NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, January 3, 2010

KEMBALI KEPADA FITRAH


Hadis Riwayat Muslim dan Tirmizi:

" Barangsiapa yang menempuh jalan dalam rangka mencari ilmu maka Allah pasti mudahkan jalannya menuju ke Syurga"



Salam

2-3 Januari 2010 jemputan majlis perkahwinan bertindih-tindih sehingga lupa nak hadir, maaflah kepada yang mengundang. Inilah hakikat hidup, kenduri, jamuan, makan-makan, santai..tau-tau kita sudah mencicah umur warga emas..ini gambaran hidup saya sendiri.

Pagi ini 3 Januari 2010 saya ke Pasar Moden seksyen 6 Shah Alam, ramainya pelanggan sudah di ramal. Almaklum baru selesai musim cuti, esok akan berbondong-bondong petugas mulakan kerja dan anak- anak akan mula kesekolah...bila saya lihat sekitar saya terfikir kata-kata 'back to normal', 'back to basics' 'back to norms' 'business as usual' atau 'back to fitrah'?


'Kembali kepada fitrah' adalah satu konsep yang telah lama saya gunakan untuk program motivasi wanita 'Mawaddah'. Konsep ini mengajak peserta mengenal diri agar dapat membuat perubahan positif terutama setelah mengetahui fitrah insan yang suci dan perlu di pelihara kesuciannya hingga bertemu Allah. Antara gangguan kesucian fitrah ialah kejahilan, hawa nafsu, pengaruh persekitaran dan bisikan syaitan. Apabila peserta di ajak 'kembali kepada fitrah' akan terserlah nilai dan peribadi unggul antaranya ikhlas, kasih sayang dan persaudaraan atas dasar keimanan.

Namun fitrah insan tidak selalunya kekal suci kerana pengaruh persekitaran sering mengubahnya kecuali bagi mereka yang kukuh imannya. Paling mudah ialah penilaian majlis kenduri kahwin yang banyak di pengaruhi kehendak masyarakat sekitar. Dalam dua tiga majlis di kawasan yang padat dengan masyarakat melayu saya sering mendapati kenduri kahwin akan diiringi pesta karaoke dan masih tegar upacara persandingan ala adat hindu.

Tidak salah berkaraoke kerana saya lihat ramai bakat terserlah di situ kerana minat yang begitu tinggi serta motivasi realiti tv show untuk mendapat sorakan. Ini juga menambah jatidiri peserta terlibat. Yang salahnya ialah mendahulukan karaoke berbanding perintah Allah, ini setaraf syirik kerana lupa diri (kufur).

Bagi majlis perkahwinan dalam dewan atau hotel saya dapati dendangan di bawa oleh kumpulan live band yang di sewa khas, kadang-kadang di selangi karaoke ahli keluarga. Dalam majlis yang lain pula saya hanya mendengar CD nasyid di pasang mengikut suasana, dan yang paling menarik ialah majlis santai makan dan berbicara tanpa gangguan suara mendayu. Majlis perkahwinan juga dapat menemukan teman atau ahli keluarga yang lama tak bertemu. Ia perlu suasana kemesraan dan ketenangan.

Pada saya senario yang terakhir itu 'kembali kepada fitrah' kerana fitrah manusia sukakan ketenangan, bermesra dan bertaaruf melalui perbualan yang mudah di dengar. Yang lain itu mungkin 'back to normal'.
Kebimbangan saya konsep 'back to normal' ini adalah kita manganggap apa yang masyarakat lakukan itu 'biasalah', 'apa salahnya' atau 'kita bukan orang dakwah' atau 'semua tak boleh...duduk dalam hutan jelah'...semua komen itu pernah saya dengar sendiri..nak senyum pun ada, nak marah tak jadi sebab ramai yang tidak faham apa sebenarnya yang hak itu.

Manakala 'Back to basics adalah terminologi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengurus tugas asasi menjaga kebersihan sampah, parit, lampu, rumput dan longkang. Back to basic juga boleh di gunakan kepada anak-anak atau orang dewasa yang belum mengenal patah-patah huruf dan ayat Alquran untuk memulakan perubahan menguasai AlQuran dengan rahmat dan pertolongan Allah.

Adalah amat membimbangkan setelah kita melepasi sepuluh tahun pertama abad ke 21 keadaan masih 'normal' tiada perubahan sikap, mentaliti, komitmen dan nasib umat Islam. Kalau kita tuduh umat Islam tidak cukup 'terpelajar' mesti ramai yang marah. Namun saya ingin membuat satu andaian bahawa umat Islam tidak cukup 'terpelajar' tentang agamanya sendiri. Kita di lalaikan dengan pelbagai hiburan dan segala macam tarikan kisah dongeng dan hantu raya melalui media massa dan elektronik sehingga kita jarang mahu berfikir apa masa depan deen Islam yang mahal dan tinggi nilainya di sisi Allah.

Rasulullah saw telah berjaya membasmi pemikiran khurafat dan sikap mengikut orang-orang jahiliyah . Baginda membersihkan akal daripada pelbagai kekecauan berfikir dan dongengan sesat. Azam kita semua sewajarnya 'Kembali kepada fitrah' Islam yang penuh ketinggian, kebijaksanaan dan kecemerlangan. Fitrah menguasai ilmu pelbagai bidang bukan sekadar mendapatkan sederet As atau sijil atau ijazah tetapi untuk memertabatkan lslam ke tempat sewajarnya. Sesungguhnya kejahilan dan Islam tidak boleh bersatu. WaAlahu'alam

No comments:

Post a Comment