
Salam
Badan Dakwah MBSA mengadakan program setiap Jumaat minggu kedua kepada petugas wanita dengan ceramah anjuran bersama Pertubuhan Mawaddah Malaysia.
Dalam kuliah tengahari Jumaat 8 Januari 2010 tajuk 'Perubahan' telah di bawakan oleh penceramah Ustazah Fuziah Bahari daripada sekolah Menengah Hira seksyen 27. Beliau mengajak ibu-ibu selaku guru pertama di rumah supaya berdakwah kepada anak-anak kerana ia tugas yang boleh di lakukan tanpa banyak karenah. Hanya lakukan semua akhlak terpuji, anak akan tiru dan layan anak seperti teman yang mendapat tempat di hati mereka.
Perubahan memakan masa untuk menjadi kebiasaan dan akhlak. Perlu istiqamah dan percaya bahawa yang baik itu akan kekal.
Konsep perubahan yang merosakkan ramai manusia di dunia ini berpunca daripada teori evolusi yang lebih terkenal dengan 'Darwinism'. Konsep Darwin ini menolak kuasa Allah selaku pencipta dan mengemukakan kepercayaan bahawa semua kejadian di muka bumi melalui proses perubahan (evolusi) ke arah kesempurnaan. Contoh kejadian manusia berasal daripada monyet yang menjadi sempurna mengikut evolusi dan perubahan. Bebalnya teori ini ke tahap menafikan banyak penemuan sains yang menggambarkan penciptaan Allah yang unik bagi setiap kejadian. Kisah Nabi Musa melamparkan tongkat dan terus manjadi ular yang gesit, hidup memakan segala kepalsuan tukang sihir adalah satu kejadian terpampang bahawa tidak ada evolusi berlaku kepada penciptaan ular itu, ia terus jadi ular...
Satu lagi kejahilan teori Darwin ialah 'survival of the fittest' maksudnya siapa kuat dia hidup dengan menyatakan fitrah dunia akan menghapuskan yang lemah. Oleh itu teori ini mengajak semua manusia bersaing untuk hidup, yang kalah mati...sama seperti dalam dokumentari filem tentang binatang buas yang akan memakan mangsa untuk hidup. Jadi manusia juga akan rakus bunuh membunuh untuk hidup senang dan berjaya...nonsense!!
Apa pun dalam mesej saya hari ini ialah kembali kepada perubahan yang ada landasan kebenaran iaitu untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan menjadi contoh kepada anak-anak. Ia sumber dakwah yang amat kukuh jika kita berilmu. Janganlah kita terpedaya dengan segala macam kepalsuan dan pendustaan yang di bawa oleh manusia yang rosak jiwa hingga sanggup mengkufurkan nikmat penciptaan Allah kepada mereka. Ada otak di guna untuk menipu, ada mata di guna untuk maksiat dan sebagainya. WaAllau'alam
I like your write up. Selalu memberi peringatan.Sememangnya peringatan harus diberi berkali-kali kerana tipu daya syaitan dan yahudi sentiasa mengelilingi.
ReplyDeleteSemoga berterusan memperingatkan.