Di sebalik kurang positifnya konsep ibu tunggal telah sampai ke pengetahuan saya berita perceraian pasangan muda yang menjadi-jadi akhir ini. Antara faktor penyebab ialah kurang sabar dan gangguan orang ketiga.
Kes yang saya ingin dedahkan ini amat rahsia. Terlalu rahsia hingga ke tahap ibu bapa berziarah ke rumah pasangan langsung tidak dapat menghidu perhubungan antara suami isteri telah terputus dek lafaz cerai di mahkamah syariah. yang lebih rahsia ialah telah dua kali lafaz tersebut di ungkap dan hanya tinggal satu yang menyababkan pasangan mungkin tidak dapat kembali semula. Lantas si isteri melarikan diri daripada dunia'berpura' bimbang akan jatuh lafaz talak ke tiga. Anak-anak di heret sama pulang ke rumah datuk/nenk mereka.
Anihnya si suami langsung tidak terfikir untuk 'muzakarah' dengan ibu bapa isteri sedangkan sewaktu menikahi anak mereka dia sanggup 'bergolok bergadai'. Di fahamkan ibunya sendiri tidak merestui perceraian ini.
Pemerhatian saya ialah pasangan muda selain kurang sabar adalah di sebabkan kurang IMAN dan TAQWA di dada. Sempena bulan sabar dan bulan 'mudah-mudahan kamu berTAQWA' (Surah AlBaqarah) saya ingin menyeru pasangan muda agar memanfaatkan seluruh bulan rahmah ini memperbaiki NAWAITU mereka mendirikan rumahtangga. Jika niat awal di dasarkan kecantikan, harta, pangkat dan keturunan memang ujian akan terus melanda. "kahwinilah wanita kerana deennya' demikian mafhum sebuah hadis Rasulullah saw.
Ada di kalangan pasangan yang sudah hilang 'trust' atau kepercayaan bila berlaku gangguan orang ketiga. Walaupun Islam tidak menghalang seorang lelaki berkahwin lebih daripada satu namun hakikat perkahwinan yang berlandaskan nafsu semata akan lebih menghancurleburkan rumahtangga yang ada dan akan di bina. Apakan tidak jika keluarga yang ada pun kurang di sara inikan pula nak menyara lebih mulut-mulut yang akan lahir dan perlukan perbelanjaan pelbagai macam.
Saya bukan chauvinis atau pejuang wanita secara melulu. Namun saya meletakkan wanita tinggi di persada kemuliaan sesuai dengan maksud hadis yang menyatakan kefarduan taatkan IBU sebanyak tiga kali. Ibu semua insan ialah seorang wanita. Hanya orang yang tak siuman sanggup mencederakan ibunya sendiri. Wanita dan isteri simbol IBU kepada lelaki perlu di mertabatkan sewajarnya dan ini memerluakn kesedaran yang tinggi kepada semua pihak.
Kesedaran kepada wanita dan isteri ialah mereka harus menjadi tempat suami mengharap belas kasih seperti yang di tunjukkan IBU Ummahat Saidatina Khadijah Alkhuwailid isteri Rasulullah saw. Sewaktu baginda di timpa kegoncangan fikiran dan jiwa kesan di peluk Jibrail di Gua Hira' Khadijah menenangkan baginda dengan kata-kata lunak yang menyebabkan jiwa Rasulullah tenang kembali dan Khadijah turut mengambil langkah positif membawa baginda bertemu Naufal bapa saudaranya yang berilmu. Maksudnya seorang isteri hendaklah sentiasa memberi ketenangan kepada suami dalam apa keadaan supaya kenangan jiwa yang tenang ini tidak memudahkan suami terpaut dengan belaian perempuan lain. Kedua isteri juga kena pandai mencari usaha positif halatuju setiap masalah kerana MASALAH TIDAKLAH SEBESAR ORANG YANG MENCETUSKANNYA.
Berkongsi matlamat hidup adalah rahsia kejayaan rumahtangga bahagia dan tidak ada matlamat yang lebih besar daripada mencari keredhaan Allah dalam setiap ruang lingkup hidup kita. Namun siapa yang menentukan KPI (key performance index) keredhaan Allah jika bukan Allah sendiri. Dalam surah Alfatehah ada ciri-ciri ini iaitu orang-orang yang di beri nikmatoleh Allah: Siddiqin (orang-orang yang benar), para Nabi, Syuhada (pejuang di jalan Allah) dan solihin (orang-orang soleh). Dengan empat KPI ini carilah wahai pasangan muda siapa kamu dan di mana kedudukan pasangan kamu. WaAllah'alam
No comments:
Post a Comment