
Salam
Agak sibuk melayan tetamu sejak saya balik bertugas di MPP Zon 3. Khamis 9.00 malam ada mesyuarat AJK MPP dan banyak isu yang di bangkitkan. Paling ketara ialah tumbuh bak cendawan pusat-pusat judi cyber, snooker dan karaoke di seksyen 7.
Terasa lelahnya memerangi pusat-pusat yang berunsur judi, hiburan dan melalaikan termasuk anak-anak sekolah yang sering ponteng untuk ke tempat tersebut. Ahli Majlis MBSA berbuih mulut mengadu dan mengeluh operasi yang di lakukan kurang berkesan, malah sebaik di adakan serbuan esoknya pusat judi cyber beroperasi semula. Macam main pondok-pondok dengan pengusaha pusat ini kerana mereka tidak sedikit pun rasa bersalah dan sanggup membayar berapa banyak kompaun. Ada berita menyatakan setengah pegawai di MBSA bangga dapat mengutip kompauan demi kompaun yang di lihat sebagai menambahkan pendapatan MBSA.
Saya menulis dalam blog ini untuk berkongsi rasa sedih kerana kemungkinan masyarakat yang di dalamnya terdapat unsur yang menyalahi kemuliaan agama Islam di halang daripada menerima hidayah, termasuklah saya yang di amanahkan mengawasi zon seksyen 7 ini.
Saya amat bimbang antara sebab kita di landa kesulitan demi kesulitan adalah kerana kita terhijab daripada hidayah Allah. Hidayah Allahlah yang memungkinkan kita menimba ilmu, bersolat, bersedakah, melakukan kebaikan. Jangan sekali-kali kita silap bahawa usaha kita yang menyebabkan hidayah, sebaliknya hidayah Allah yang menyebabkan kita berbuat kebaikan. Oleh itu marilah kita mencari sebanyak mungkin hidayah yang bermula daripada sikap kerendahan kita kepada kuasa Allah yang besar, perlunya kita kepada bantuanNya. Jangan kita perkecilkan apa sahaja perintahNya. kerana semua itu menutup pintu hidayah. WaAllahu'alam.
Semoga kebenaran akan mengalahkan kebatilan
ReplyDeletesalam uda
ReplyDeleteSaya dulu ada visi...vision
nak bina tempat pengajian ilmu dan boleh dimenfaatkan , tempat pengajian ,tempat pembelajaran dan pusat latihan dll
Saya bina sebuah banglo di kaki bukit gunung ledang...Pada masa dan ketika itu..matlamat nya adalah membina sebuah rumah...
"Matlamat telah mendahului visi"
Visi(vision)- cuma harapan...harapan yang tak kecapaian..
Setelah 6 tahun berlalu...sedih melihat matlamat reput dimakan masa..tapi visi nya tidak berjaya...
saya juga punya cita cita..nak buat lebih
tapi tak berdaya...
Setelah segala yang dicita tak berjaya..dengan penuh keinsafan..saya beserah kepada Allah snw...tunjukkan jalan yang lurus...saya nak yang baik belaka.
walaupun dari segi physicalnya tak terdaya, tapi niat pun sudah memadai..Insyallah