NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, January 27, 2010

ABDULLAH IBN MAS'UD (IBN MAS'UD) DAN MUS'AB IBN UMAYR



Arkitek Bambang merancang pesentren di Garut


Salam

Nama pertama yang di cadangkan kepada pesentren Garut ialah Darul Tahfiz Ibn Mas'ud, nama penuh Abdullah Ibn Mas'ud. Beliau sahabat besar Rasulullah saw namun kami yang sama-sama mendengar nama yang di cadangkan Ust Muhibuddin itu tercengang kerana kurang arif sejarah hidup Ibn Mas'ud.

Menurut sirah Rasulullah saw antara sahabat yang terserlah cerdik dan arif memahami dan merdu suara membaca Alquran ialah Ibn Mas'ud. Orangnya kecil dan kakinya kurus. Satu ketika para sahabat mentertawakan kaki Ibn Mas'ud. Rasulullah saw lantas menempelak bahawa kaki Ibn Mas'ud dalam timbangan Allah di akhirat adalah lebih berat daripada Gunung Uhud.

Ibn Mas'ud terkesan dengan mukjizat Rasulullah memerah susu kambing jagaannya yang dara dan bila susu telah di perah tetek kambing menjadi seperti biasa. Beliau yang masih seorang anak kecil ketika itu menemui Rasulullah saw supaya di ajar cara Rasulullah bercakap dengan kambing, baginda menyatakan "kamu telah pun menjadi anak yang berpengetahuan (You are already a learned boy). Jaminan Rasulullah ini menjadi kenyataan kerana Ibn Mas'ud merupakan insan yang paling pintar dalam menghafal Alquran serta amat memahami isinya.

Ibn Mas'ud seorang pengembala kambing yang miskin, lemah, budak hamba kepada Uqbah ibn Abu Mu'ayt merupakan satu mukjizat buat dirinya dan umat Islam kerana meyakini agama yang benar hingga beliau mampu menundukkan kesombongan kaum Quraish dengan membacakan patah-patah ayat Alquran di hadapan mereka.

Selepas Rasulullah saw, ibn Mas'ud adalah orang kedua yang berani membacakan ayat Alquran di khalayak ramai di Mekah. Bila di tanya siapa yang akan menjadi penjaga beliau sekiranya di ganyang oleh orang Quraish beliau menjawab "Allah akan menjaga aku'

Ibn Mas'd juga meriwayatkan banyak hadis antara yang ketara ialah "dari Ibnu Mas'ud ra Rasulullah bersabda, Manusia pada hari kiamat akan di himpun dalam keadaan telanjang, yang belum pernah sama sekali mereka alami, sangat lapar yang belum pernah sama sekali mereka alami, sangat dahaga yang belum pernah sama sekali mereka alami, sangat payah yang belum pernah mereka alami. Maka barangsiapa yang memberi pakaian kerana Allah maka Allah akan memberinya pakaian. Barangsiapa yang memberi makan kerana Allah, Allah akan memberinya makan. Barangsiapa memberi minum kerana Allah , Allah akan memberinya minum. Barangsiapa bekerja kerana Allah maka Allah akan memberinya kekayaan dan barangsiapa yang memaafkan kerana Allah, Allah akan memberinya maaf. (Hadis riwayat Ibnu Abi Ad-Dunya)

Mengimbau kisah para sahabat Rasulullah saya teringat kisah Mus'ab Umyr seorang pemuda yang amat berlawanan dengan kedudukan Ibn Mas'ud kerana beliau datang daripada keluarga kaya dan berpengaruh. Namun keislaman beliau telah memikat hati masyarakat di Madinah (Yathrib) sehingga berbondong-bondong penduduk Madinah memeluk agam Islam. Beliau adalah guru pertama yang di hantar oleh Rasulullah saw ke Madinah untuk mengajarkan Alquran.

Saya bawa kisah ini kerana dalam lawatan saya ke Sekolah Tahfiz Alquran Mulia di Bandung saya terkesan dengan penampilan seorang mudir yang apabila beliau buka mulut sahaja seolah-olah keluar mutiara terbiyah yang terkesan di hati kecil saya.

Beginilah agaknya yang berlaku di Madinah ketika Mus'ab berdakwah di hadapan seorang pembesar bernama Usayd yang datang marah-marah, lantas Mus'ab dengan tenang dan sopan mempelawa "tidakkah kamu ingin duduk sebentar dan mendengar apa yang aku akan katakan, jika kamu suka terima, jika tidak suka aku tidak menghalang kamu.." Di saat Mus'ab membacakan ayat Alquran Usayd lantas terpesona...dia mengimbau 'aku telah nampak keindahan Islam sebelum Mus'ab membuka mulut.'

Itulah juga yang saya nampak di sekolah Tahfiz Quran Mulia kerana pengurusan, kebersihan, kurikulum dan penampilan pelajar dan guru semuanya mempesonakan.

Doa saya agar dua nama besar sahabat Rasulullah saw yang di jamin syurga ini dapat menjadi dorongan kuat untuk mengujudkan dengan segera pesentren Garut insyaAllah

2 comments:

  1. Salam Uda
    Sebut pasal Pesantren...di Garut
    Saya mempunyai cita cita yang sama juga..
    Mungkin poada masa lalu keadaan,masa dan tempat tidak mengizinkan.
    Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini...saya bercadang nak menawarkan diri untuk bersama sama terlibat mengujudkan dengan segera pesantren Garut..
    Dengan pengalaman yang ada...construction/demolition/refurbishment/maintenance boleh jugak lah.
    Lagi pun 5 tahun ini nak perbetulkan diri dan nk cari part part yang tak betul..nak repair.
    Mudah mudahan sisa sisa hidup yang masih tinggal ini akan lebih ceria,bahgia dan apabila kita dah mati nanti..bekalan 3 perkara..ilmu yang di menfaatkan,doa anak yang soleh, sedekah amal jariah boleh kita bawa sekali..

    ReplyDelete
  2. Salam azman. Tq. l will put u in the team asap

    ReplyDelete