NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, January 1, 2010

AZAM TAHUN BARU 2010


Salam

Di ambang tahun baru 2010 saya berada di i City majlis menyambut tahun baru dan permainan bunga api serta laser. Program anjuran kerajaan Negeri Selangor bersama empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), MBSA, Majlis Bandaraya Kelang, Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Malam yang sama MPP Zon 3 memulakan rondaan Skuad Aman iaitu satu kumpulan sukarelawan terdiri daripada penduduk zon untuk memelihara kesejahteraan kawasan. Risalah ringkas turut di edarkan untuk panduan masyarakat menghubungi pihak berkenaan.

Dekad baru 2010 harus di mulakan dengan azam memperbetulkan landasan hidup insan. Saya berpendapat wajarlah semua umat Islam kembali menguasai Alquran sebagai panduan berperaturan dalam menjalani kehidupan sementara di dunia ini. Tanpa panduan yang jelas, benar dan nyata ia akan mengualngi kesilapan demi kesilapan dek kerenah manusia yang lemah.

Selain itu enam kekuatan perlu di perkukuh, pertamanya kekuatan akidah dan keyakinan; kedua kekuatan ilmu, termasuk bertindak secara profesional dalam setiap perkara, Ketiga kekuatan persaudaraan yang di ikat atas dasar hormat menghormati sesama insan tanpa mengira agama dan bangsa, keempat kerja berpasukan, lengkap melengkapi, kelima kekuatan memiliki harta dan sejahtera kewangan dan akhirnya kekuatan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah.

Kebetulan 1 Januari merupakan hari kelahiran salah seorang ahli Kohatsa. Saya yang menjadi 'mentor' kepadanya telah berpesan lakukan perubahan sempena dekad baru 2010 dengan pengabdian yang total kepada Allah untuk menguasai AlQuran, saya ulang MENGUASAI ALQURAN...insyaAllah sekadar nawaitu telah menjadi ibadah apatah lagi kalau segera amalkan. Waaalau'alam


No comments:

Post a Comment