NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, December 19, 2009

SAUDARA KEMBAR

Sabtu 19 Disember 2009. Saya di jemput ke majlis persandingan Ubaidah saudara kembar Usamah anak teman lama. Saudara kembar serupa ini merupaka rakan sekolah anak saya Muhammad Sobran Jamil.

Masa berjalan begitu pantas kerana seingat saya sewaktu saudara kembar ini lahir kami sentiasa bersama dengan ibu mereka, membantu mana yang patut setiap kali bertemu, almaklum dua orang anak yang perlu di jaga serentak. Kini seorang saudara kembar telahpun mendirikan rumahtangga, seorang lagi katanya tahun hadapan, alhamdulillah. Teman lama saya yang punya 10 anak (9 x kelahiran ) ini puaslah menerima menantu lepas ini. Syukur, rezeki anak..semoga mereka merupakan anak-anak soleh yang akan membangunkan rumahtangga Muslim yang baik dan melahirkan warga masa depan yang beriman bertaqwa. Amin.

Petangnya solat Maghrib di Masjid Negeri Shah Alam padat dengan makmum yang menghadiri kuliah Assyeikh Dr Yusuf AlQardawi, ulama' besar dunia Islam. Pertama kali saya menyaksikan dewan atas masjid melimpah keluar dengan para jemaah yang ingin menatap wajah orang soleh. Memang wajahnya bersih, berseri walaupun telah berumur lebih 80 tahun dan dalam keadaan uzur. Turut sama dalam jemaah ialah MB Selangor dan Dato' Seri Anuar Ibrahim teman lama assyeikh sejak tahun 70an.

Isu hijrah yang Assyeikh bicarakan dan di terjemah daripada bahasa arab oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin mengandungi iktibar yang perlu di contohi umat Islam antaranya perlu asas-asas iman, taqwa dan akhlak sebelum terbina sebuah jemaah masyarakat yang di jamin bantuan Allah dari penduduk langit.

Sebenarnya "Islam dan Pemerintahan itu "SAUDARA KEMBAR", begitulah seorang ustaz memetik kata-kata hukama'. Maksudnya Kalau mahu Islam berkembang mesti di sana ia di beri kuasa memerintah. Ini juga iktibar Hijrah Rasulullah saw daripada Mekah di mana Islam di tindas ke Madinah di mana Islam diberi kuasa memerintah oleh masyarakat yang mula beriman dengan kukuh. Kekukuhan ini berlaku kerana dua kabilah Auz dan khadraj yang menyahut kebenaran Islam dan berubah menjadi sahabat Ansar memang telah di persiapkan hati-hati mereka hasil keyakinan kepada kebenaran kitab Taurat dan Injil yang menyebut tentang kelahiran Nabi terakhir.

Alhamdulillah dalam rintis hujan tak berhenti sepanjang hari ini karnival yang sedang berlangsung di Masjid Negeri mendapat limpahan rahmat tetamu orang soleh, ramai pengunjung yang membeli belah di gerai jualan yang terdapat di pekarangan Masjid. Semoga aktiviti begini menjadi icon/mercutanda Masjid Shah Alam, iaitu tempat berkongsi cahaya kebenaran yang menjadi SAUDARA KEMBAR setiap kejayaan. WaAllahu'alam

2 comments:

  1. Saya rasa inilah pertama kali masjid Shah Alam sangat sesak, "full to the brim". Hingga dibelakang sekali pun agak sesak. Alhamdulillah.Semoga ini akan menjadi titik tolak kesedaran untuk umat Islam di Malaysia sentiasa memakmorkan Masjid.Fakta "LA TAHZAN," jangan kita khuatir dan bersedih hati antara yang diutarakan, memaku tekad saya. Kita diyakinkan supaya "la Tahzan" dalam gerak tugas kita menegakkan kebenaran. Selama kita beriman dengan sebenar-benar iman, Allah akan bersama-sama kita.Amin.

    ReplyDelete
  2. Salam. Great. 'la Tahzan Allahu ma'ana' one big concept that triggers many achievements dulu, sekarang dan selamanya. It is a sign of superfluous and giving heart. alhamdulillah

    ReplyDelete