NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, October 12, 2009

Tepung Tawar

Salam kepada semua.

Saya baru kembali daripada sebuah majlis perkahwinan yang di dalamnya ada acara tepung tawar, bersilat dan marhaban.

Apabila saya di minta menyempurnakan tepung tawar kepada pasangan pengantin saya mohon banyak maaf kerana saya tidak tahu apa signifikannya kepada diri saya dan sumbangan saya kepada pengantin. Tuan rumah terus berkata ia sebuah restu daripada orang kenamaan.

Mohon maaf saya tak boleh beri restu,saya bukan Tuhan... tolonglah saya minta ampun tak dapat tunaikan hasrat kali ni dan selamanya.

Dalam diam saya berdoa agar kurang orang yang meneruskan budaya dagang kepada umat Islam ini. Yang saya tahu sejak saya kecil tepung tawar adalah budaya hindu yang di terima pakai umat Islam. Nauzubillah jika ini satu petanda budaya Melayu ada unsur syirik!

Ayat-ayat quran dan istighfar serta Asmaulhusna di laungkan dalam suasana hingar bangar jemputan beramah mesra. Saya sedih tak ramai yang faham apa yang kumpulan marhaban lagukan. Lebih sedih lagi bila memikirkan berapa banyak masa kumpulan marhaban berlatih semata-mata untuk membuat persembahan malam ini. Bila nama-nama Allah di bacakan dalam senandung AsmaulHusna, saya sayu..berapa ramai tetamu yang kenal siapa Tuhan mereka dan apa maksud nama-nama indah dan perkasa yang di baca. Ramai yang tidak tekesan pun dengan keindahan kasih sayang Allah memberi mereka nyawa dan kemewahan hidup...yang mereka gunakan untuk ingkar dan bermaksiat. Kawasan yang saya berada itu pun di katakan kawasan yang banyak kes pergaulan bebas ke tahap 'bersekedudukan'. Skuad anti maksiat dan pihak Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) sudah masak dengan kerenah penghuni pangsapuri bandaraya canggih Shah Alam ini.

Termenung memikirkan betapa jauhnya umat Islam daripada sumber murni Alquran dan Sunnah dalam hidup mereka mencetuskan ide kepada saya. Mungkinkah saya di sanggah jika saya memulakan pengajian Alquran di kalangan anak-anak yang masih mentah dan mengajar mereka maksud Alquran sekaligus. Adakah orang dewasa yang sudi menawarkan diri belajar memahirkan diri membaca Alquran sebagai rujukan penting dalam hiduo mereka seharian? Sebagai tanda kesyukuran dan perhambaan?

Kebetulan saya baru nenghabiskan buku 'Travel log dakwah' oleh Dr kamil Ibrahim daripada UiTM Segamat. Saya terkesan dengan cara beliau berdakwah kepada dirinya sehingga memberi kesan kepada orang sekelilingnya. Jelas dalam rumusan bukunya bahawa AlQuran dan solat punca perubahan dan pembentukan akhlak. Saya berdoa agar ayat Alquran kurang di lagukan di khalayak ramai terutama oleh golongan wanita. Mereka patut menghayati setiap patah ayat alQuran dalam hidup mereka. Isunya bagaimana? kerana sebahagian besar ceramah dan kelas pengajian Alquran menitikberatkan bacaan bukan peraturannya. Semoga Allah beri petunjuk melalui doa agar di lapangkan, di mudahkan dan segala amal di terima olehNya. WaAllahu'alam.

No comments:

Post a Comment