NIKMAT ALLAH

NIKMAT ALLAH
NIKMAT PENCIPTAAN

Sunday, July 5, 2009

WANITA SOLEHAH

Sempurna di tulis 13 Julai 2009 Isnin

Kehadiran saya dalam majlis High Tea anjuran Anisa Arrahmah wa Mawaddah petang 5 Julai 2009 di Bangunan PKPS agak 'terpaksa' kerana penajanya menyerahkan 10 tiket untuk saya atau MPP Zon 3 sponsor. Tapi saya terfikir betapa salahnya menggunakan peruntukan masyarakat untuk menjamu selera 10 orang terpilih sahaja, lalu saya syurkan suami saya mengajak rakan-rakan peminat Dato' Ismail Kamus yang menjadi penceramah jemputan menyertainya. Saya dapati jemputan tidak begitu ramai dan ada juga meja kosong yang tidak di penuhi. Saya jangka terlalu banyak program dan jemputan walimah di sekitar Shah Alam menyebabkan program ilmu seperti High tea ini kurang mendapat perhatian.


Meja saya di isi penuh dengan empat pasangan suami isteri dan seorang jiran. Satu pertemuan yang baik kerana saya masih belum mengenali isteri-isteri mereka. Bila saya lihat menu, masyaAllah banyaknya hidangan, hampir semua juadah yang sedap di makan ada, antaranya soto,mihun, mi rebus, kue tiau, roti jala, nasi dagang, kue lapis, kueh talam, buah-buahan dan kuah durian. Masa nilah mula teringat rakyat gaza yang tidak mungkin dapat menikmati hidangan makan sebanyak ini pilihan...rasa sedih, namun inilah hakikat jamuan di Malaysia, biar mati makan daripada mati kebuluran.



Dato' Ismail Kamus punya keistimewaan tersendiri menyampaikan ceramah yang santai dan bersahaja. Suami saya salah seorang peminatnya. Bila satu ketika Dato' Ismail Kamus di larang berceramah di surau-surau sekitar negeri Selangor suami saya amat kesal kemudian gembira semula bila mendengar berita Dato Ismail Kamus sering mendapat undangan oleh Masjid-masjid di Singapura. Apa yang di lakukannya ialah membeli sebanyak mungkin keset dan VCD ceramah Dato' Ismail Kamus. Begitulah pesona penceramah Dato' Ismail Kamus kepada peminatnya. Serupa dengan seorang teman saya yang terkesan dengan kata-kata 'witty' Dato Ismail Kamus, suami saya selalu mengulang ungkapan 'buat amalan sunat dapat pahala, oleh itu jangan tinggalkan...' sejak itu suami saya salah seorang yang akan menunaikan segala yang sunat, solat ke, puasa ke, senyum ke...kan senyum itu sadaqah?



Saya nak kongsi jenaka Dato' Ismail Kamus dalam ceramahnya petang itu, katanya trend masakini ramai suami yang takutkan isteri. Dalam satu bancian untuk mengesan isu itu satu kumpulan lelaki di minta berkumpul sebelah kiri siapa yang takut isteri, yang tidak takut isteri berkumpul di sebelah kanan. Hanya seorang yang berkumpul di sebelah kanan. Bila di tanya kenapa tidak takut isteri lelaki itu menjawab...iisteri saya yang suruh saya berada di sebelah kanan!..terlerai gelak hadirin yang ada petang itu. Nampak macam wanita dan isteri sahaja kena serang petang itu.

Di sebalik hubungan wanita dan lelaki sebagai suami isteri kerap juga berlaku pergeseran ke tahap isteri dan wanita menjadi mangsa keganasan ruhamtangga. Program OSCC-One Stop Crisis Centre telah di aktifkan di Negeri Selangor baru-baru ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang isu sosial tenat yang kurang di beri perhatian. Saya mengucapkan syabas kepada YB Rodziah Ismail yang komited melaksanakan program ini untuk membantu mangsa. Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) turut terpilih menjadi urusetia menjalankan kempen membenteras keganasan rumahtangga. Saya lihat isu besar kesah sedih keganasan ialah suami isteri kurang mengawal nafsu marah dan yang menjadi mangsa ialah diri sendiri dan anak-anak. Alangkah indahnya jika ramai anggota masyarakat dapat mengembalikan ketenangan hidup yang rata-rata tidak dapat di cari di luar sana tetapi dalam hati kecil masing-masing. Jika hati tidak terkesan sewaktu melakukan solat, membaca Quran atau melakukan kebaikan itu maknanya hati telah keras dan perlu minta Allah beri hati yang baru.


Di akhir program dapat saya rumuskan Dato'Ismail Kamus berbicara dengan tetamu High tea yang ada persiapan nak jadi 'solehah'. Sebahagian besar yang datang adalah warga emas wanita. Alangkah baiknya jika kita dapat menarik hati wanita muda untuk mendengar nasihat Dato' Ismail Kamus yang bernas, antaranya wanita solehah mesti jelas akidah, taatkan Allah dan patuh kepada suami dengan syarat suami tidak mempersekutukan Allah, menjaga maruah diri dan menjaga ibadah jangan terhapus dek tabiat mazmumah.

Akhir-akhir ini saya nampak trend wanita muda kurang berminat untuk menutup aurat dengan sempurna. Almaklum media mempamirkan kecantikan wanita muda yang begitu memikat, mana mungkin naluri tergiur wanita nak menjadi cantik dapat di catu. Malang lagi bila remaja juga sudah menukar pakaian menutup aurat dengan yang ketat dan tidak berlengan, seolah-olah hukum menutup aurat wanita Islam telah di ubahsuai ikut zaman, nauzubillah. Inilah masalahnya jika seseorang kurang arif dan kurang ilmu tentang mengapa mereka perlu menutup aurat, ia sepatutnya menjadi kad pengenalan pertama 'WANITA SOLEHAH'.

Akhir kalam saya juga teruja dengan cara golongan lelaki menjadikan wanita bukan sahaja sebagai bahan godaan tapi juga sebagai persendaan dan 'joke' mereka. Kalau di dapati seorang lelaki yang beristeri kurang bersantai dengan teman-teman lepak di katakan 'takut bini', jika terlebih tunjukkan kasih sayang di katakan 'menunjuk-nunjuk' semua serba tak kena. Prinsip yang saya nak berkongsi dengan semua kaum lelaki dan para suami ialah kena tau banyak tentang cara kehidupan Rasulullah saw. Titiktolak tindakan baginda ialah menghormati kehadiran wanita dalam kehidupan ini, bukan sekadar sebagai isteri, tetapi sebagai hamba Allah yang di beri peluang yang sama untuk berjaya dunia akhirat; sebagai ibu, kakak, adik perempuan, anak dan kerabat wanita yang lain. Jika ada lelaki yang tergiur untuk mempersenda dan menganiyai mana-mana wanita fikir dua tiga kali kesannya kepada jatidiri sendiri, kepada ibu dan ahli keluarga kita yang wanita. Dalam dunia tanpa sempadan ini semua orang terdedah kepada fitnah..suka atau tak suka.. kecuali mereka yang di pelihara Allah. Oleh itu jangan mulakan membuat onar terhadap kaum wanita kerana ia akan menghantui hidup anda sampai ke liang lahad, percayalah...WaAllah'alam.

No comments:

Post a Comment