NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, December 31, 2009

POST MORTEM/EVALUASI/MUHASABAH TAHUN 2009








Salam

Semasa bercuti tidak sedikit pun saya melupakan pelbagai aktiviti sepanjang tahun 2009 yang perlu di post mortem/evaluasi dan di muhasabahkan. Kebetulan nak mencari cyber cafe di bandar Kota Bharu agak sukar dan sistem WIMAX tidak berfungsi, saya mereka-reka penilaian dalam fikiran sahaja.


Program motivasi 'LuqmanulHakim' selama dua hari pada 25 dan 26 Disember 2009 telah menyaksikan pengelibatan 32 pelajar yang bermain kompang di pangsapuri seksyen 7. Di akhir program saya sempat mengutip fail yang di tinggalkan bersepah-sepah. Dalam hati menelah mungkin anak-anak kurang mampu menilai bahan penting dalam nota yang di sediakan ketua fasilitator. Kos menganjurkan progam hampir mencecah RM100 seorang, saya perlu susul apa yang di perolehi anak-anak dalam program motivasi semasa mereka berlatih kompang minggu hadapan.


Kehadiran ADUN dan Ahli Parlimen dalam majlis penutup program memberi semangat baru kepada semua bahawa mereka tetap meyokong setiap program yang memberi manfaat. Saya berharap akan berlaku proses lengkap melengkapi dalam usaha mendidik masyarakat dengan nilai yang sewajarnya, paling utama bertaqwa.


Penghargaan saya kepada setiausaha kerja Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan seorang AJK yang komited melihat keseriusan saya untuk menerapkan konsep Luqmanulhakim. Begitu juga kepada pegawai tadbir operasi (PTO) MPP Zon 3 yang sanggup tidur bersama pelajar di surau Attaqwa (lelaki). Saya yakin pengalaman berhadapan dengan karenah remaja tidak dapat di perolehi kecuali kita makan dan tidur bersama mereka. Saya harap barisan pelapis muda mula tampil untuk menerima amanah amar maaruf nahi mungkar ini dengan selesa.



Tahun 2009 banyak sejarah yang perlu saya nukilkan. Daripada semangat mengadakan karnival besar-besaran kepada mencari penaja program motivasi dan 'back to school' saya masih rasa sepi dan kekurangan. Sambutan masyarakat, ibu bapa dan petugas yang hambar menyebabkan saya mula memikirkan program yang lebih sesuai atau di ubahsuai. Dalam kekalutan manusia mengejar habuan dunia ramai yang lupa bahawa habuan 'akhirat' perlu di utamakan.

Empat unsur utama dalam habuan akhirat tersirat dalam surah AlAsr, iaitu beriman, beramal soleh, ingat mengingati dengan kebenaran dan kesabaran. Keempat-empat perkara inilah yang banyak di sebut dalam Alquran. Alhamdulillah MPP Zon 3 sempat menyediakan slot 'program AlQuran Harfiah' setiap pagi Khamis. Semoga ia akan berterusan insyaAllah.


Dari segi kupasan 'keimanan dan akidah' terutama kefahaman tentang sifat-sifat/nama-nama Allah atau 'Asmaulhusna' alhamdulillah Surau Attaqwa menganjurkan kuliah dua kali sebulan setiap pagi Selasa yang saya cuba hadiri tanpa uzur insyaAllah.


Memperbetulkan bacaan Alquran mengikut konsep 'talaqi' penting bagi mereka yang menjadi pendakwah kepada kebenaran AlQuran. Alhamdulillah setiap petang Isnin seorang Ustaz sentiasa bersedia mengajar kami memperbetulkan lafaz, sebutan dan tajwid bacaan alQuran.


Ketiga-tiga program di atas adalah khusus untuk wanita. Walaupun jumlah kehadiran masih tidak berganjak saya berdoa akan datang keberkatan kepada setiap pengajian tersebut. Bagi kaum lelaki saya di fahamkan Surau Attaqwa sentiasa peka untuk mengadakan kuliah setiap malam, alhamdulillah.


Akhirnya untuk anak-anak-lah maka program motivasi LuqmanulHakim di anjurkan. Saya amat yakin hanya dengan menerapkan nasihat Luqman dalam surah Luqman remaja dapat di selamatkan. Antara muhasabah saya ialah bagaimana mengumpulkan anak-anak mendengar, memahami dan menghayati nasihat-nasihat tersebut? sedangkan seluruh jentera syaitan berkerja keras menyebarkan sebaliknya iaitu mensyrikkan Allah, derhaka ibu bapa, berakhlak sumbang dan tidak beramal soleh...pesanan rakan dan ustaz...berdoa agar Allah beri jalan keluar, bertahajjud mohon bantuan dan inspirasi...bersabar..dan tidak mudah putus asa..Dalam surah AlImran..apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah..insyaAllah saya akan bertawakkal setelah berusaha sedaya upaya. Semoga Allah redho usaha kecil saya. WaAllahu'alam





No comments:

Post a Comment