NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Thursday, August 6, 2009

JAKARTA-BANDUNG-BOGOR

2-5 Ogos 2009 rombongan melawat tanah seberang Indonesia telah menghasilkan pengalaman indah bersama. Menepati janji suami saya kepada adik saya Kamardin yang tinggal di Jakarta bahawa kami akan datang melawatnya sebelum Ramadhan kami sampai 20 hari sebelum Ramadhan tahun 1430H, hari Ahad 2 Ogos.


Rombongan yang pada mulanya hanya dua pasang suami isteri (saya, Safaruddin, Ngasobah dan Baharum) menjadi enam orang bila pengalaman buruk Hasimah dan anaknya Solehah di gugurkan daripada senarai penumpang Air-Asia penerbangan KL-Bandung pagi itu. Yang terkilannya ialah mereka terpaksa 'hangus'kan tiket tersebut untuk membeli tiket baru KLM dan menyertai kami petang itu. Hikmahnya ialah kami memang di takdirkan pergi bersama ke Jakarta kerana dalam perancangan kami akan ke Jakarta kemudian ke Bandung dan melewati Bogor sebelum pulang semula ke Jakarta.



Menaiki pesawat KLM ketiga kalinya bagi saya dan suami yang kerap juga ke Jakarta sejak Kamardin bertugas di sana memberi satu pengalaman menarik kerana pesawatnya besar, muatan penumpang yang ramai dan perkhidmatanya baik. Satu keistimewaan yang sering di lakukan oleh masyarakat barat ialah 'promosi' pakej yang menarik tentang negara mereka. Dalam pesawat KLM penumpang akan di tubi dengan maklumat indahnya negara Holland yang penduduknya rata-rata meminati aktiviti berbasikal hingga kita tergiur nak melawat sama.

Apa pun pada Ahad 2 Ogos itu kami selamat sampai ke Jakarta dan menginap di Ascott seperti biasa. Kebetulan waktu kami sampai jam menunjukkan 8.00 malam di Malaysia (7.00 malam di Jakarta) kami teringatkan acara 'forum isu semasa' yang sedang di jalankan di Surau AtTaqwa. Kami 'miss' acara kerana terlepas pandang tarikh 2 Ogos sebagai hari Isnin. Kamardin sendiri menjangka kami sampai Isnin 3 Ogos kerana dia masih berada di KL.

Malam itu kami ke Resturan Nasi padang Sederhana di hadapan Ascott. kemudian membeli keperluan di Hypermarket sebelum bersolat Jemaah dan rehat kerana awal pagi esok kami akan ke Bandung mendaftarkan Solehah dalam pakej latihan keusahawanan Muslim selam 6 bulan.

Pengalaman indah di Bandung ialah menginap di AlJannah Cottage iaitu sebahagian daripada projek Daruttawhid yang di pelopori Aagim. Ini kali keempat saya di DaruTawhid, ketiga-tiga kali sebelumnya hanya berziarah tidak menginap. Di pendekkan cerita kami dapat menjamu selera makanan sunda, membelek-belek kain tudung dan melakukan perubatan bekam. Baru saya tahu betapa saya ini kurang sihat kerana hasil pemerhatian warna darah bekam agak teruk!

Cuaca di bandung agak dingin dan pagi hari Selasa sewaktu bangun bertahajjud di Masjid Daruttawhid kami seolah berada di England! Namun persekitaran dan aktivitinya seolah di Mekah! Mana tidaknya selsai solat subuh ramai pedagang makanan menjual makanan enak termasuk isi kelapa muda di tabur atas adunan semacam apam balik di negara kita.

Dalam perjalanan pulang daripada Bandung kami sempat singgah di Bogor menikmati sekali lagi hidangan nasi sunda. Enak dan mantap tapi masakan sunda ada unsur 'manis' dan kami semua ada bibit penyakit kencing manis agak kurang sesuai dan masih lagi sukakan masakan nasi padang yang 'berlado' (pedas). Pertemuan singkat dengan Ust.Dr Maulana di Pasenteren AsSaadah Bogor menjanjikan pertemuan kedua selepas Syawal insyaAllah kerana kawasan tanah yang cantik di Bogor susah nak dilepaskan begitu sahaja. Kami belajar perkataan 'singkong' untuk tanaman 'ubi' di Bogor. Di fahamkan ada pelabur yang nak mengusahakan ternakan kambing di Bogor dan Bandung, saya mendoakan projek wakaf ini di berkati Allah dan di permudahkan perancangannya selepas ini, insyaAllah.

Kepenatan perjalanan Bandung-Bogor-Jakarta terukir di muka dan longlai badan masing-masing ke tahap kami tak larat nak makan malam. Namun akhirnya kami keluar juga ke 'AlJaazira' nasi Arab yang di bawa tuan rumah kamardin. Kami banyak makan roti dan sup.

Hari akhir di Jakarta kami sempat 'bertaaruf'. MasyaAllah...baru kami kenal siapa en Baharum suami Puan Ngasobah yang amat gigih dalam perjalanan hidupnya dan keluarganya 'SAKATA' kumpulan usahawan berjaya.

Jam 10.30 pagi setelah sejam membelibelah di Tanah Abang kami ke kedai buku Gunung Agung dan kemudian makan tengahari nasi padang di Plaza Indonesia. Makanan fresh kata Kamardin, walaupun harganya agak mahal. Seperti biasa kemurahan tangan memberinya membolehkan saya menambah lagi berbelanja lebih sejuta rupiah! semoga Allah memberkati sikap positif ini. Layanan VIP turut di berikan kepada kami sampai melepasi chek imigeresen oleh petugas Kamardin, alhamdulillah.

Sewaktu check point masuk ke pesawat KLM kumpulan tiga yang awal masuk (Hasimah, Ngasobah dan Baharum) di tahan kerana membawa madu dan ubatan cecair 'habbatussauda'. Yang kelakarnya pakat tak mau membazir kami berkongsi menghirup madu dan habbatussauda..sampai kembunglah perut. Saya pun turut menghabiskan baki madu dan habbatussauda rasa penuh perut sampai nak termuntah dan demi menjaga suasana bimbang termuntah saya menolak hidangan 'dinner' yang di sediakan KLM. Satu insiden lucu yang tak mudah di lupakan dalam 'jaulah' (musafir) kali ini. Harap-harap umur kami panjang untuk datang lagi akhir Syawal nanti insyaAllah.

Begitulah nikmatnya musafir yang di sebutkan sebagai salah satu nikmat seimbang dengan yang berada di syurga! memang di syurga pun kita akan berpeluang menjelajah dan bermusafir. Ya Allah Kau berkatilah musafir kami ke Jakarta-Bandung-Bogor kali ini dan jadikan segala amal soleh di dalamnya oleh siapa sahaja di kalangan kami yang menjadi tamu dan tuan rumah sebagai pelaburan kami di akhirat kelak. Amiin.

No comments:

Post a Comment