NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Friday, August 21, 2009

BUBUR LAMBUK

Hari pertama Ramadhan Sabtu 22 Ogos 2009, mendung hari ni. Ada jemputan balik kampong berbuka puasa bersama keluarga, namun saya terikat sedikit dengan persiapan akhir Bazaar Ramadhan di Anjung 7.

Pagi-pagi lagi pemaju Anjung 7 menalipon bertanyakan press coverage pelancaran Pasar oleh YB Yaakub 16 Ogos. Saya kurang arif kerana jarang membaca akhbar. Naik juga suara nak marah kerana pemaju ini selalu lari prioriti. Sewaktu orang sibuk mendapat bantuan itu dan ini dia akan bertanyakan sesuatu yang tak relevan. 'Ah aku puasa... lupa saya dengan sikap nak marah ni nafsu.. tapi saya hanya nak didik dia supaya pandai berterima kasih kerana ada orang yang mahu memajukan Anjung 7 dengan tidak meminta satu sen pun dari pemaju. MPP Zon 3 yang lebih peka dengan menyediakan banner, flyer dan kempen hujung minggu bersama UNISEL. Saya berdoa ini akan jadi amal soleh kepada semua yang terlibat.

Bercakap tentang persiapan Ramadhan kami sedang mengusahakan pakej derma 'Bubur Lambuk' kepada masyarakat setempat. Sejumlah 200 pek akan di sediakan setiap hari Ahad sumbangan pelbagai pihak yang amat yakin dalam bulan Ramadhan ini semuanya akan di gandakan pahala dan ganjaran. Kalau belanja RM300 untuk bubur lambuk saya yakin berganda-ganda akan datang kepada kita dalam bentuk yang tidak dapat di hitung.

Saya bertanya amalan memberi bubur lambuk yang setiap tahun keluarga saya anjurkan di kampong. Tahun ini dengarnya di batalkan. Saya tanya mengapa. Katanya lebih ramai orang yang beratur mengambil bubur lambuk untuk di makan serta merta. Maknanya mereka tidak berpuasa. Daripada menjadi syubahat biar tak di adakan..getus kakak saya.

Semakin aneh masyarakat di kampong kini kerana adanya kejadian sebegini ketara. Saya masih ingat sewaktu bersama masyarakat di kampong isu orang makan depan orang ramai langsung tak ujud. Sewaktu kecil, umur 7-8 tahun saya di ajar semua orang berpuasa, kena jaga jangan orang nampak kita makan. Satu ketika saya terlalu dahaga terpaksa mengunci bilik air minum air paip! Konsep Allah melihat kamu di mana sahaja kamu berada, termasuk bilik air, kurang melekat di hati ketika itu.

Hari ini saya sedih mendengar kalangan orang yang berumur dan kurang berilmu sudah berani meninggalkan amalan berpuasa. Antara sebabnya uzur, tak larat. anak bayarkan fidyah dan macam-macam. Doa saya ialah bulan berkat ini tidak cemar dengan aktiviti yang di murkai Allah kerana kita puasa bukan sekadar lapar dan dahaga, tapi puasa hati, mulut, penglihatan, perasaan dan pendengaran. Sewaktu saya di tanya kenapa lama sangat nak pergi menunaikan umrah, jawapan saya ringkas..SAYA NAK BERPUASA SEPENUHNYA..hati tenang daripada memikirkan masalah orang lain, mata tidak terpandang sikap kurang sopan, telinga tidak mendengar fitnah yang di tiup pagi dan petang..Sekarang baru saya fahan mengapa setengah negara timur tengah menjadikan bulan Ramadhan satu bulan cuti agar penghayatan lebih jitu.

Dengan pendemik H1N1 kini saya cadangkan biarlah sebulan Ramadhan ini di cutikan pelajar daripada sekolah untuk mengelak jangkitan. Apa pun rata-rata perniagaan di bulan wabak H1N1 memang terjejas. Maklumat internet menyebut di Saudi umat Islam yang mengerjakan Umrah makin berkurangan berikutan dasar negara-negara Mesir, Iran dan Iraq tidak membenarkan rakyatnya keluar. Saya serahkan kepada Allah apa yang terbaik. Keadaan batuk pun agak teruk sekarang ni, jika terpaksa di skrin di KLIA atau di Lapangan Terbang Jeddah mungkin juga saya tak dapat menunaikan Umrah tahun ini. Ini di namakan kuasa Allah. La haw la walla quwataillah Billah.. tidak ada yang berkuasa kecuali Allah. Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment