
Salam
Sewaktu saya menghadiahkan sepaket buah limau kepada petugas di lapangan terbang Bandaranaike Sri Lanka dia mengucapkan..."Allahu Kareem.." (Allah maha mulia) Saya bertasbih "subhanallah" dan bertanya "are you a Muslim?" "No...I am a christian, l was born in Lebanon"sambil menunjuk isyarat tanda palang dengan tangannya. Saya senyum dan berkata.."ya we human have the same God, our Creator Allah"...dia mengangguk dan pergi...
Tertampar maruah saya dengan insiden ini kerana di negara saya yang di katakan moden istilah "Allah' di sempitkan...di negara yang kurang baik ekonomi dan kemajuannya semua orang mengaku Allah Tuhan yang mulia.
Saya bukan seorang pakar untuk memperkatakan isu yang sedang di politikkan di Malaysia kini, namun saya bimbang sekiranya ada di kalangan puak 'loyalist' (Meminjam istilah Ust Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya) yang akan menurut sahaja apa yang mereka dengar dan lihat tanpa usul periksa dari sumber mana datangnya setiap isu yang di polmikkan.
Menurut Ust Abdullah Nasih Ulwan musuh Islam akan sentiasa cuba melaga-lagakan umat Islam agar berpecah dan ini bermula sejak awal lagi, antaranya puak munafiq di Madinah dan asal usul 'Syiah' yang memusuhi sunni. Kini timbul 'wahabi' yang sering di perkatakan sebagai 'sesat'. Saya hanya berdoa umat Islam di beri ilmu yang kental agar tidak mudah termakan dengan apa istilah sekalipun. Pokoknya sentiasalah mendampingi Alquran, menjaga akhlak agar tidak menghukum orang lain. Mari kita satukan saf, jaga jemaah, solat khusuk dan bertawakkal...Allah akan turunkan pertolongan insyaAllah. Saya doakan petugas kelahiran lebanon yang kini bertugas di lapangan terbang Sri Lanka akan satu hari mendapat ganjaran kalimah yang di sebutnya .."Allahu Kareem"
No comments:
Post a Comment