Pagi Isnin 20 Julai 2009 saya di kunjungi seorang teman lama daripada utara. Keletahnya menggambarkan keceriaannya. Dia terus menggunakan laptop saya untuk membuka 'face-booknya' mempamirkan gambar cucunya di Denver USA. Juga gambar-gambar di Maldive dan Langkawi.
'Wow...jauh u musafir..jealouslah saya' lantas saya memulakan komen. "Rezeki" jawab kawan saya ringkas.
Alhamdulillah kawan saya hampir 20 tahun dahulu baru kira-kira 5-6 tahun menjadi ibu tunggal tanpa sebab yang jelas kerana dia hanya mendapat sms ketidakpuasan hati suami dengan didikan anak-anaknya yang berorientasikan Islam dan terus meninggalkannya untuk mengganti pasangan dengan seorang wanita muda umur 20an.
Ringkas sahaja blog saya kali ini hanya untuk menyeru agar ramai lagi ibu-ibu tunggal mencontohi kawan saya dengan jatidiri yang cukup tinggi menerima hakikat bahawa kebenaran akan menyerlah akhirnya. Anak-anaknya kini sudah stabil kesan perpisahan ibu bapa mereka. Ada yang bekerja menerima gaji menjangkau lebih RM10,000. Alhamdulillah kalau ini boleh di jadikan salah satu KPI kejayaan. Dengar khabar bekas suaminya ada sedikit kekesalan meninggalkan keluarga lama untuk memulakan keluarga yang baru. Namun kesal dahulu pendapatan..kesal kemudian tak berguna. Ini baru di dunia...kalau fikir-fikirkan kezalimannya terhadap kawan saya itu sedih juga. Di akhirat nanti semua orang menyesal kerana tidak banyak mengerjakan amal soleh,namun bila pergi tak kembali lagi tidak adalah peluang nak menebus kelalaian..ini peringatan untuk saya dahulu WaAllah'alam.
No comments:
Post a Comment