NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Saturday, October 3, 2009

Mekah Madinah 09 (2)



Alhamdulillah terlalu padat jadual menyukarkan untuk menulis blog.

Namun dua berita penting perlu saya rakam untuk menjadi iktibar. Satu ialah ucapan takziah seorang teman kepada saya sebaik menemui saya yang baru pulang daripada umrah. Kenapa takziah...saya bertanya. 'ialah abang Datin Nordin Md Top telah meninggal...' tergamam juga saya kerana sepanjang bulan September saya di perantauan saya memang tidak membaca berita atau melayari internet.

'Innalillah...masyaAllah..dia bukan abang saya. Arwah abang saya yang meninggal awal Ramadhan tahun lepas (2008) memang nama Nordin, jadinya Nordin yang menganggotai JI juga meninggal di bulan Ramadhan...takdir Allah, kedua-duanya berasal daripada Negeri Johor. Begitulah jika kita tidak kenal mengenal antara satu sama lain, terdengar sahaja berita terus membuat kesimpulan. Saya doakan kedua-duan Nordin di rahmati Allah kerana kita juga akan melalui alam yang sama suka atau tidak.

Petang Rabu 30 September 2009 satu gegaran terasa di beberapa tempat di Shah Alam, rupanya pada Khamis 1 Oktober telah berlaku gempa bumi di Padang Indonesia. Mangsa terkini melebehi 1000 orang terkorban. Innalillahiwainna ilaihi raju'un. Satu musibah yang hanya Allah yang tahu sebabnya.

Mengimbau musafir ke Mekah Madinah saya ingin kongsikan pengalaman bertemu seorang wanita warga Indonesia berumur 75 tahun...kami bertukar buku mathurat kerana masing-masing kami membaca doa dan zikir mathurat selapas subuh. Raut wajah wanita tersebut tidak menampakkan umurnya,lantas dalam hati saya mengharapkan kalau umur saya mencicah macam wanita saya ingin sihat sepertinya. Sewaktu bersalaman dengan manyatakan doa dapat jumpa lagi wanita tersebut terus menangis...kita jumpa di syurga katanya. Amin...dan sekali itu sajalah saya bertemu dengan beliau.


Tamu kedua yang saya jumpa ialah seorang warga negara Bengladesh yang telah menetap di London. Suaminya seorang doktor pakar yang pernah bertugas di Saudi. Kami berjanji agar dapat bertemu lagi melalui email. Kisah menarik tentang wanita ini ialah perancangannya akan membeli sebuah pangsapuri di Mekah supaya dia dapat datang setiap tahun ke Mekah.

No comments:

Post a Comment