggota Kohatsa di sambut oleh team penaja dengan bantuan Pak Sardi melepaskan kami semua daripada queue imigeresen. Menunggu di luar ialah sebuah bas mini pariwisata (pelancungan) berlogo 'White Horse'. Kami serentak terpegun dengan kebetulan tersebut, namun dalam perancangan Allah tidak ada kebetulan. Ia memperjelas wawasan saya tentang 'white horse'

Sejarah 'white horse' memang kental di hati saya. Ia simbol jihad saya yang ingin di terjemahkan dalam realiti bahawa tidak ada erti hidup ini tanpa usaha memuliakan kalimah Allah dan 'white horse' merupakan alat terbesar di zaman perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan AlAqsa daripada pemerintahan Yahudi dan kristian.

Hari ini 'white horse' memungkinkan saya merasai nikmat bersyukur kerana konsep jihad melintasi dua negara Malaysia Indonesia untuk menubuhkan sebuah pesentren yang di beri nama " Pesentren Terpadu Darrul Huffaz Situwangi Garut Bandung" di bawah Yayasan Rahmatalilalamin telah di nobatkan dengan izin Allah jua. Alhamdulillah

Sepanjang 'jihad' menyediakan proposal konsep dan pelaksanaan projek, team perancang tidak mengenal penat, lelah dan kekurangan tidur. Saya di fahamkan pengerusi operasi sempat tidur dua jam saja; ketua delegasi-cum-pengerusi team projek demam sepanjang malam. Alhamdulillah semoga Allah sahaja memberi ganjaran segala pengorbanan dan komitmen terutama pihak penganjur yang bermurah hati menyediakan pengangkutan dan tempat tinggal yang amat selesa.

Kenangan di resort & Agrotourism Sari Papandayan atas bukit Garut yang cantik amat mengkagumkan dan tidak mudah di lupai. Bagi pihak semua saya memang sentiasa berdoa dalam hati semoga sifat Abd Rahman Auf di pihak penganjur subur berkembang di dada kerana saya yakin mereka memahami jihad untuk membesarkan Allah dan memuliakan Islam dalam kehidupan.

Sekedar berkongsi kisah Saidina Umar Alkhatab: jihad beliau memuliakan agama Allah ialah dengan mengunjungi semua rumah pembesar Quraish di zaman itu selepas beliau menerima Islam untuk mengemundangkan syahadah dan semua pembesar menutup pintu mereka dengan mengatakan 'celaka Umar, engkau telah merosakkan hariku'

Begitulah semangat 'white horse' yang ada pada Saidina Umar yang mendapat gelaran 'alfaruq' iaitu pembeza kebenaran dan kebatilan sebaik mendapat hidayah Allah daripada ayat-ayat alQuran awal surah Thoha.

Kami juga menitiskan air mata dalam solat berjemaah subuh terakhir di Hotel Jayakarta Bandung bila bakal Mudir Pesentren membacakan ayat alQuran surah AlFajr yang meyebut tentang ruh yang di redhai Allah di saat kematian. Pada saya semangat jihat 'white horse' tercerna di saat itu kerana saya sudah mula mengasihi Ustaz Muhibuddin yang saya anggap seumur dengan anak saya...seorang hafiz Quran, bertawaduk, bersemangat kental untuk membuat perbezaan di tengah-tengah tanah perkebunan Garut...alhamdulillah doa saya akan sentiasa mengiringi beliau. Amin.

No comments:

Post a Comment