NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Monday, August 10, 2009

KAWALAN KENDIRI (SELF REGULATION)

Isnin 10 Ogos 2009 8.00 pagi saya menghadiri majlis perhimpunan bulanan MBSA bersama wakil rakyat dan ahli majlis mbsa 2009/10 di auditorium MBSA. Tujuan memperkenalkan wakil rakyat dan ahli majlis kepada warga MBSA. Satu usaha yang baik kerana tidak semua warga MBSA berpeluang berinteraksi dan mengenali wakil rakyat serta ahli majlis.



Isu menarik yang di lontarkan YB Yaakub ADUN Kota Anggerik sewaktu berucap ialah konsep 'kawalan kendiri' yang bermaksud setiap orang mesti ada satu mekanisma menolak mungkar dan kerosakan yang lahir dalam diri masing-masing. Bagi umat Islam iman dan taqwa merupakan kaedah mengawal diri daripada terjebak dalam kancah maksiat dan kesesatan. Begitu juga penganut agama lain yang bertuhankan Tuhan yang satu sedia ada cara mengelak daripada kerosakan. Saya tertarik dengan cadangan YB Yaakub untuk setiap persatuan penduduk mengambil peranan aktif menjaga kariah masing-masing daripada pelbagai ancaman, terkini wabak H1N1, masih berleluasa denggi dan pelbagai masalah sosial dan rasuah.



Bila beliau mengambil contoh masyarakat orang asli mengawal kawasan mereka daripada di cerobohi orang luar yang cuba mencuri balak atau pasir sehingga penceroboh lari lintang pukang meninggalkan mesin dan peralatan. Baru saya sedar betapa sikap jatidiri agama dan bangsa yang kukuh dapat mengawal hak dan kepentingan sesebuah masyarakat daripada di injak-injak orang lain. Berbanding mereka yang hanya tau merungut, menuding salah dan bergantung kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka, sikap kaum orang asli patut di contohi.



Kebetulan MPP Zon 3 pernah membuat rondaan mencegah kegiatan maksiat di Taman Tasik Seksyen 7, kini kami sedang merangka mengujudkan SKUAD SUKARELAWAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR (AMNAR) yang di anggotai pihak yang berkaitan, Polis, MBSA, JAIS serta sukarelawan daripada penduduk bermula daripada kariah surau-surau berdekatan. Harapannya dapatlah warga MPP Zon 3 sedikit kebaikan dan ramai lagi yang dapat mengutarakan cadangan positif atau memberi sumbangan.


Petang hari yang sama ada mesyuarat Jawatankuasa Kebuayaan, sukan, kebajikan dan pelancungan. Antara yang menyentuh kehadiran saya ialah ruangniaga untuk ibu-ibu tunggal di TESCO Zon Setia Alam, difahamkan kawasan elit dan orang berada. Komen yang keluar daripada mulut ajk ialah saya seorang bukan ibu tunggal mewakili ibu tunggal seolah-olah satu kepincangan. Saya masih mencium persepsi negatif tentang ibu tunggal dalam mesyuarat tersebut. Kasihan ya..sering kita lupa mungkin satu hari isteri kita akan mengalami situasi masyarakat melihatnya dengan persepsi serupa, maksud saya bila seorang lelaki meninggal dunia. Dalam suasana tak selamat wabah H1N1 sekarang jika Allah taqdirkan kita akan kembali kepadaNya meninggalkan ibu-ibu tunggal. Maka senyap-senyap saya menyimpan doa dalam hati agar saya di matikan lebih awal daripada suami saya kerana saya tak sanggup menerima gelaran 'ibu tunggal' selagi masyarakat belum matang melihat seorang ibu tunggal sebagai INSAN mulia dahulu.

Waktu berbuka puasa Maghrib saya dan seorang teman AJK Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) beriftar (bernuka puasa) di pejabat MPP. Rasa syahdu berkongsi makanan petang itu menggamit kenangan saya bersama teman-teman usrah banyak tahun yang lalu. Terasa indah jika amalan ibadah di lakukan bersama, nikmat dan barakah.

Mesyuarat PMM yang menyusul selepas maghrib membincangkan majlis penyampaian hadiah penulisan esei dan sajak sempena Isra' Mi'raj di surau Attaqwa. Hasrat hati nak buat di tempat yang lebih rasmi, antaranya di MBSA dan UNISEL tidak kesampaian kerana terlalu banyak program bertindih hari yang sama. Apa pun kami puashati berjaya menerima lebih 20 penyertaan dan ini petanda program yang perlu di perkembangkan lagi untuk sambutan hari-hari kebesaran Islam yang lain.

Pagi Selasa 11 Ogos saya menjadi penal temuduga jawatan tetap pembantu tadbir MBSA. Rata-rata calun merupakan kakitangan kontrek wanita yang ingin menjawat jawatan tetap. Seramai 100 lebih calon memohon untuk mengisi 19 kekosongan. Tugas saya bertanyakan beberapa isu kepimpinan, semasa, dan berbahasa Inggeris. Tidak ramai yang bersedia hingga ada yang menjawab salan siapa presiden Amerika sebagai..'Usama.."


Kemampuan calon berbahasa Inggeris masih terlalu lemah, kecuali seorang dua yang biasa bergaul mesra dengan orang ramai. Tahulah saya bagaimana sistem 'frontliner' yang membariskan pembantu tadbir yang kurang pengalaman mencetuskan kurang puashati pelanggan. Namun bila di tanya dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ramai yang suka anak-anak mereka dapat menguasai bahasa tersebut. Saya dapat membayangkan jalan yang sukar di lalui anak-anak yang menjadi mangsa perubahan dasar, sedangkan dunia terlalu pesat berubah meninggalkan ramai mereka yang terkapai-kapai.

Saya menerima tugas ahli penal temuduga antaranya untuk mengetahui asas pendidikan dan kemampuan golongan pembantu tadbir yang ramai terdiri daripada wanita. Sejak dulu lagi saya peka dengan kumpulan ini kerana mereka sering menjadi sasaran pelbagai tekanan kerana bekerja. Saya ingin sampaikan mesej kepada petugas wanita supaya sentiasa berpandukan kebenaran AlQuran, menjaga solat dan kerja dalam kumpulan. Saya berdoa penglibatan saya dan nasihat saya kepada setiap peserta calon temuduga pagi ini memberi kesan kepada pemikiran wanita-cum isteri-cum ibu yang menyertai temuduga hari ini.






No comments:

Post a Comment