NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, January 30, 2010

MY FATHER ASKED ME TO...





Salam


Kenangan di Sri Langka tidak lengkap jika tidak memuatkan kisah seorang anak muda bernama Anwarullah Jamaluddin. Dia anak seorang peniaga 'batu permata' dan sering berkata 'l am at your service...because my father asked me to...' Takjub seorang anak yang mentaati perintah ayahnya dan melayani kami tetamunya mewakili ayahnya yang masih bermusafir.


Dalam era anak-anak kurang mentaati ibu bapa almaklum mereka bebas, mewah dan berdikari...kehadiran anwarullah menghimbau ingatan saya kepada sebuah kesah seorang sahabat Rasulullah (saya lupa namanya) yang sanggup berbuat apa sahaja demi ibunya.


Satu ketika para sahabat di berikan ghanimah/harta perang berupa pokok-pokok kurma kelas utama atau prime tree yang bernilai jutaan dirham bila berbuah. Sahabat dalam kisah ini tidak ketinggalan memperolehi anugerah besar itu. Pada suatu hari ibunya berkata menginginkan manisan pokok kurma yang terdapat di pucuk muda pokok tersebut di mana jika pucuk itu di ambil pokok akan mati. Apa pun sahabat berkenaan terus mengambil air manisan daripada pokok berharga itu. Sahabat lain menegurnya...rugi kamu kerana selepas ini pokok tersebut akan mati. Lantas sahabat berkenaan berkata 'demi ibuku aku akan berbuat apa sahaja..ini baru sedikit sumbangan..' MasyaAllah sikap yang di asuh oleh murrabi Rasulullah saw kepada sahabat ini menyantuni ibunya perlu di fikirkan anak-anak masa ini. Kita merindui anak-anak yang sanggup berkorban dan mendahulukan ibu bapa kerana kita tidak rela menerima perubahan yang di bawa oleh budaya orang lain yang berfokus kepada matlamat material. Bila ibu bapa sudah tua mereka tidak berharga dari segi material lantas di tinggalkan begitu sahaja.

Berbalik kepada anak muda Anwarullah kami anggap dia seperti anak kami kerana umurnya sama dengan Sabran Jamil. Soalan yang sering keluar dari mulutnya..are you ok...anything else, any more? Satu ketika beliau ingin membelanja kami makan. Kami di bawa berpusing-pusing mencari rumah teman ayahnya di bandaraya Colombo. Sebaik bertemu kawannya dia berkata 'My father send me money through him...dan bila di tukar ke wang rupee ternyata bapanya menghantar USD400. Memikirkan beliau akan balik ke kampungnya yang jauh kami hanya makan makanan sri lanka antaranya roti canai dan putu mayang yang di goreng macam mi hun. Ini favourite dish sri lanka.

Alhamdulillah Hj Jamaluddin mempunyai anak soleh yang akan mewarisi perniagaan batu permatanya. Sebagai negara membangun (3rd world country) potensi di Sri Lanka masih banyak belum di terokai. Semoga semua usaha umat Islam di sana mendapat keredhaan Allah.

No comments:

Post a Comment