NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Tuesday, January 19, 2010

BATU PERMATA





Batu sapphaire agaknya
Peniaga batu permata berjual beli di salah sebuah bandar di Sri Lanka
Jenis permata yang telah di proses





Hj Saifuddin di hadapan kedainya yang uzur namun permatanya mahal sekali!

Salam



Sebelum meninggalkan Sri Lanka saya di perkenalkan dengan peniaga 'batu permata' (gem). Sebagai seorang Islam ucapan salam awal pertemuan itu sendiri telah memecahkan banyak 'ice' kerana ia satu doa untuk kesejahteraan hati, tiada syak wasangka, tiada penipuan dan yang paling penting meraikan tamu.

Saya di fahamkan di Sri Lanka sebahagian besar peniaga batu permata terdiri daripada orang Islam, alhamdulillah. Kami melalui satu kawasan perniagaan sesak dengan peniaga berjualbeli batu permata. Hebat sekali perniagaan ini di Sri lanka dan di katakan permata Sri Lanka adalah yang terbaik di dunia. Perniagaan di jalankan sampai ke negara Eropah dan Germany dan sentiasalah ada orang yang mencarinya.

Mulanya saya kurang minat untuk bercerita tentang batu permata kerana saya tidak tahu apa peranannya dalam kerja saya yang menyantuni orang miskin dan fakir...mengajar mereka membuat kerjatangan bahan murah seperti kertas bolehlah.., tapi akhirnya saya termakan juga dengan kempen peniaga-peniaga yang kami temui. Sekurang-kurangnya tiga orang yang menjadi aktivis Islam iaitu Hj Yassin dan anaknya Minhat dan Hj Saifuddin' masing-masing menyatakan hasrat ingin membina masjid hasil perniagaan tersebut...baru saya terfikir bahawa batu permata ini boleh menjadi alat perniagaan. Ramai juga teman yang saya kenal di Malaysia menyara hidup menjual emas dan permata dan mereka boleh hidup senang walaupun tidak berniat hendak membina masjid!

Dalam hati saya memasang nawaitu mungkin batu permata Sri Lanka boleh di olah menjadi hiasan wanita yang pelbagai ragam dan di jual sebagai produk unik kepada pembeli berduit di mana sahaja mereka berada termasuk di Malaysia ini...nak mencari batu permata yang ori bukannya senang...sekarang telah bertemu. Malah peniaga di Sri lanka di beri lesen atau permit khas untuk menjual permata agar pembeli tidak tertipu. Mana tahu satu hari dan ketika hasil jualan batu permata kita sama-sama dapat membina sebuah masjid di negara yang rakyatnya perlu di dakwahkan...

No comments:

Post a Comment