


Kehadiran saya di pejabat NGO Muslimmath Colombo di sambut meriah oleh ramai anak-anak lepasan peringkat SPM di Malaysia, O -level di sana. Mereka sedang menjalani program finishing school selama empat bulan menunggu tawaran melanjutkan pelajaran atau berkahwin atau bekerja.
Dr Mreena ketua NGO menyebutkan daripada angka puluhan yang memohon masuk ke 'finishing school' kini permintaan meningkat ke ratusan kerana sejak bermula telah 26 batch mereka kendalikan. Words of mouth menyebabkan sekolah yang mereka adakan menjadi rebutan sekarang ini.
Anehnya dalam sebuah bunglow yang memuatkan pejabat Muslimmath di situlah lebih 60 remaja wanita di tempatkan. Mereka melalui 61 modul sepanjang 4 bulan termasuk masakan, jahitan, perapian diri dan ilmu Islam. Mereka di jangka menghabiskan hafalan juz Amma (juz 30) sepanjang empat bulan dengan makna sekali dan juga hafalan hadis serta ilmu akhlak Islam. Cara hidup amat simple. Mereka akan sentiasa dalam keadaan berwuduk dan jika mahu tidur dewan belajar di bentang tilam dan mereka tidur bersama. Mereka solat tahajjud bersama, puasa bersama bagi yag mampu.
Saya memang banyak tercengang melihat terlalu simple suasana di situ. Kebetulan waktu zohor hari Jumaat saya di tinggalkan bersama anak-anak ini dan kami bersolat jemaah bersama. Anak-anak memanggil saya 'ummi' dan ini membuatkan mereka ingin rapat dengan saya. Bila setiap orang di beri hadiah key chain daripada kertas kitar semula masing-masing amat gembira dan minta di ajarkan. Saya hampir lupa membuat lilitan tempat pensil dan kemudian menyerah kalah kerana tak cukup masa. Konsep menggulung dan melakukan lilitan saya ajar kepada seorang guru kraf yang nampak apa yang saya nak buat. Mereka juga boleh merujuk di internet. Rumusannya Dr Mareena akan cuba mencari penaja untuk team saya datang lagi ke Sri Lanka mengajar anak-anak ini kraf kitarsemula majalah lama.
Walaupun 'finishing school' pernah ada di negara barat dalam bentuk menyediakan para isteri kerabat membuat penampilan, namun perbezaan yang di lakukan Dr Mareena ialah dalam bentuk menyerapkan iman dan taqwa di jiwa anak-anak. Saya kagum kerana dia di bantu ramai petugas yang berwawasan, tak kenal penat dan lelah. Kebetulan Dr Mreena seorang pakar mata yang bertugas 3 hari seminggu beliau menghabiskan masa mengajar anak-anak etika hidup bermanfaat. Saya sms kawan saya menyatakan saya 'kalah' dengan usaha yang di lakukan NGO di Sri Lanka ini kerana Pertubuhan Mawaddah masih terkial-kial mencari petugas yang komited.
Selain finishing school yang di beri nama ummul mukmineen NGO yang sama mengendalikan rumah anak yatim dan 'convert' atau saudara baru. Bezanya dengan negara kita saudara baru adalah daripada bangsa mereka sendiri yang sebelumnya beragama buddha dan hindu. Mereka memulakan dengan menutup aurat dan lebih ketera lagi jika berwarna hitam. Dalam diam saya mengkagumi usaha Dr Mareena yang tidak nampak kekalutan menjaga kerja pakarnya dan begitu simple hidupnya berbakti kepada umat Islam. Semoga lawatan saya ini banyak membuka mata saya betapa masa yang banyak terbuang membangunkan sesuatu cadangan kerana kita tidak berbuat. Banyak cadangan tinggal cadangan dan di atas kertas, antaranya kekurangan tenaga petugas yang belum di uji dengan kesulitan seperti saudara kita di Sri Lanka.
Doa saya ialah saya dapat lagi bertemu anak-anak yang saya dampingi dalam solat di Ummul Mukminin ini, jika kita tidak dapat berjumpa di dunia kita berjumpa di syurga, itu hasrat seorang peserta remaja di Ummul Mukminin...oh manisnya impian seorang anak yang beriman dan bertaqwa.
Amboi, malunya saya. Mungkin kita kena tukar strategy dalam perlaksanaan program kita. Kadang-kadang kita tunggu hingga hampir perfect sumber yang ada, baru kita mula. Tanah yang di earmarked untuk tahfiz al quran mungkin boleh kita kongsikan dengan cadanga yang kita buat 2 tahun dulu untuk finishing school.kita fikir2.Salam.
ReplyDeleteSalam. l thought so. please start the ball rolling. 61 modul saya minta sri lanka hantar.thanks for commenting
ReplyDelete