AND WHAT IS IT TO CEASE BREATHING BUT TO FREE THE BREATH FROM ITS RESTLESS TIDES, THAT IT MAY RISE AND EXPAND AND SEEK GOD UNENCUMBERED- TRANSCRIPT FROM THE PROPHET BY KHALIL GIBRAN(Dan apa erti berhenti bernafas kecuali untuk membebaskan nyawa daripada ombak yang kacau di mana ia mungkin meninggi dan membesar mencari keujudan Allah tanpa halangan-petikan daripada buku The Prophet oleh Khalil Gibran)
Salam
Saya bercuti 31 Januari -2 Februari bertemu keluarga di Tangkak Johor. Belum sempat melabuhkan diri saya terima panggilan daripada rakan Ahli Majlis MBSA en Adnan.
"Datin ingat Shanaz?..yang datin interview untuk kiosk Taman Tasik?..demikian En Adnan wakil PKR dalam MBSA membuka kata.
"mestilah...dia berjaya dalam interview dan akan mula berniaga esok.'' saya terus jawab.
"Dia dah meninggal Datin...baru sekejap ni katanya di sengat lebah dan dia ada athma.." Innalilahi... berkali-kali saya menjawab hingga en Adnan kata ''ok datin just to inform you.'''
Satu kejutan buat saya...namun ia satu realiti kehidupan yang berpaksi kepada akidah mantap bahawa Allah maha berkuasa mentaqdirkan apa sahaja..dalam umur 23 tahun Shanaz anak muda berwawasan pergi menemui Ilahi dengan mengejut sekali. Kali terakhir saya melihat beliau riang melakarkan imej 'Urban Kiosk' idamannya, itu kenangan dua hari yang lepas. Saya pernah menulis blog mengenai beliau hadir temuduga dalam 'Wawasan anak Muda'
Bertubi-tubi panggilan talipon mengenai kematiannya selepas itu, namun saya tak berkesempatan menziarahi jenazahnya..saya akan pulang hanya selasa petang kerana ada janji menziarahi seorang teman di Damansara.
Yang agak mengejutkan saya ialah beliau akan memulakan kiosknya keesokan hari...hari keramat 1 Februari 2010, 16 Safar 1431, sebaliknya Shanaz memulakan perjalanan di alam barzah membawa amalnya, akhlaknya, iman dan taqwanya.
Ya Allah lapangkan kuburnya, terima amalnya dan semoga kematian mengejutnya syahid untuknya... itu sahaja doa yang tersemat di dada saya mengingati Shanaz. Semoga ketabahan keluarga, kenalan dan teman sekiosk Allahyarham Shanaz dapat menganugerahkan kebaikan kepadanya. Ameen!
No comments:
Post a Comment