NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 20, 2010

URBAN KITCHEN




Kereta Import harga RM1.9 juta
Kenangan di Urban Kitchen
Hidangan Makanan menyelerakan

Salam

Tuan rumah kami di Sri Langka amat berminat menunjukkan kepada kami 'signature landmark' di Colombo, antaranya 'Urban Kitchen' (UK)

UK merupakan sebuah restoran bertaraf antarabangsa yang menawarkah segala jenis makanan dunia, dari timur ke barat dan Asia. Bila teringin makan char kue teow ia ada di sini.

Konsep UK amat saya minati kerana ia bersih, kemas dan persekitaran 'urban' di tengah-tengah negara sedang membangun. Walaupun majoriti masyarakat tidak mampu lagi ke tempat seperti ini ia membuka mata pengunjung betapa pembudayaan melalui contoh amat perlu di mulakan. Ramai yang datang ke UK adalah mereka yang berpendapatan sederhana atas (upper middle class) kalau di lihat daripada jenis kereta yang di pandu.

Melalui bro Anwarullah kami dapat maklumat ramai juga golongan 'upper middle class' di Colombo sebahagian besarnya beragama Islam, itu sebab makanan di UK semuanya halal. Jutawan Sri Lanka ramai juga yang mampu memiliki kereta mewah. Harga kereta mewah di Sri Lanka berganda-ganda kerana cukai yang terlalu tinggi. Sebuah kereta toyota yang di Malaysia berharga RM160,000 di Sri Lanka mencicah RM1.9 juta..biar betul saya bertanya berkali-kali dalam RM ke? Jawapannya ya..

Berbalik kepada UK saya meminati konsep tersebut kerana keujudannya sahaja menyebabkan ramai pelanggan 'tahu bawa diri' di kawasan urban atau bandaraya. Bayangkan kita masuk ke sebuah tempat yang berserabut pasti kita juga akan rasa pening dan itulah kali pertama dan terakhir kita menjijak kaki ke sana. Mulut kita pun akan merungut dan menyumpah. Hasilnya kitaran kata-kata negatif akan memberi kesan kepada tempat tersebut terus serabut.

Mesejnya ialah buatlah perubahan kepada yang lebih baik, lebih bersih, lebih praktikal, lebih simple, lebih cekap walaupun ramai yang menyatakan dalam era moden yang mementingkan 'service' semuanya 'ada harga'. Apa pun adalah lebih baik kita memberi keutamaan kepada yang memberi kesan jangka panjang iaitu menanam sikap 'making a difference' di mana sahaja kita berada. Salah satu sikap 'making a difference' ialah kebersihan yang total, luar dan dalam. Luar ialah bersih daripada sampah sarap, dalam ialah bersih daripada sampah sarap perasaan hasad dengki dan dendam kesumat.

Kebetulan malam 19 Januari Selasa saya bersama seorang usahawan muda lulusan UiTM yang melibatkan diri dalam industri makanan. Dalam umur se muda 25 tahun beliau berpendapatan bersih RM10.000 sebulan. Antara yang berlaku pada dirinya ialah sentiasa memikirkan bagaimana untuk membuat perubahan dan belajar daripada mereka yang berjaya. Sebelum mencebur diri dalam perniagaan makanan beliau pernah bertugas di Domino Pizza yang menurutnya mempunyai sistem perniagaan yang kemas dan teratur. Saya kagum dengan komitmennya menimba pengalaman memasak melalui berjual di gerai tepi jalan dan membuat home catering. Adalah tidak mustahil dalam pertemuan dengan AgroBank malam itu permohonannya untuk mendapat bantuan pinjaman RM20,000 terus di luluskan. Ini kisah benar kegigihan seorang anak muda yang berwawasan.

Kesempatan berkongsi pengalaman usahawan muda ini saya bawa kepada tiga anak muda operator kiosk taman tasik seksyen 7 yang berjaya dalam temuduga baru-baru ini. Mereka bersemangat ingin membuat perbezaan di kiosk taman tasik. Mereka juga terharu di beri kepercayaan mengendalikan kiosk kerana melalui pengalaman orang muda seperti mereka jarang di beri peluang. malah ada yang sangsi jika mereka cuba menampil diri. Jawapan saya senang sahaja...orang muda akan menggantikan orang lama, jangan takut berdikari.

Antara tips kejayaan dan murah rezeki dalam perniagaan ialah sentiasa taatkan perintah Allah, layan ibu bapa serupa VVIP, tidak melakukan maksiat atau perbuatan yang Allah murka walaupun kecil, buang sikap tamak haloba dan hasad dengki, sebaliknya berusaha untuk 'win-win' dengan siapa sahaja termasuk pelanggan yang akan berpuashati dengan produk dan perkhidmatan yang di berikan.

Satu isu menarik telah berbangkit iaitu kepercayaan kepada tahyol dan sihir dalam perniagaan. Saya sarankan kepada peniaga di mana sahaja agar jangan sekali-kali percaya semua perbuatan sihir itu mempunyai kuasa kerana semua kuasa adalah hak mutlak Allah. Andainya Allah mengizinkan perbuatan hasad mengenai diri kita ia adalah satu hadiah 'syahid' daripada Allah.

Akhirnya konsep Urban kitchen (UK) telah saya kongsikan dengan anak muda operator kiosk dan mereka akan menamakan kiosk taman tasik 'Urban D'Tasik'. Di kawasan itu nanti akan ada wifi dan gazebo santai... Semoga semangat yang berkobar-kobar mencapai kejayaan insyaAllah.

No comments:

Post a Comment