NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 26, 2010

NASI PADANG NASI SUNDA




Salam

Semasa berada di Indonesia tidak hairan jika pelancung di tawarkan pelbagai makanan antaranya jenis nasi seperti nasi udu', nasi padang dan nasi sunda.

Rata-rata rombongan kami peminat nasi padang kerana pilihannya banyak dan ada kari (kuah). Masakan sunda di jamin panas namun tiada kuah dan terlalu lama menunggu siapnya.

Biasanya tuan rumah akan menjamu kami di restoran nasi padang Garuda, Sederhana atau Sari Ratu. Kali ini kami di bawa ke restoran Sari Bundo. Alhamdulillah sedap sahaja makan di mana-mana restoran janji perut lapar.

Satu peristiwa yang tidak mudah kami lupakan ialah menjamu selera di sebuah restoran nasi sunda sebaik sahaja keluar daerah Garut. Restoran yang meluas ke belakang tiada cacatnya, punyai musolla dan toilet sederhana. Tempahan di buat satu persatu dan teliti, datangnya pun lewat satu persatu.

Saya tertarik dengan hidangan ayam bakar. Oleh kerana mudah tempahan untuk dua orang saya dan suami meminta seekor ayam sekaligus. Saat ingin menjamah makanan suami saya membelek ayam yang di hidang dengan kepalanya sekali. Ternyata tiada bekas sembelih, lehernya licin. Saya dah mula cuak, bertanya pak ustaz, mungkin bila di bakar lehernya bersatu kut...demikian telah seorang..Pak Hairudin taukeh nasi arab mencelah, mana mungkin, saya biasa bakar ayam, bekas sembelihnya malah mengembang...seekor ayam di tolak tepi. Setelah di panggil tuan punya restoran katanya...kami ngak tau pak, yang datang dari supplier serupa tu..wadduh...si pembeli tak tau siapa pembekal ayamnya, mungkin orang bukan Islam.

Sebelum itu ada jemaah kami yang dah mula makan tempahan hidangan yang sama tapi ayamnya separuh...langsung tak selera dan tidak menjamah makanan akhirnya. Malam itu kabarnya ada yang di landa sakit perut dan memuntahkan semua yang di makan. Semoga proses pembersihan makan ayam tak sembelih!

Iktibar daripada kisah ini ialah sentiasa berhati-hati mejamah makanan di tempat orang. Nampak luaran macam Islam dan penyediaan tempat solat dan sebagainya..ternyata semua boleh berubah kerana tidak semua orang mengambil berat makanan 'halallan thoiban'. Akhirnya kami dapat diskaun Rupiah 40,000 harga ayam tak sembelih hari itu. Tidak hairanlah sewaktu kami ke situ hanya kumpulan kami sahaja yang makan, tiada pelanggan lain..satu petanda yang kami tak sempat siasat dek kelaparan tengahari itu.

No comments:

Post a Comment