NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, August 13, 2009

TAMAN-TAMAN SYURGA

Iman itu sempurna, demikian jelas Ustaz yang mengajar kami 'Alquran harfiah'. Yang kurang sempurna itu namanya dzan, syak dan waham. Kita tidak boleh berkompromi dengan hukum, kalau haram, haramlah. Ini iman katanya lagi. Keyakinan yang bulat mesti tertanam dalam hati bahawa yang benar itu hanya daripada Allah.



Kami sempat bertanya tentang isu Arak yang heboh di perkatakan sekarang. Mudah sahaja ustaz menerangkan supaya menjaga kebenaran dengan cara memberi kesedaran tentang isu itu sejelas-jelasnya. Namun selaku pemerintah yang ada kuasa ia boleh di lakukan kerana ia satu hukum yang tidak ada pertikaian. Di zaman Rasululullah saw perintah mengharamkan arak di turunkan bertahap kerana masyarakat perlu di didik dengan Alquran yang turun sedikit demi sedikit. Hari ini semua hukum sudah sedia, hanya perlu laksana dengan penuh KEIMANAN.



Apa pun itulah sedikit sebanyak pesanan yang saya kutip sepanjang perjalanan hidup ini. Wajarlah kita merindukan 'taman-taman syurga' di dunia ini, iaitu setiap majlis yang di bacakan di dalamnya ayat-ayat Alquran, zikrullah atau mengingati Allah dan peringatan yang di bawa oleh Rasulullah saw untuk di contohi. Barangsiapa yang tidak kenal 'taman syurga' di dunia maka tidak berpeluanglah mereka menikmatinya di akhirat nanti.

Sebaik kami selsai kelas pengajian saya menerima sms menyatakan Ustaz Asri Kumpulan nasyid Rabbani meninggal dunia kerana serangan jantung. Innalillah...dalam umur 40 tahun us.Asri yang banyak membuat pembaharuan dalam dakwah melalui nasyid telah di panggil pulang ke pangkuan Allah aza wajalla. Satu kehilangan yang besar kerana zaman orang suka hiburan nasyid menjadi satu cara mengembalikan kesedaran beriman. Apa pun sama-lah kita berdoa segala usaha kita untuk dakwah Islam di ganjari Allah sebaiknya di alam selepas dunia yang tak kekal ini. Meneggemakan seruan kebenaran juga pintu hidayah jika ada yang tersentuh untuk beriman, waAllahualam

Selain meraih hidayah melalui taman syurga umat Islam di galak juga memberi makan dan merai tetamu. Lama juga saya dan keluarga tidak berpeluang mengadakan majlis kesyukuran di rumah. Hari Sabtu 15 Ogos ada sedikit ruang untuk di lapangkan dan ramailah sanak saudara dan kawan-kawan hadir termasuk ahli kariah Surau AtTaqwa. Setinggi kesyukuran kepada Allah SWT yang melimpahkan kami dengan pelbagai rezeki termasuk kesihatan dan kesejahteraan keluarga. Antara yang mambantu menyediakan hidangan hari itu ialah ibu kepada menantu saya yang di datangkan daripada Batu Pahat. Sentuhan masakan 'asam pedasnya' memukau tetamu saya tengahari itu sampai ada yang mengesyurkan buka restoran, 'pasti pelanggan beratur!' kata mereka. Alhamdulilah, makanan untuk 150 tetamu hari itu bertepatan perancangan tanpa membazir.

Hari yang sama satu program 'sempurna solat' telah berlansung di Surau Al-Islah seksyen 7 Worldwide. Sempena mengalu-alukan kehadiran Ramadhan persiapan solat sempurna tepat sekali. Seronok juga melihat kehadiran semua golongan masyarakat, dari peringkat pelajar hingga ke pesara. Alhamdulillah..saya melihat pakej serupa ini amat perlu di adakan dan MPP Zon 3 berhasrat akan membuat 'road-show' menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat dapat mengikutinya. Ia juga antara 'taman syurga' yang perlu di sebarluaskan dalam kehidupan 'hambar' hutan batu kotaraya yang ketandusan 'taman indah dalam jiwa' hari ini. Saya ingin melengkapkan wawasan seorang pemimpin yang ingin menjadikan Shah Alam indah, cantik dan bersih dari segi pemandangan luaran, kerana kecantikan amalan dan jiwalah yang dapat menjamin penerusan tamaddun yang di asaskan hari ini.

Pagi Ahad sedikit kesempatan saya bersama ahli keluarga yang membantu majlis kesyukuran. Saya merintis 'taman syurga' dalam program tazkirah selepas solat subuh. Lima perkara yang di sentuh pagi itu ialah kepentingan menjaga niat agar ikhlas, jaga solat awal waktu, membaca dan memahami AlQuran, berdoa dan aktiviti berjemaah terutama solat. Amat kurang yang memahami bahawa perintah solat berjemaah itu sebenarnya nadi kehidupan insan sejak awal pagi, menunaikan solat subuh. Saya melihatnya sebagai satu 'hadiah' yang di bawa pulang oleh suami atau siapa sahaja ahli keluarga yang solat berjemaah untuk di berikan kepada keluarga masing-masing. Bayangkan kegembiraan kita bila menerima hadiah...sepatutnya sekembalinya suami atau mana-mana ahli keluarga daripada solat berjemaah kita lagi seronok kerana hadiahnya amat besar, ia anugerah janji Allah akan memurahan rezeki sepanjang hari, selamat dan tenang. Namun mata kita sendiri yang di kelabui kebendaan semata selalu jarang nampak 'hadiah' yang istimewa itu. Mungkin yang biasa berada dalam taman syurga nampak betapa besarnya hadiah tersebut setiap hari, paling banyak lima kali sehari, minimanya sewaktu solat subuh berjemaah.

Hari Ahad turut berlangsungnya program penyampaian hadiah pertandingan menulis esei dan sajak sempena Isra' Mi'raj anjuran Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM). Peserta yang hadir dapat lagi berada dalam 'taman syurga' mendengar tazkiran Ustazah Maznah dan Ustaz Najmi Abdul Karim. Masing-masing mengingatkan pendengar pagi itu tentang kesah Isra' dan Mi'raj yang merupakan penghibur hati kepada Rasulullah saw yang berada dalam suasana 'kesedihan' selepas isteri dan bapa saudara baginda meninggal dunia juga selepas di cederakan oleh masyarakat Thaif. Peristiwa tersebut juga memantapkan kebenaran tentang iman dan akidah umat Islam dan perkara ghaib, antaranya malaikat, nabi-nabi terdahulu, syurga, neraka dan kewajipan solat yang di perintahkan selepas peristiwa Isra'. Alhamdulillah tetamu dan para pelajar yang berjaya telah hadir dengan penuh minat, semuga semua mendapat keberkatan.

Jam 11.30 pagi yang sama saya merasmikan bengkel 'kekeluargaan' yang di kendalikan oleh Tadika Tunas Bestari bertempat di pejabat MPP Zon 3 Jalan Jasper 7/15 Shah Alam. Alhamdulillah pasangan suami isteri yang bakal atau baru berumahtangga ramai yang hadir untuk mendapat suntikan ilmu membangunkan keluarga dan mendidik anak dengan kaedah yang kemas dan berkesan. Satu usaha murni yang saya harap ia akan berterusan memberi input kepada kesejahteraan masyarakat sekitar Shah Alam.

Seorang jiran mengadakan majlis tahlil kesyukuran tengahari itu. Ada lagi 'taman syurga'. Ustazah cilik meneyentuh hati kami dengan konsep berpuasa. Kesah nafsu yang sukar di tundukkan dengan pelbagai siksaan, namun setelah di uji dengan kelaparan barulah nafsu mengaku siapaTuhannya yang sebenar, iaitu Allah. Satu motivasi mengawal nafsu dengan ibadah puasa alhamdulillah.

Pelancaran 'Bazaar Ramadhan Tanpa Sampah (BRTS)' jam 2.30 di Anjung 7 petang itu di selangi dengan hujan amat lebat hingga sukar mendengar butir ucapan YB ADUN. Apa pun konsep BRTS cantik jika dapat di laksanakan kerana sering kita melihat suasana selepas pasar sampahnya umpama 'lepas tsunami' Aktiviti yang akan menyerikan bazaar Ramadhan di hujung minggu termasuklah bubur lambuk percuma, tazkirah lepas asar dan persembahan nasyid yang sedang di atur oleh pihak jawatankuasa. Peniaga yang hadir di harapkan dapat menjadikan bazaar ini satu ibadah yang bertambah dalam bulan mulia yang akan menjadi tetamu kita sepanjang Ramadhan nanti.

Percutian dengan anak cucu yang di rancang seawal sebulan lepas akhirnya dapat kami lakukan bersama di Port Dickson petang Ahad itu juga. Pagi Isnin 17 Ogos aa satu lagi 'taman syurga' kali ini berkongsi luahan hati keluarga dan pesanan. Isu persaudaraan dan contoh kepada anak-anak menjadi perbincangan. Masing-masing turut mendoakan pemergian kami menunaikan Umrah selama sebulan selamat dan membawa banyak keberkatan kepada keluarga. Bila berkumpul dengan keluarga generasi ketiga ini saya terkenangkan arwah bapa saya mendidik kami adik beradik agar tidak berpisah dengan sering membawa kami berkelah di Port Dickson. Saya harap cucu-cucu dapat merasai nikmat persaudaraan yang sama dengan saya dan sekarang ibu bapa mereka. Hanya persaudaraan yang di asaskan atas dasar kasih sayang Allah dan agama Islam sahaja yang dapat bertahan hingga ke akhirat insyaAllah. WaAllau'alam.

No comments:

Post a Comment