NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, December 30, 2009

BKB 100 - BANDAR KOTA BHARU DAN JELAJAH 4 NEGERI







Gambar kabus di Cameroon Highland

gambar di KB Mall

Gambar ziarah


















Salam




BKB 100 kereta Toyota Mark X yang melalui test drive selama 5 hari Sabtu-Rabu selamat sampai ke Shah Alam malam ini. Satu perjalanan yang begitu jauh, seorang pemandu pesara yang ingin menguji kemampuan diri dan kereta...akhirnya pemandu terpaksa mengaku kalah, berkali-kali rehat di jalanan. Alahai...





Alhamdulillah- kami sempat menziarahi 4 negeri bermula dengan Pahang, Terengganu, Kelantan dan pulang melalui Pahang (Cameron Highland) dan Simpang Pulai Perak. Paling menguji ialah bermusafir dengan karenah cucu-cucu yang masih kecil.




Tujuan musafir ialah untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Satu keluarga datang ke KB dengan firefly, namun ujian sama sahaja dengan kerenah anak-anak yang tak senang diam. Kesyukuran saya kepada Allah yang mengizinkan jelajah ini walaupun tidak di rancang dengan baik. Kami sempat menziarahi mertua anak saya yang ketiga di Panji dan membeli belah di Rantau Panjang.






Yang penting dalam musafir ialah mendedahkan kepada anak-anak kecil cara hidup dan akhlak berkeluarga. Mesej terakhir kami perolehi dalam tazkirah ialah perlunya kita memiliki sifat bersabar, redho dan ikhlas dalam setiap ujian. Sekiranya ujian berterusan tanpa jalan keluar kita kena chek mungkin ada sesuatu yang kita lakukan yang menjadi hijab datangnya pertolongan Allah. Ini memerlukan kita bertaubat...dan terus bertaubat. WaAllahu'alam





No comments:

Post a Comment