NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 23, 2009

WAWASAN ANAK MUDA





Salam

Selasa dan Rabu 22- 23 Disember 2009 hari-hari yang padat dengan aktivtit dari pagi hingga ke petang. Kebetulan saya sangat ingin memandu kereta baru hadiah 'hari jadi ke 61' namun tiada ruang yang dapat berbuat demikian. Apa pun sejuta ganjaran kebaikan kepada pemberi hadiah yang di buat atas dasar kasih sayang persaudaraan, alhamdulillah. Ada yang komen kereta 'macam orang muda' alhamdulillah sekali lagi, masing-masing kami sedang meninggalkan era muda namun WAWASAN ANAK MUDA kena di cartakan dengan jelas sebagai sedekah jariah di alam barzah..insyaAllah

Post mortem Karnival Masjid telah di jalankan dengan mudah dan syur untuk iklan di sebarluaskan akan di kemukakan kepada pihak JAIS. Kami perhatin masjid terus di makmurkan demi WAWASAN ANAK MUDA.

Susulan kedua perbincangan lawatan ke Garut Bandung juga di jalankan pada sebelah petang hari Selasa dan kami akan membuat 'bench marking' sekolah-sekolah di Malaysia pada pertengahan Januari 2010 sebelum lawatan kedua ke Garut pada 21-25 Januari 2010 insyaAllah. Kali ini ahli rombongan mungkin lebih ramai kerana akan di sertai ahli Kohatsa. Masing-masing sedang memasang niat nak menghantar cucu-cucu yang semakin ramai jumlahnya sebagai WAWASAN ANAK MUDA untuk membina masa depan yang cemerlang di Garut.

Pagi Rabu saya berhadapan dengan sedikit cabaran memilih calun temuduga mengurus kiosk Taman Tasik seksyen 7. Daripada 14 calun kami perlu memilih hanya 3 pengusaha dan 3 calun simpanan. Wawasan saya jelas bahawa Taman Tasik adalah untuk pusat rekreasi keluarga dan asas-asas kebersihan, kualiti makanan serta perkhidmatan cemerlang tidak boleh di kesampingkan.

Isunya bagaimana menterjemah 'kualiti'...saya bangkitkan konsep 'halalan Thoiban..di terjemah lagi dalam bahasa Malaysia, 'halal dan baik' namun tak ramai yang faham. Seorang anak muda berpotensi yang menjadi calun menawarkan ide bernas tentang memakmurkan Taman Tasih untuk kegiatan remaja. Kebetulan dia datang dengan seorang teman wanita yang tidak menutup aurat kepala. Saya akhiri temu duganya dengan menyebut..'a Muslim is a Muslim...no compromise.'

Saya yakin anak remaja itu tidak dapat menangkap maksud kata-kata akhir saya, namun dalam hati saya berdoa agar saya melakukan semua atas dasar menyayangi Islam dan ingin budaya murni akhlak Islam tersebar luas di kawasan Taman Tasik sebagai WAWASAN ANAK MUDA.

Tiga jenis hidangan akan di sediakan di kiosk nanti, makanan ringan sarapan dan take-away, air minuman pelbagai jenis dan pasteri serta kuih muih. Lagi sekali saya berdoa agar semua hidangan tidak melanggar syarat 'halalan-thoiban'

Dalam Mesyuarat Majlis MBSA sebelah petang Rabu saya membangkitkan isu Anjung 7 yang tidak mendapat perhatian pihak pemaju. Begitu juga dengan sebuah dewan di sebelah pangsapuri seksyen 7 terbiar oleh pihak pemaju menyebabkan pemandangan yang kurang selesa. Harapan saya akan lahir pemaju projek pembangunan di Shah Alam ini yang lebih bertanggungjawab dan memikirkan keselesaan penduduk dalam benak hati mereka.

Kesihatan diri amat penting di beri perhatian. Sebelah malam saya telah menerima bekalan 'stokis' susu kambing dan terus dapat menyebarkan khasiat susu kambing bersama teman yang menziarahi rakan kami yang baru pulih kesihatannya setelah agak lama 'demam'. Mujurlah bukan H1N1. Baru saya tahu hanya 3 jenis susu di dunia ini yang berakalai (tidak asidik) iaitu susu ibu, susu kambing dan susu ikan lumba-lumba. Alhamdulillah.

Di akhir tahun ini masing-masing pergi bercuti dan kami sekeluarga akan berada di Kota Bharu 27-30 Disember. Itu pun selepas selsai program 'motivasi LuqmanulHakim' untuk peserta kompang dan 'back to school' untuk anak-anak miskin sekitar seksyen 7.

Menjelang tahun baru 2010 kawasan sekitar MPP Zon 3 akan terlibat secara langsung dalam program sambutan tahun baru yang di jalankan di i City...harapan saya agar tidak berlaku perkara sumbang anak-anak muda bila datang hari perayaan. Mungkin pada 31 Disember kumpulan sukarelawan SKUAD AMAN dapat membantu kerana saya hajat akan berada di Shah Alam pada 31 hb nanti, membilang detik akhir mengalu-alukan kedatangan dekad baru tahun 2010.

WAWASAN ANAK MUDA perlu di lakarkan menjelang tahun baru 2010 oleh orang dewasa yang telah melalui onak ranjau kehidupan. Adakah kita mahu mengulangi kesilapan demi kesilapan melalui 'trial and error' kehidupan sedangkan panduan untuk berjaya dunia akhirat terpampang depan mata menunggu di laksanakan dalam perintah AlQuran. Memetik kata-kata ulama' Tariq Ramadhan...cucu Imam Hassan AlBana, 'For AlQuran to function, we have to be good at text and context', maksudnya membaca ayat-ayat alquran pandai, melaksanakannya dalam suasana yang berubah pun kena bijak tanpa menggadai sebarang prinsip yang di tetapkan. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Sibuknya! Tapi "only busy people have the time". Kereta baru boleh guna ronda Shah Alam pada 31 Dis.Semoga wawasan tercapai.

    ReplyDelete
  2. Memang kena ronda sbb orang tak tau lagi siapa punya kereta, orang muda ke tua.

    ReplyDelete