NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, December 21, 2009

HAJI MABRUR


Isnin 21 Disember kami adik beradik berkumpul di rumah saya seksyen 7 Shah Alam kerana meraikan Hj Rosli, isteri dan anak mereka pulang daripada menunaikan ibadah haji. Alhamdulillah hanya tiga orang yang tidak dapat hadir, abdul Razak, Azman dan Norlida.

Suasana santai dan impromptu menyediakan juadah menyebabkan kami tidak menjadikan pertemuan ini untuk makan-makan saja kerana yang lebih utama ialah menyambung silaturrahim. Hj Rosli menitiskan air mata kerana masih dapat bertemu adik beradik yang berkumpul 9 orang semuanya malam ini. Ngah Nortipah datang daripada Tangkak semata-mata nak bertemu adiknya. Di sertai anak-anak saudara antaranya mewakili arwah abang Nordin ramai yang datang malam ini mandapat rezeki melimpah sumbangan semua. Alhamdulillah, memang sewaktu hidup ini rezeki tak putus, ia di jamin Allah untuk memudahkan kita beribadah.

Kami sempat berbincang antaranya mengadakan lawatan ke Garut Bandung. Semua di pelawa menyertai rombongan yang akan pergi dalam bulan Januari. Sebuah bas mini akan di sediakan daripada Jakarta. Alhamdulillah saya yakin mereka juga akan terpikat dengan suasana di Garut. Rombongan pergi menunaikan Ramadhan juga di bangkitkan. Siapa yang di izinkan menjadi tetamu Allah dalam bulan Ramadhan akan datang di jangka akan berada di Mekah/Madinah selama sebulan. Saya berdoa umur masih ada menyertai rombongan ini insyaAllah.

Rumusan ibadah menunaikan haji di rangkum jadi 5 kesan Haji Mabrur. Pertama jika sebelum menunaikan haji seorang itu melakukan aktiviti yang kurang sesuai sebagai orang beriman, contohnya merokok dan berakhlak cela, namun sebaik sahaja dia pulang ia membuat perubahan meninggalkan semua akhlak tersebut; kedua, jika sebelum ke Mekah ia melakukan sedikit aktiviti soleh namun sekembalinya ia makin menambah perlakuan baik, ketiga sentiasa memaafkan orang lain dan keempat terasa ingin selalu dan segera kembali berada di tanah suci bila ada kesempatan dan kemampuan, kelima, sentiasa mengutamakan solat berjemaah sebagai kesan berjemaah di tanah suci.

No comments:

Post a Comment