NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, August 9, 2009

IBU TUNGGAL 4 - KRONI

Dalam Alquran Surah Al-Ma'diah ayat 1 ada meyebutkan " Wahai orang-orang yang beriman! penuhilah janji-janji " ( Janji setia hamba kepada Allah dan perjanjian yang di buat oleh manusia dalam pergaulan sesamanya)


Sepanjang hari ini Ahad 9 Ogos saya kurang sihat mungkin silap makan atau letih yang berkumpul sejak minggu lepas. Dua program rasmi tidak dapat di hadiri iaitu perlantikan pengerusi PeBT (penggerak Belia Tempatan) dan Majlis Penyampaian hadiah pertandingan Marhaban/Berzanji Selangor.

Alhamdulillah saya di anugerahkan seorang menantu yang cekap memasak, tiba-tiba sahaja petang tadi dia tergerak untuk masak asam pedas ikan senangin, sedangkan dia belum habis berpantang setelah melahirkan 'mutshahidah' yang meninggal 3 Julai lalu. Barulah saya berselera makan dan bertenaga menulis untuk blog.

Kali ini penulisan saya di dorong oleh satu sms yang saya terima jam 8.15 malam berbunyi '...terima kasih atas usaha Datin saya dapat capai ketahap ini, Datin bekerja untuk rakyat bukan untuk KRONI, saya rasa ada yang marah cara Datin teruskan janji. Rakyat tahu Datin bekerja untuk siapa.'

Saya terkejut juga membaca maksud 'janji' dan 'KRONI' kerana yang menghantar sms adalah seorang peserta program 'Kraf Kreatif' anjuran MBSA untuk membantu IBU-IBU TUNGGAL dan wanita berpendapatan rendah melibat diri dalam bidang keusahawanan kraf. Bila saya menaliponnya bertanya maksud 'KRONI' panjang lebar dia menceritakan pengalaman pahitnya ketika permohonannya mendapatkan gerai MBSA dibatalkan saat akhir kerana ada pihak yang mendahulukan 'KRONI' sedangkan KRONI tersebut sedia ada tempat berniaga yang mahal sedikit sewanya berbanding gerai milik MBSA. Bila di tanya mengapa tidak mengambil gerai lama kroni tersebut dia menyatakan di beri kepada 'KRONI' nya juga. Sahlah betapa amalan 'KRONI' memberi kesan negatif kepada rakyat dalam masyarakat hari ini.

Saya tidak arif tentang KRONI. Yang saya tahu ialah setiap saat saya menjalankan amanah. Bila program di rancang untuk satu golongan maka golongan itulah yang berhak. Amanah ialah janji dengan Allah, satu dosa jika janji di abaikan. Saya juga jelas bahawa sebagai orang yang beriman saya kerja 'lillahitalla' iaitu kerana mencari redho Allah, bukan redho manusia macam saya juga yang tak punya apa-apa kuasa mutlak di muka bumi Allah ini.

Di pendekkan cerita peserta program 'kraf kreatif' terfikir untuk sms saya berikutan insiden di Bazarina seksyen 13 Shah Alam pagi tadi. Janjinya setelah habis kursus 3 bulan mereka akan di sediakan gerai percuma di Bazarina untuk mempromosikan produk kraf atau hasil kerjatangan yang mereka usahakan. Namun pagi tadi mereka terlantar di kawasan Bazarina tanpa apa-apa peralatan, semuanya telah di peruntukkan kepada beberapa pihak lain. Awal pagi tadi juga peserta ini menalipon saya lantas saya hubungi pihak yang merancang mohon di permudahkan peserta menyertai Bazarina. Sepatutunya bukan urusan saya melibatkan diri kerana masing-masing pihak di MBSA ada tugas tertentu, namun komunikasi yang tidak sampai ke peringkat penyediaan tapak Bazarina menyebabkan kes pagi tadi berlaku. Hampir-hampir peserta yang terlibat berputus asa jika tidak di selsaikan 'JANJI' kepada mereka.

Saya tidak berhasrat menyalahkan mana-mana pihak, cuma rasa terkilan mengapa terlalu sukar pihak yang ada sedikit kuasa mengunakan 'budi-bicara' tanpa melibatkan pihak lain masuk campur. Adakah ini satu amalan biasa indikasi ketidakcekapan atau ada motif lain untuk menyusahkan golongan yang sedia tertindas? Telah dua minggu peserta datang untuk menyertai Bazarina masih ada pihak yang meragui kehadiran mereka, ada yang mengatakan mereka 'merugikan MBSA' kerana gerai diberi percuma, ada yang menuduh mereka menipu kerana tidak ada dokumen dan nama gerai MBSA pun hanya di tulis tangan. Tidak ada sedikit pun rasa belas kasihan dan baik sangka di kalangan mereka yang menguruskan Bazarina...yang kononnya merupakan satu tarikan pelancung di Shah Alam? Atau oleh kerana permintaan berniaga terlalu tinggi kena pakai 'KRONI?

Barulah saya faham bahawa amalan berKRONI memang mendarahdaging dalam budaya perniagaan dulu, sekarang...entah sampai bila kecuali jika kita teliti maksud penuhi JANJI. Sesungguhnya setiap janji akan di persoalkan di hadapan Allah kelak.

Apa pun sms peserta tadi membimbangkan hati saya juga, mungkin terdetik rasa bangga diri kerana di puji telah memenuhi janji. Suami saya sering berpesan jika ada orang memuji kita baca doa ini, " Ya Allah, janganlah Engkau hukum salah ke atasku dengan segala yang mereka katakan kepadaku dan ampunilah semua kesalahanku yang mereka tidak mengetahuinya serta jadikanlah diriku lebih baik dari sangkaan yang mereka sangkakan.'(Sahih Al Bukhari petikan buku PERISAI MUSLIM susunan Sa'id bin Ali bin Wahf Al-Qahthani m.s 262)

Semoga sedikit catitan saya hari ini memberi keinsafan kepada diri saya dan pembaca bahawa memberikan hak kepada yang berhak itu menolak kezaliman dan yang pasti ialah budaya 'KRONI' adalah satu kezaliman. WaAllahu'alam

No comments:

Post a Comment