NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 19, 2009

WE LIVE TO DIE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Tajuk di atas di sentuh kerana dua tiga hari ini ada beberapa berita trajis kematian di Shah Alam Selangor Malaysia. Saya kebetulan amat kurang membaca akhbar walaupun sesekali melayari internet. Agak sibuk hari Rabu dan Khamis hingga saya tidak tahu ada berita kematian seorang setiausaha politik ADUN Pakatan Rakyat di pejabat SPRM Selangor.

Pada petang Jumaat 17 Julai 2009 bersamaan 24 Rejab 1430H dapat pula sms tentang kembalinya Ust Awang Pon, bekas Mufti Negeri Sarawak, ke rahmatullah kerana kanser hati. Ustaz Awang Pon terlalu banyak jasanya kepada saya dan keluarga kerana sewaktu berjiran dengannya di Sarawak dalam tahun 80an Allah SWT telah membuka luas pintu hidayah kepada saya mengenal dan menghayati Adeeniul Islam, iaitu cara hidup Islam yang menyeluruh berteraskan akidah yang salimah (selamat).


Berita kematian menginsafkan saya kerana kematian adalah penghujung semua kehidupan di muka bumi ini. We live to die..maksudnya tujuan kehidupan ialah untuk persiapan kematian kerana di sebalik kematian itu ada lagi perjalanan yang perlu di lalui oleh semua ruh insan. Di alam barzah ada perhitungan segala perbuatan yang kita lakukan semasa hidup yang tidak berapa lama di dunia ini.


Hanya tiga perkara yang akan kekal setelah mati seorang anak Adam, begitulah mafhum sebuah Hadis...iaitu sadakah jariah (berterusan pahalanya) , ilmu bermanfaat dan anak-anak yang soleh yang mendoakan. Untuk itu saya sentiasa berdoa Allah izinkan saya dapat peluang bersadakah jariah, ada sedikit ilmu untuk di manfaatkan dan 'ramai' anak-anak yang mendoakan.

Kebetulan jam 6.00 petang tadi, Ahad 19 Julai 2009 ada program Train the Trainer (TOT) untuk fasilitator program Prep class atau tuition, saya dan Puan Ngasobah Seliman telah mengendalikan bersama. Ada seorang kenalan baru Rohaya memberi komen...'ramai anak-anak Datin.' Alhamdulillah saya tidak sedar 12 orang fasilitator pelajar UNISEL adalah 'anak-anak' saya. Semoga mereka sering-seringlah mendoakan saya dan 'Ibu' Ngasobah dalam doa mereka.

Berbalik kepada jasa arwah Ustaz Awang Pon yang telah selamat di kebumikan di Shah Alam pada pagi Sabtu 18 Julai, semoga ilmu bermanfaatnya kepada saya akan terus menjadi amal soleh kepadanya di alam barzah. Beliau telah membimbing saya menjadi pemimpin sewaktu awal lagi saya di Sarawak di mana saya di minta mewakili 'Helwa ABIM', Hal ehwal Wanita Angkatan Belia Islam Malaysia bagi negeri Sarawak. Bayangkan saya macam budak bertatih dalam ilmu Islam ketika itu mau tak mau berjalan juga bila di tolak kehadapan. Bayangkan betapa daifnya saya di hadapan ramai perwakilan seluruh Malaysia ketika itu..memang satu takdir Allah yang cukup cantik kerana di sanalah saya bertemu dengan orang-orang yang telah mendedahkan saya kepada realiti dan perjuangan umat Islam dulu, kini dan selamanya. Sejak itulah saya bertekad hidup dan mati saya hanya untuk Islam.

Kini telah lebih dua puluh tahun saya merasai nikmat bersama Islam yang mengajar saya menjadi "Muslim First' dalam semua kerangka kehidupan saya. Saya masih ingat satu insiden syahdu sewaktu bertugas di Unit Perancang Ekonomi di saat saya meninggalkan jabatan tersebut kerana bercuti tanpa gaji mengikuti suami saya ke UK menyambung Sarjananya, seorang teman menitiskan air mata bila saya berucap menyatakan..'we can be PTD..engineers, accountants, economists as our professions...but we must be Muslim first' saya pun tak sedar mengapa kata-kata indah itu terkeluar daripada mulut saya dengan izin Allah. Dan kata-kata itu juga kini menjadi motto hidup saya bila mengajukan kebenaran Islam, kerana ia mematahkan semua 'argument' yang cuba menentang kebenaran tersebut.

Alhamdulillah hari ini saya telah mewariskan kata-kata 'we are Muslim first' kepada kumpulan fasilitator yang menyertai TOT Saya berdoa mereka akan menyusuri kehidupan para mujahiddin yang meletakkan Islam di hadapan..antaranya Rasulullah saw dan para sahabat baginda serta orang-orang soleh dan pejuang kebenaran yang mencontohi baginda. Saya amat yakin dalam episod setiap kematian akan terbongkar semua kebenaran yang kadang-kadang manusia terlepas pandang...mungkin kerana jahil, mungkin kerana ikut nafsu, tamak haloba mengejar dunia..mungkin kerana kufur akan nikmat Allah yang teralu banyak tak terhitung. Hakikatnya kita memang ' hidup untuk kematian' Oleh itu berhati-hatilah...buat diriku dahulu.. WaAllahu'alam.

1 comment:

  1. HIDUP ITU NIKMAT
    MATI PUN NIKMAT
    KEPADA MEREKA YANG SENTIASA BERTAUBAT
    MENGABDI DIRI PADA YANG ESA JADI MATLAMAT
    WALAUPUN HILANG SELLESA, HILANG KERABAT, HILANG DARJAT.

    SELAMAT BERJUANG, DEAR SAHABAT.

    ReplyDelete