NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, December 18, 2009

NGO DAN PENDAKWAH


Salam

Khamis 17 Disember 2009 hari terakhir tahun Hijrah 1430. Karnival Masjid anjuran JAIS bermula dan akan tamat 20 Disember. NGO termasuk Pertubuhan Mawaddah Malaysia menyertai program 'Minggu Du'at' melalui persembahan pelbagai program mengikut kepakaran masing-masing.

Hujan yang turun setiap petang menyukarkan pameran, namun petugas gigih kerana yakin akan ganjaran Allah dalam usaha menegakkan kebenaran Islam melalui pendekatan bersama masyarakat.

Sebelah petang satu sesi dialog bersama Exco Agama Dato' Dr Hassan Ali dengan wakil NGO. Isu yang di bangkitkan ialah ketandusan para pendakwah yang mana NGO di minta membantu. Alhamdullilah semua yang hadir dapat merasakan bagaimana Islam agama yang begitu mulia sebelum ini kurang mendapat perhatian dek kerakusan manusia mengejar 'keduniaan' semata. Rata-rata masyarakat Islam di buai mimpi yang menyatakan 'all is well' sedangkan realitinya masyarakat ramai yang muflis iman dan akidah.

Kerja kemasyarakatan tidak bermula dengan tiba-tiba, ia mesti di asuh, di perkembang dengan penuh kesedaran bahawa perlu ada usaha bersepadu pihak kerajaan memberi perhatian dan keutamaan supaya konsep 'amar makruf, nahi mungkar; menjadi budaya, bukan sebaliknya. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Alhamdulillah. All is well that ends well.Booth PMM boleh tahan considering kekurangan yang ada.Penolong2 kita yang muda-muda itu namapk komited dan senyum selalu.Pertolongan Allah datang tepat pada janjiNya "BUAT YANG AKU SURUH, RAHMAT KU BERSAMA'.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...setuju benar. buat aje, betulkan nawaitu. thanks for visiting my blog always

    ReplyDelete