NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Wednesday, October 14, 2009

Wow...isteri MB Selangor pandai berbahasa Tamil!


Salam kepada semua.

Malam ini ada jemputan jamuan Deepavali di Kediaman Menteri Besar Selangor, seksyen 7. Surat jemputan mencatitkan 9.00 malam. Saya pun sempat bersolat Isya dan terus ke rumah MB agak 5 minit berkereta di hantar oleh suami. Tiba di pekarangan rumah MB sunyi..rupanya majlis di bilik makan di sebelah bawah. Dan..jamuan sudah selsai...MP Kapar sedang berucap dalam bahasa Tamil. Saya di temani petugas masuk dewan di perhati semua orang, duduk di meja VIP, pinggan semua sudah di gunakan. Saya bertanya PA isteri MB, jam berapa mula. Dia menunjuk banner di atas stage yang mana 3 YB berada di situ berserta isteri MB Puan Salbiah. Tercatit di situ jam 8.00 mlm hingga 11.00 malam. Saya akurlah ada kesilapan teknikal. Setengah jam kemudian seorang Ahli Majlis Dr Daroyah muncul...lega...saya tak silap. Memang kesilapan berlaku di pihak urusetia sekali sekala kerana kita manusia biasa. Saya maafkan. dan hanya menjamah sesuap nasi yang di hidangkan. Alhamdulilah rezeki takat tu.

Biasalah semua YB berucap untuk menggembirakan kaum India yang di jemput hadir, semuanya yang layak menerima habuan dan bantuan untuk sambutan deepavali pada 17 Oktober 2009. Tiba giliran Puan Salbiah isteri MB dengan tenang dia berkata sekarang saya nak berucap kepada hadirin dalam bahasa tamil...saya ingat dia berseluruh kerana YB-YB sebelum itu ada patah-patah bahasa tamil yang mereka keluarkan. Tup..tup benar sekali ucapan dalam bahasa Tamil yang pertama kali saya dengar indah keluar daripada mulut seorang berbangsa melayu..dan isteri pemimpin pula. Sebelum ini bahasa tamil saya kaitkan dengan cakap bergulung lidah sahaja! Wow..hebatnya isteri MB Selangor dalam kerajaan baru ini...saya kagum dan saya jealous. Saya memang pengemar orang yang boleh berbahasa lebih daripada dua, inggeris, arab, jawa, mandrin, perancis...kini tamil...

Saya bertanya Puan Kamala yang duduk di sisi saya tentang program belajar bahasa tamil dan mandrin yang di pelopori PEKAWANIS sebuah badan di pengerusikan isteri MB untuk kerja kebajikan. Katanya baru nak masuk 3 bulan dan Puan Salbiah seorang yang rajin mengulang-ulang perkataan menyebabkan dia mudah lancar. Tahniah kepada isteri MB baru yang memang boleh jadi contoh kepada semua wanita di Selangor. Saya sendiri ada kekesalan kerana masa muda tidak belajar dua bahasa kaum penting di Malaysia iaitu Tamil dan Mandrin. Kini di umur senja saya lebih bulat hati ke bahasa Arab, bahasa Alquran dan bahasa Syurga..kerana saya nak ke Syurga Allah. Tapi tak salah jika bahasa tambahan di jadikan alat untuk berdakwah...Mmm..why not? jiran kiri rumah saya hanya berbahsa inggeris dan tamil, jiran hadapan rumah saya hanya berbahasa tamil...jiran sebelah kanan berbahasa mandrin/cantonese..layaklah saya tebus kekesalan zaman muda dengan menyertai program bahasa PEKAWANIS..insyaAllah.

Di sudut hati kecil saya tertanya-tanya mengapa kerajaan Malaya/Malaysia sejak dulu tidak mewajibkan belajar bahasa kaum-kaum yang hidup bersama dalam masyarakat majmuk? malang sekali bagi bangsa melayu kerana orang tau bahasa mereka, mereka jahil faham bahasa orang lain. Rasulullah saw pernah menggalakkan para sahabat belajar bahasa kaum lain agar tidak mudah di tipu..dan yang pentingnya dapat menyampaikan amanah dakwah tentang kebesaran Allah kepada mereka...mari kita fikir-fikirkan.

No comments:

Post a Comment